Fourtwnty

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Fourtwnty
Berasal dariJakarta, Indonesia
GenrePop folk
Tahun aktif2010 (2010)–kini
Pengkarya berkait
Payung Teduh, Flying Duztman
Ahli
  • Ari Lesmana
  • Asep Nurohman
  • Andika Dwi Putra Arman
  • Primanda Ridho
  • Ryan Maulana

Fourtwnty ialah sebuah kumpulan muzik Indonesia yang ditubuhkan di Jakarta pada 2010.[1] Kumpulan ini terdiri daripada Ari Lesmana, Asep Nurohman, Andika Dwi Putra Arman, Primanda Ridho dan Ryan Maulana. Roby Satria dari kumpulan Geisha juga pernah menggangotai Fourtwnty.[2][3] Mereka dikenali menerusi gaya muzik yang bergenre pop folk dengan lirik puitis. Mereka telah menerbitkan dua album studio dan dua EP.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Fourtwnty ditubuhkan pada 20 April 2010, terdiri daripada 3 ahli asal, iaitu Ari Lesmana, Asep Nurohman dan Roots. Semasa ditubuhkan, Fourtwnty hanya menampilkan dua ahli, dan jarang sekali memperlihatkan dalam penubuhan utuhnya.[1]

Fourtwnty melancarkan EP sulung mereka, Setengah Dulu, yang dikeluarkan pada Disember 2014, diikuti dengan album sulung mereka, Lelaku pada Mei 2015 dengan lagu-lagu seperti "Fana Merah Jambu", "Aku Tenang", "Hitam Putih", dan "Diam-diam Ku Bawa 1".[1]

Pada tahun 2017, kumpulan ini menyumbangkan salah satu runut bunyi filem Filosofi Kopi 2: Ben & Jody. Lagu yang berjudul "Zona Nyaman", menunjukkan kualiti muzik mereka dengan menyampaikan mesej moral kepada masyarakat agar tidak terlalu dimanjakan oleh zon selesa mereka seharian.[1]

Dengan menggabungkan seni visual dan muzik, "Zona Nyaman" menjadi tema pembukaan untuk EP kedua mereka bertajuk Jangan Minta Nambah. Lagu ini dikeluarkan pada 20 April 2017 bersempena dengan ulang tahun Fourtwnty yang ke-7.[1]

Pada tahun 2019, mereka mengadakan konsert jelajah "Heliotropisme" di 10 bandar di Indonesia seperti Medan, Makassar, Malang, Palembang, Pontianak, Padang, Bogor, Banjarmasin, Yogyakarta, dan Pekanbaru yang diadakan dari September hingga Disember 2019.[1]

Pada tahun 2022, Fourtwnty hadir menerusi konsert siri jelajah 'Fourtwnty Heliotropisme Live In Kuala Lumpur' yang dihadiri 5,000 peminat. Ia berlangsung selama dua hari, dari 1 dan 2 Oktober 2022 di Zepp, Kuala Lumpur.[4][3] Ini merupakan kali kedua kumpulan itu membuat persembahan di Malaysia selepas persembahan pertama mereka di KL pada 2019.[5]

Gaya[sunting | sunting sumber]

Deka Adrianto U dari Radar Malang menyifatkan Fourtwnty sebagai kumpulan indie yang "berkualiti tinggi". Beliau menjelaskan bahawa mereka berjaya memikat pendengar mereka dengan nada santai dan selesa untuk didengari di seluruh Indonesia dan berpendapat "mereka hadir sebagai pemuzik multi-instrumentalis yang mengabdikan diri untuk menyebarkan mesej toleransi, keamanan dan pluralisme melalui muzik dan konsep yang matang". Kumpulan ini juga menyampaikan lirik yang berkesan dan pintar, instrumen mengalir tanpa bunyi, dan karya mereka mampu mengujakan pendengar.[1]

Hutomo Dwi dari Jadi Berita pula berpendapat kumpulan ini "mirip dengan Efek Rumah Kaca" dan berpandangan bahawa "pembawaaan lagunya santai dan mudah dihayati, namun menghadirkan lirik-lirik cerdas yang berbeza dengan kumpulan lain".[2]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album studio[sunting | sunting sumber]

  • Lelaku (2015)
  • Ego & Fungsi Otak (2018)
  • Nalar (2023)

EP[sunting | sunting sumber]

  • Setengah Dulu (2014)
  • Jangan Minta Nambah (2017)

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Penerbitan Catatan
2017 Filosofi Kopi 2: Ben & Jody Kumpulan muzik yang tampil di Bali Visinema Pictures & 13 Entertainment Kameo

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Penerima Keputusan Ruj.
2018 Indonesian Choice Awards Breakthrough Artist of the Year Fourtwnty Menang [6]
Song of the Year "Zona Nyaman" Tercalon
2019 SCTV Music Awards Grup Band Paling Ngetop Fourtwnty Tercalon [7]
LINE Indonesia Awards Most Favorite Music Group Tercalon [8]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Nota kaki
Bibliografi
  • Deka Adrianto U (20 Mac 2018). "Mengenal Fourtwnty, Band Indie dengan kualitas mumpuni". Radar Malang (dalam bahasa Indonesia). Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-07-11. Dicapai pada 9 Julai 2019.
  • Hutomo Dwi (18 November 2017). "Kenalan dengan Fourtwnty, Band Indie Bentukan Roby Geisha yang Naik Daun Berkat Filosofi Kopi 2". Jadi Berita (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 11 Julai 2019.
  • "Daftar lengkap nominasi SCTV Music Awards 2019" (dalam bahasa Indonesia). Updatemagz. 4 April 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 April 2019. Dicapai pada 11 Julai 2019.
  • "Pilih Favorit Kamu di LINE Indonesia Awards 2019!" (dalam bahasa Indonesia). Line Indonesia. 29 November 2019. Dicapai pada 19 Disember 2019.
  • "Daftar Lengkap Nominasi Indonesian Choice Awards 5.0 NET" (dalam bahasa Indonesia). Qubicle. 31 Mac 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 September 2018. Dicapai pada 11 Julai 2019.
  • JX Soo (8 Julai 2022). "Fourtwnty announce Malaysia concert in October" (dalam bahasa Inggeris). NME. Dicapai pada 9 Oktober 2022.
  • Georgie Joseph (5 Oktober 2022). "Fourtwnty kekal utuh". Harian Metro. Dicapai pada 9 Oktober 2022.
  • Opie Sofia (4 Oktober 2022). "'Alter-ego' Fourtwnty dan pesona pesanan pentas". Astro Awani. Dicapai pada 9 Oktober 2022.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]