Gaji

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Gaji ialah suatu bayaran sejumlah wang atau pampasan tetap diberikan majikan kepada pekerja yang barangkalinya diperincikan dalam kontrak pekerjaan, sebagai pertukaran kepada tugasan atau kerja yang dilakukan. Ia biasanya dibayar mengikut tempoh tertentu. Ia juga ditakrifkan dari sudut padang menjalankan suatu perniagaansebagai kos pemerolehan dan pengekalan tenaga manusia untuk tujuan menjalankan operasi, lalu dikenali sebagai perbelanjaan kakitangan atau perbelanjaan gaji (personnel expense dan salary expense). Ia turut dicatakan dalam bentuk senarai dalam perakaunan.

Jumlah gaji yang dibayar ditentukan dengan membandingkan kadar pasaran untuk mereka yang bekerja dalam industri yang serupa dalam kawasan yang sama. Ia ditentukan oleh penyeimbangan kadar bayaran dan julat gaji yang ditentukan majikan perseorangan, malah ia turut terjejas oleh bilangan pekerja yang diperlukan untuk melakukan suatu kerja yang dikhususkan dalam tempat pekerjaan majikan.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Susan M. Heathfield. "Salary". About.com Money. Dicapai 5 Mac 2016.