Astro Awani

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Astro Awani
Astro Awani.png
Negara Malaysia
Kawasan siaran Malaysia
SloganSaluran Berita 24-jam Nombor Satu di Malaysia (6 September 2007-sekarang)
Definisi Baharu Berita (1 Januari 2017-31 Disember 2017)
Ibu pejabatKuala Lumpur Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia
Pengaturcaraan
BahasaMelayu
Inggeris
Format gambar16:9 HDTV (1080i)
16:9 SDTV (576i)
Pemilikan
PemilikAstro Malaysia Holdings
Sejarah
DilancarkanMalaysia 6 September 2007 (SD)
MalaysiaBrunei 29 Mac 2021 (HD)
MenggantikanAstro News
DitutupMalaysiaBrunei 29 Mac 2021 (SD)
Brunei 1 April 2022 (HD)
Nama dahuluNews Channel (29 September 2003-28 Februari 2009)
Pautan
Laman webastroawani.com
Ketersediaan
Satelit
Malaysia AstroSaluran 501 (HD)
Malaysia NJOISaluran 501 (HD)
Saluran 531 (SD)
Media penstriman
Malaysia Live-TV Astro AWANITonton secara langsung
Malaysia AWANI Live 24/7Tonton secara langsung
Malaysia AstroAstro GO / On Demand / Sooka / SYOK (Astro Awani Radio)
Baca di Google NewsDengar di Google Podcast

Astro Awani merupakan saluran berita televisyen berbayar 24 jam nombor satu dan terbesar di Malaysia yang dimiliki oleh Astro AWANI Network Sdn. Bhd dan dikendalikan oleh Astro. Ia mula bersiaran perdana majlis rasmi pelancaran secara langsung pada 6 September 2007 pada bersiaran di saluran 501 (dahulunya saluran 95 dan saluran 123). Pada tahun 2009, ia menggantikan Astro News yang ditamatkan siaran pada 1 Mac. Dengan slogan Saluran Berita 24-jam Nombor Satu di Malaysia, Astro Awani mempersembahkan berita terkini dan rancangan bermaklumat termasuk ehwal semasa, gaya hidup, dokumentari, rancangan temu bual serta majalah tempatan dan antarabangsa.[1] Saluran ini akan dinaik taraf kepada HD mulai 29 Mac 2021.

Astro Awani menduduki tangga pertama Jenama Berita Yang Paling Dipercayai di Malaysia berdasarkan Kajian Tahunan oleh Institut Kajian Berita Digital Reuters 2020, diikuti oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) di tempat kedua dan The Star di tempat ketiga.[2]

Pada awalnya, ibu pejabat siaran Astro Awani dipancarkan terus dari Bangunan Bursa Malaysia, Bukit Kewangan, Kuala Lumpur dari 6 September 2007 sehingga 30 April 2021.[3] Pada 1 Mei 2021, ibu pejabat siaran Astro Awani telah berpindah ke All Asia Broadcast Centre, Technology Park Malaysia, Lebuhraya Puchong-Sg. Besi, Bukit Jalil, 57000 Kuala Lumpur, Malaysia, iaitu ibu pejabat Astro.

Saluran ini ditamatkan di Kristal-Astro bermula pada 1 April 2022.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Logo Astro News (29 September 2003—28 Februari 2009).

Pada 29 September 2003 sempena Astro meraikan ulangtahunnya yang ke-7, saluran ini rasmi melancarkan sebagai Astro News. Pada masa itu, ia menyiarkan rancangan dari Al Jazeera (disiarkan dalam bahasa Arab dengan alihsuara Malaysia), BBC World, CCTV-9, Eurosport News, Australia Network dan Deutsche Welle. Ia juga menayangkan Astro News merupakan program berita yang diterbitkan secara tempatan selama setengah jam.

