Eukariot

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Eukariot
Julat zaman: Templat:Long fossil range
Contoh kepelbagaian eukariot
Pengelasan saintifik
Domain: Eukaryota
Whittaker & Margulis,1978
Alam
Animalia – Haiwan
Fungi – Kulat
Plantae – Tumbuhan
Filogeni alternatif

Eukariot ialah sejenis organisma yang sel-selnya mengandungi struktur-struktur kompleks yang terlindung dalam membran. Eukariot dikenali secara formal dengan nama takson Eukarya atau Eukaryota. Struktur ikatan membran yang membezakan sel eukariot daripada sel prokariot ialah nukleus, atau sampul nukleus yang mengandungi bahan genetik.[1][2][3] Eukariot dinamai sedemikian kerana kehadiran nukleus, iaitu gabungan perkataan Yunani ευ (eu, "baik") dan κάρυον (karyon, "kacang" atau "inti"). Kebanyakan sel eukariot juga mengandungi lain-lain organel ikatan membran seperti mitokondria, kloroplas dan radas Golgi. Semua spesies organisme eukariot yang besar dan kompleks merupakan eukariot, termasuk haiwan, tumbuhan dan kulat, namun kebanyakan spesies eukariot merupakan mikroorganisma protis.

Pembahagian sel dalam eukariot adalah berbeza dengan organisma tanpa nukelus (prokariot). Ia melibatkan pengasingan kromosom yang diduakan melalui pergerakan yang diarahkan oleh mikrotubul. Terdapat dua jenis proses pembahagian, iaitu mitosis yang mana satu sel berpecah kepada dua sel yang seiras secara genetik; dan meiosis yang diperlukan dalam pembiakan seks, iaitu satu sel diploid (dengan dua kromosom, satu dari setiap induk) menjalani pencantuman semula setiap pasang kromosom induk, kemudian dua peringkat pembahagian sel, maka terhasilnya empat sel haploid (gamet). Setiap gamet mempunyai hanya satu pelengkap kromosom, yang mana setiap satu kromosom ini merupakan campuran unik pasangan kromosom induknya.

Eukariot kelihatan sebagai monofiletik, dan oleh itu merupakan salah satu daripada tiga domain hidupan. Dua lagi domain, iaitu Bacteria dan Archaea, merupakan prokariot dan tidak memiliki ciri-ciri yang disebut di atas. Eukariot merupakan minoriti yang sangat sedikit di kalangan segala hidupan; dalam tubuh manusia pun terdapat 10 kali lebih banyak mikroogranisma berbanding sel manusia.[4] Namun demikian, disebabkan saiznya yang lebih besar, jumlah terkumpul biojisim sedunia eukariot dianggarkan lebih kurang setara dengan prokariot.[5]


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Youngson, Robert M. (2006). Collins Dictionary of Human Biology. Glasgow: HarperCollins. ISBN 0-00-722134-7. 
  2. Nelson, David L.; Cox, Michael M. (2005). Lehninger Principles of Biochemistry (edisi 4th). New York: W.H. Freeman. ISBN 0716743396. 
  3. Martin, E.A., ed (1983). Macmillan Dictionary of Life Sciences (edisi 2nd). London: Macmillan Press. ISBN 0-333-34867-2. 
  4. Zimmer, Carl. "How Microbes Defend and Define Us", 13 Julai 2010. Dicapai pada 17 Julai 2010. 
  5. Whitman, Coleman, and Wiebe, Prokaryotes: The unseen majority, Proc. Natl. Acad. Sci. USA, Vol. 95, pp. 6578–6583, June 1998

Rencana ini mengandungi bahan-bahan daripada Buku Teks Peringkat Permulaan Sains yang diterbitkan oleh Pusat Maklumat Bioteknologi Nasional (NCBI). Sebagai terbitan kerajaan Amerika Syarikat, buku ini berada dalam domain awam.

Pautan luat[sunting | sunting sumber]