Pergi ke kandungan

Führer der Unterseeboote

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Jawatan Führer der Unterseeboote (FdU) ("Ketua Kapal Selam") adalah pegawai memerintah paling kanan bagi pasukan U-boot di sesebuah kancah peperangan. Armada kapal selam Kaiserliche Marine semasa Perang Dunia I dan Kriegsmarine semasa Perang Dunia II, menggunakan gelaran ini untuk beberapa markas kanan sewaktu konflik tersebut. Ia lebih kanan dari Ketua (Chef) Flotila dan diperkenalkan sebagai armada U-bot di sesebuah kawasan yang luas melebihi saiz flotila. Pada tahun 1917 jawatan FdU sendiri berada terus dibawah "Panglima Angkatan Kapal Selam" (Befehlshaber der Unterseeboote, atau BdU).[1] Jawatan FdU telah diwujudkan semula pada 1930an seiring dengan persenjataan semula Jerman dan telah dipegang dari Januari 1936 sehingga 17 Oktober 1939 oleh Karl Dönitz. Pada tarikh beliau dilantik BdU, dua jawatan subordinat FdU telah diwujudkan, iaitu FdU Barat ("FdU West") dan FdU Timur ("FdU East").[2] Apabila perang semakin berkembang, beberapa jawatan tambahan diwujudkan untuk para komander wilayah U-bot

Perang Dunia I

[sunting | sunting sumber]
Kawasan Markas Pangkat Nama Tempoh
Laut Utara Uboote der Hochseestreitkräfte Korvettenkapitän/Fregattenkapitän/Kommodore Hermann Bauer 21 Ogos 1914 – 4 Jun 1917
Laut Baltik OdO Kapitänleutnant Hans Adam Ogos 1914 – Mac 1915
Kapitänleutnant Alfred Schött Julai 1915 – 10 Disember 1917
Selat Inggeris U-Flotilla Flanders Kapitänleutnant/Korvettenkapitän Karl Bartenbach 29 Mac 1915 – 30 September 1917
FdU Flandern Korvettenkapitän Karl Bartenbach 1 Oktober – 10 Disember 1917
Laut Mediterranean U-Halbflottille Pola Kapitänleutnant Hans Adam 1 Julai – 17 November 1915
Flotila Pola Korvettenkapitän Waldemar Kophamel 18 November 1915 – 8 Jun 1917
FdU Mittelmeer (Pola/Cattaro) Kapitän zur See/Kommodore Theodor Püllen 9 Jun – 29 Disember 1917
Kapitän zur See/Kommodore Kurt Graßhoff 29 Disember 1917 – Oktober 1918
Kommodore Theodor Püllen Oktober 1918

Perang Dunia II

[sunting | sunting sumber]

Apabila perang semakin berkembang, beberapa jawatan tambahan telah diwujudkan untuk para komander wilayah U-bot.[2]

  • F.d.U. Ausb. - Führer der U-Ausbildungsflottillen: Ketua flotila latihan: Viktor Schütze, 7 Februari 1942 – Mei 1945
  • F.d.U. Italien - Führer der U-Boote Italien: Ketua U-bot di Itali: Hans-Rudolf Rösing, dari Julai 1942
  • F.d.U. Mitte - Führer der U-Boote Mitte: Ketua U-bot bagi sektor tengah
  • F.d.U. Mittelmeer - Führer der U-Boote Mittelmeer: Ketua U-bot bagi Mediterranean: Werner Hartmann, Januari – Ogos 1944
  • F.d.U. Nordmeer - Führer der U-Boote Nordmeer: Ketua U-bot di Laut Utara: Reinhard Suhren: Januari 1943 – Mei 1944
  • F.d.U. Norwegen - Führer der U-Boote Norwegen: Ketua U-bot di Norway
  • F.d.U. Ost - Führer der U-Boote Ostsee: Ketua U-bot bagi Laut Baltik
  • F.d.U. West - Führer der U-Boote im Westraum: Ketua U-bot Barat (Perancis)
  1. ^ Tarrant p56
  2. ^ a b Lexikoneintrag FdU

Templat:Uboat