Pergi ke kandungan

Alga

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Ganggang)

Alga
Laurencia, genus marin alga merah dari Hawaii.
Laurencia, genus marin alga merah dari Hawaii.
Pengelasan saintifik
Domain: Eukaryota
Kumpulan yang termasuk

Alga (Jawi: الڬا; daripada bahasa Latin maksudnya "rumpai laut"[1]) ialah kumpulan besar dan pelbagai organisma eukariot ringkas, biasanya autotrofik, pelbagai daripada bentuk unisel hingga multisel seperti kelpa gergasi yang membesar sehingga 65 meter panjang.

Alga dapat berfotosintesis seperti tumbuhan, dan "ringkas" kerana tisunya tidak tersusun kepada banyak organ tersendiri serupa akar atau daun yang dijumpai dalam tumbuhan tanah. Rumpai laut adalah bentuk alga lautan paling kompleks dan terbesar.

  1. ^ Lewis, Charlton T.; Short, Charles (1879). "alga". A Latin Dictionary. Oxford: Clarendon Press. Dicapai pada 27 April 2022.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
  • Guiry, Michael and Wendy. "AlgaeBase". - a database of all algal names including images, nomenclature, taxonomy, distribution, bibliography, uses, extracts
  • Algae - Cell Centered Database
  • "Algae Research". National Museum of Natural History, Department of Botany. 2008. Dicapai pada 2008-12-19.