Lima rangkaian yang disalurkan di saluran itu sudah tersedia secara terpisah sehingga 28 Februari 2007, Astro News diterbitkan bersama dengan agensi berita nasional Bernama. Berita itu juga diterjemahkan ke bahasa Mandarin di Astro AEC, bahasa Malaysia di Astro Ria dan bahasa Tamil di Astro Vaanavil. Berita Inggeris juga disiarkan di Astro Prima.

Astro Awani pertama kali dilancarkan pada 15 Jun 2006 di Indonesia oleh usaha sama antara Astro[4][5] dan NDTV yang berpusat di India. Namun, akibat perbezaan berterusan antara rakan usahasama, versi Indonesia ditamatkan pada Oktober 2008.

Pada 1 Mac 2009, Astro Awani menggantikan Astro News yang menamatkan siaran pada masa itu kerana jumlah tontonan sangat rendah. Pada Jun 2018, Astro Awani dinamakan sebagai sumber berita Malaysia yang paling dipercayai oleh The Reuters Institute Digital News Report 2018.[6]

Berita[sunting | sunting sumber]

Sekarang[sunting | sunting sumber]

Antara berita yang disiarkan di Astro Awani kepada penonton ialah:

  • Awani 7:45: Rancangan Berita Nombor Satu di Malaysia Awani 7:45 adalah merupakan siaran malam (Tayangan serentak di Hello sehingga 30 September 2021). Ketika Hari Ini 8 bersiaran, rancangan ini telah dipendekkan sehingga jam 8:00 malam sahaja. Beberapa tahun kemudian, ia kembali kepada waktu asal, iaitu pada jam 8:30 malam bagi menggantikan Hari Ini 8 pada mula jam 7:45 malam dalam berita terkini dan antarabangsa. Mulai tahun 2021, rancangan ini telah kembali dipendekkan sehingga jam 8:00 malam untuk memberi laluan memulakan siaran rasmi iaitu Sinar Awani. Dengan slogan Rancangan Berita 24-jam Nombor Satu di Malaysia (Tayangan serentak di Astro Ria).
  • Buletin Awani: Laporan perkembangan berita dalam dan luar negara. Siaran ini disiarkan setiap hari dan setiap masa.
  • Notepad with Ibrahim Sani: Join Ibrahim Sani as he shares today's top stories and events that impacts your lives.
  • AWANI Ringkas & AWANI Byte: Berita menarik yang ringkas dan padat dari dalam dan luar negara.
  • Awani Jr.: Program istimewa beri platform kepada pelajar sekolah kongsi bakat dalam bidang penyiaran dan kewartawanan.
  • Cerita: Wartawan menceritakan kisah di sebalik sesebuah cerita.
  • AWANI Pagi: Perkembangan terkini yang disiarkan pada setiap jam 8.30 pagi.
  • Agenda Awani: Isu utama harian dan mingguan dikupas dengan mendalam oleh ahli panel.
  • Niaga AWANI: Laporan terkini berkaitan saham tempatan dan antarabangsa.
  • Consider This: Together with Melisa Idris and Sharaad Kuttan, they will considering the issues that only you considered at the one point of view.
  • AWANI Borneo: Bersama Syaff Shukri, Jasmine Abu Bakar, Assim Hassan dan Nickyson Nyambar, AWANI Borneo akan melaporkan perkembangan terkini dari Brunei, Labuan, Sabah & Sarawak.
  • AWANI Tonight: Perkembangan terkini yang disiarkan dalam Bahasa Inggeris pada jam 9:45 malam setiap hari.

