Captain at sea

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Kapitän zur See)
Jump to navigation Jump to search
Jangan dikelirukan dengan Nakhoda.

Captain at sea atau Kepten laut adalah satu pangkat tentera laut yang memerintah ship of the line atau kapal utama.

Persamaan dalam tentera laut lain ialah kepten ship of the line atau pangkat Kepten dalam tentera laut Negara-Negara Komanwel dan Tentera Laut AS.

Jerman[sunting | sunting sumber]

Kapitän zur See (disingkatkan KapzS atau KZS) ("Kepten Laut") adalah pangkat Pegawai Kanan tertinggi dalam Tentera Laut Jerman.[1]

Panggilan rasmi[sunting | sunting sumber]

Cara, mengikut ZDv 10/8, panggilan rasmi warga tentera untuk pangkat Kapitän zur See ialah "Herr/Frau Kapitän zur See". Namun, dalam tradisi tentera laut Jerman seorang Kapitän zur See akan dipanggil sebagai "Herr/Frau Kapitän", atau, kerapkali, dalam bahasa pelaut "Herr/Frau Kap'tän".

Insignia pangkat dan pentakrifan[sunting | sunting sumber]

Naval Ensign of Germany.svg
Kapitän zur See
MDS 53 Kapitän zur See Trp.svg MDJA 53 Kapitän zur See Trp Lu.svg MA OG5 53 Kapitän zur See.svg
papan bahu / lengan bawah / slip-on bahu
Insignia pangkat Pangkat pegawai Jerman
Pengenalan
Kumpulan pangkat Pegawai bertauliah
Tentera Laut Kapitän zur See
Tentera Darat / Tentera Udara Oberst
NATO
persamaan
OF-5
Tentera Darat Kolonel
Tentera Laut Kepten

Insignia pangkat Kapitän zur See, dipakai pada pergelangan baju dan bahu, berupa satu bintang bucu lima di atas empat baris jalur berwarna emas pada lengan. Apabila dipakai sebagai gelung pangkat jenis slip-on, lazimnya pada bahu , bintang tersebut tidak dimasukkan.

Pangkat ini ditakrifkan OF-5a[2] dalam NATO, dan setaraf dengan Oberst dalam Heer dan Luftwaffe. Ia merupakan gred A16 atau B3 dalam peraturan gaji Kementerian Pertahanan Persekutuan dan lebih kanan dari pangkat OF-4 Fregattenkapitän.

Volksmarine[sunting | sunting sumber]

Volksmarine
Shoulder cord
Lengan bawah
Kapitän zur See

Kapitän zur See dalam Volksmarine GDR merupakan gred tertinggi kumpulan pangkat pegawai kanan, setanding dengan kod pangkat NATO OF-5. Insignia pangkat ini terdiri daripada shoulder cord dan jalur lengan. Shoulder cord mesti dipakai pada jaket seragam dan diperbuat dari pintalan tocang perak yang disemat tiga pip emas dengan pelapik warna biru kelasi.

Insignia lengan terdiri daripada satu baris besar berwarna emas, dan satu bintang bucu lima di atas. Bertentangan dengan tradisi Tentera Laut Imperial Jerman, di mana gelung pergelangan mengelilingi lengan bawah, jalur lengan Volksmarine membentuk 40 % gelung.

Tentera Laut Imperial Jerman dan Kriegsmarine[sunting | sunting sumber]

Nazi Kriegsmarine
Shoulder cord
Lengan baju
insignia
Kapitän zur See

Di dalam Tentera Laut Imperial Jerman dan Kriegsmarine, Kapitän zur See merupakan pangkat tertinggi dalam kumpulan pangkat pegawai kanan. Insignia pangkat ini terdiri daripada shoulder cord dan jalur lengan. Shoulder cord mesti dipakai pada jaket seragam dan diperbuat dari pintalan tocang perak yang disemat dua pip (bintang) emas dengan pelapik warna biru kelasi. Insignia lengan mengandungi empat baris jalur, dan satu bintang bucu lima di atas. Gelung pergelangan mengelilingi lengan bawah.

Negara Belanda[sunting | sunting sumber]

Di dalam Tentera Laut Diraja Belanda pangkat kapitein-ter-zee merupakan gred ketiga pegawai kanan, setaraf dengan Kolonel dalam tentera darat. Insignianya berbentuk empat baris dan memerintah kapal utama atau pangkalan pantai (sehingga baru-baru ini, kapitein-ter-zee memerintah Onderzeedienst dan Mijnendienst, iaitu pusat latihan kapal selam dan kapal periuk api Tentera Laut Belanda). Kapal-kapal kecil seperti pembinasa dan frigat diperintah oleh kapitein-luitenant ter zee.

Sehingga kini kapal laksamana Tentera Laut Belanda (seperti frigat kelas-Tromps) juga diperintah oleh kapitein-ter-zee. Pada masa kini frigat kelas-De Zeven Provinciëns diperintah oleh kapitein-luitenant-ter-zee.

Insignia lengan kapitein-ter-zee


Negara lain[sunting | sunting sumber]

  • Belgium - Kapitein-ter-zee / capitaine de vaisseau
  • Canada - Captain (N) / capitaine de vaisseau
  • Croatia - Kapetan bojnog broda
  • France - Capitaine de vaisseau
  • Italy - Capitano di vascello
  • Portugal - Capitão de mar e guerra
  • Spain - Capitán de navío

Rujukan[sunting | sunting sumber]