GHB

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Gamma-Hidroksibutirate ( 4-hydroxybutanoic acid ) ialah sejenis dadah dan juga sebatian yang dijumpai dalam otak mamalia, di mana GHB bertindak sebagai penghantar neuron. Sebagai dadah, GHB dijumpai dalam garam kimia (Na-GHB atau K-GHB). GHB merencat pengeluaran dopamina dan meransang pituari untuk menghasilkan hormon tumbesaran (GH).

GHB pernah digunakan sebagai anestatik umum dan sebagai hipnotik dalam rawatan insomnia terutama sekali dalam rawatan narcolepsy (bawah jenama Xyrem. Selain itu, GHB digunakan sebagai makanan tambahan oleh ahli bina badan untuk meransang pengeluaran GH, digunakan dalam rawatan alkoholisme, membantu kelahiran, dan sebagai intoksikan.

GHB kali pertama disintesis oleh Dr. H. Laborit pada awal tahun 1960an untuk digunakan semasa kajian beliau mengenai penghantar neuron GABA. GHB didapati mempunyai kesan sampingan, dan tidak boleh melebihi dos yang ditetapkan. GHB juga tidak boleh diambil bersama alkohol.

Dos berlebihan boleh menyebabkan kepitaman. Tindakan doktor Australia yang meletakkan ais ke rektum pengguna GHB yang pengsan didapati tidak mendatangkan apa apa kesan.