Bekas[sunting | sunting sumber]

  • Hari Ini 8: Definisi Baharu Berita Hari Ini 8 mlm membawakan anda kupasan mendalam tajuk-tajuk utama harian. Dengan perspektif berbeza. Sebagai alternatif kepada laporan tipikal waktu perdana. Dengan slogan Tajam Mendalam Seimbang. Bersama Nuradilla Noorazam. Dilancarkan pada tarikh 1 Januari 2017 sehingga menamatkan siaran pada tarikh 31 Disember 2017 dan digantikan dengan Sinar Awani.
  • Sukan Awani: Laporan perkembangan semasa dan fokus isu utama dunia sukan dalam dan luar negara. Rancangan ini telah ditamatkan siaran dan digantikan dengan Nadi Arena, hasil sumbangan Astro Arena.
  • Awani State: Laporan berita dan kupasan isu setiap negeri-negeri di Malaysia.
  • Analisis Awani: Diskusi tentang pelbagai isu pembangunan negara.
  • Awani Review: Premium content on today's thought leaders. Get full access on www.awanireview.com.
  • Debat Awani: Perdebatan berkaitan isu semasa bersama pakar daripada pelbagai latar belakang. Ikuti Siaran Langsung setiap Ahad jam 5.30 petang di Saluran 501 Awani dan www.astroawani.com/live-tv.
  • Pilihan Awani: Bersama Rizal Dzulkapli dan Luqman Hariz, segmen khas ini mengetengahkan dua berita utama dan gambaran 360 darjah mengenai isu semasa.
  • Teh Tarik Awani: Cetusan idea untuk memulakan perbualan harian anda dengan topik-topik perbincangan terhangat hari ini dan sepanjang minggu. Bersama Dzulfitri Yusop, Shafizan Johari, Jasmine Abu Bakar dan Linda Salim.
  • The Future Is Female: Join Melisa Idris as she talks to the females with their extraordinary experience.
  • Let's Talk with Sharaad Kuttan: Join Sharaad Kuttan as he talks to the experts about the issues that never you heard.

Penyampai berita[sunting | sunting sumber]

Sekarang[sunting | sunting sumber]

  • Ashwad Ismail
  • Ibrahim Sani
  • Marlina Manaf
  • Cynthia Ng
  • Asyraf Hasnan
  • Hafiz Marzukhi
  • Hakim Rahman
  • Hilal Azmi
  • Nailah Huda
  • Azyyati "Geegee" Ahmad
  • Nazri Kahar
  • Hafizi Rosli
  • Melisa Idris
  • Fahmi Izzuddin
  • Hilmi Malik
  • Dzulfitri Yusop
  • Luqman Hariz
  • Najib Aroff
  • Fauzi Zin
  • Afiezy Azaman
  • Ian Johan Ariff
  • Israr Khalid
  • Essan Yahya
  • Nursyazwani Saiful Sham
  • Sharaad Kuttan (Consider This)
  • Assim Hassan (AWANI Borneo)
  • Jasmine Abu Bakar (AWANI Borneo)
  • Nickyson Nyambar (AWANI Borneo)

Bekas[sunting | sunting sumber]

  • Faris Danial
  • Nuradilla Noorazam
  • Tan Su Lin (wartawan)
  • Syed Farradino Omar
  • Suhaimi Sulaiman
  • Izza Izelan
  • Sharaad Kuttan
  • Rizal Zuklkapli
  • Kamarul Bahrin Haron

Sumber:[7]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ http://www.astroplc.com/05/media/press_releases/view_pressrelease.asp?id=126
  2. ^ "Astro AWANI Jenama Berita Paling Dipercayai di Malaysia". Astro Awani. 16 Jun 2020. Dicapai pada 26 Jun 2020.
  3. ^ Hari-Hari Terakhir Astro AWANI Di Bukit Kewangan
  4. ^ Businessofcinema.com Team (10 September 2007). "NDTV – Astro channels launched in Malaysia". Diarkibkan daripada yang asal pada 8 July 2011.
  5. ^ Televisionpoint.com Correspondent (16 Jun 2006). "NDTV, Astro launch 'Astro Awani' channel in Indonesia". Diarkibkan daripada yang asal pada 19 November 2006.
  6. ^ "Malaysian Most Trusted News Brand". Reuters Digital News Report.
  7. ^ "Astro AWANI Personalities". Astro Awani. Dicapai pada 26 Jun 2020.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]