Franky Vercauteren

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Franky Vercauteren
Rostov-KS (5).jpg
Maklumat peribadi
Nama penuh Frank Vercauteren
Tarikh lahir (1956-10-28) 28 Oktober 1956 (umur 64)
Tempat lahir Sint-Jans-Molenbeek, Belgium
Ketinggian 1.74 m (5 ka ​8 12 in)
Posisi permainan Sayap kiri
Maklumat kelab
Kelab terkini
FC Krylia Sovetov Samara (pengurus)
Kerjaya remaja
1963–1975 Anderlecht
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1975–1987 Anderlecht 367 (93)
1987–1990 Nantes 78 (19)
1987–1990 Nantes B 13 (4)
1990–1993 RWDM 50 (4)
Jumlah 508 (120)
Pasukan kebangsaan
1977–1988 Belgium 63 (9)
Pasukan diurus
1993–1994 Braine (remaja)
1994–1997 Mechelen (remaja)
1997–1998 Mechelen
1998 Anderlecht (pembantu)
1998–1999 Anderlecht (sementara)
1999–2005 Anderlecht (pembantu)
2005–2007 Anderlecht
2009 Belgium
2009–2011 Genk
2011–2012 Al Jazira
2012–2013 Sporting CP
2014 Mechelen
2014–2016 Krylia Sovetov Samara
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

Frank "Franky" Vercauteren (lahir 28 Oktober 1956), merupakan bekas pemain bola sepak Belgium yang bermain di posisi sayap. Beliau kini merupakan pengurus bagi kelab FC Krylia Sovetov Samara di Rusia.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Beliau membuat debut untuk Anderlecht pada 1975 menentang K.R.C. Mechelen. Beliau melakukan pembedahan pada Oktober 1975 dan Januari 1976 membuatkan kerjaya beliau menurun. Beliau memenangi lima kejohanan Eropah bersama Anderlecht. Beliau juga menjuarai dua Piala Belgium dan empat trofi liga serta dua kali memenangi Piala Super Belgium. Pada 1987, beliau berpindah ke kelab FC Nantes Atlantique di Perancis dan kembali ke Belgium tiga tahun kemudian untuk bermain bersama R.W.D. Molenbeek sehingga 1993.

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Vercauteren bermain 63 kali bersama skuad Belgium. Beliau juga termasuk dalam skuad kebangsaan yang menduduki tempat keempat Piala Dunia FIFA 1986. Beliau membuat debut pada 16 November 1977 tewas 3-0 kepada Ireland Utara.

Kerjaya pengurus[sunting | sunting sumber]

Pada penghujung kerjaya bola sepaknya, beliau menjadi pelatih kelab remaja C.S. Braine, sebuah kelab kecil di Walloon Brabant. Setahun kemudian, beliau menjadi pelatih bola sepak remaja KV Mechelen. Pada penghujung musim, beliau menjadi pembantu pengurus Anderlecht. Selepas jurulatih Hugo Broos dipecar pada Februari 2006, beliau menjadi pengurus baru dan memenangi dua trofi liga. pada 12 November 2007, selepas beberapa keputusan tidak membanggakan, beliau terpaksa dipecat dan Ariel Jacobs mengambil alih jawatan kekosongan itu sehingga penghujung musim.

Vercauteren menjadi pengurus pasukan kebangsaan Belgium dari 9 April 2009 sehingga 10 September 2009. Selepas Belgium tewas di tangan Armenia pada 9 September 2009, beliau digantikan oleh Dick Advocaat. Pada 3 Disember 2009, beliau menandatangani kontrak baru untuk menjadi ketua jurulatih kelab KRC Genk. Pada 17 Mei 2011, beliau meraikan kejohanan liga pertama bersama Genk selepas seri 1-1 menentang Standard Liège.[1] Beliau juga memenangi Piala Super Belgium 2011 dan memasuki perlawanan playoff Liga Juara-Juara. Pada 8 Ogos 2011, beliau menjadi ketua jurulatih Al Jazira.

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Pemain[sunting | sunting sumber]

Anderlecht

Pengurus[sunting | sunting sumber]

Anderlecht
Racing Genk

Rujukan[sunting | sunting sumber]