Gary Neville

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gary Neville
Maklumat peribadi
Nama penuh Gary Alexander Neville
Ketinggian 1.79 m (5 ka ​10 12 in)
Posisi permainan Pertahanan
Kerjaya remaja
1991-1992 Manchester United
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1992–2011 Manchester United 400 (5)
Pasukan kebangsaan
1995–2007 England 085 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 19:00, 18 Mei 2008 (UTC)

Gary Alexander Neville (lahir 18 Februari, 1975 di Bury, Greater Manchester) merupakan bekas pemain bola sepak Inggeris yang mempunyai cap antarabangsa terbanyak bagi bek kanan penuh di kalangan pemain England, dan juga merupakan bekas kapten kelab bagi Manchester United. Merupakan produk akademi Manchester United, beliau kekal bersama kelab tersebut sehingga 2011. Beliau membuat penampilan antarabangsa pertamanya pada 1995 dan merupakan pilihan utama bagi posisi bek kanan bagi Manchester United dan England selama lebih dari 10 tahun.

Beliau adalah abang kepada kapten Everton, Phil Neville, yang juga merupakan bekas pemain United, yang bermain dari tahun 1993 hingga 2005.

Manchester United[sunting | sunting sumber]

Neville menyertai United pada tahun 1991, dan menjadi kapten pasukan remaja United ketika memenangi FA Youth Cup pada musim pertamanya. Beliau membuat penampilan senior United pertamanya pada September 1992 ketika United menentang Torpedo Moscow dalam Piala UEFA. Neville merupakan sebahagian daripada pasukan remaja United yang mencetus fenomena di bawah kendalian Sir Alex Ferguson yang digelarkan "Fergie's Fledglings", yang mana turut bersama-samanya ialah adiknya Phil, David Beckham, Nicky Butt dan Paul Scholes. Beliau merupakan pemain regular bek kanan buat United sejak 1994 dan kekal sehingga kini.

Pada Disember 2005, Neville ditauliahkan sebagai kapten pasukan selepas penghijrahan Roy Keane.

Setakat ini, Neville telah memenangi 7 kejuaraan liga, 3 Piala FA, 2 Piala Eropah dan 1 Piala Liga.

Karier Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Neville membuat penampilan antarabangsa pertama pada 1995 setelah dipilih oleh Terry Venables dalam perlawanan persahabatan menentang Jepun. Pada 23 Mei 1996, Neville bersama-sama adiknya Phil menyertai skuad England dalam perlawanan persahabatan menentang China, yang mana kedua-duanya turut bermain dalam perlawanan akhir Piala FA 1996 2 minggu sebelumnya.

Beliau merupakan pilihan utama bagi posisi bek kanan untuk England oleh lima pengurus, namun kehadiran pemain muda Micah Richards dan rakan sepasukannya di United Wes Brown memberi saingan kepadanya untuk posisi itu.

Neville adalah pemain termuda England dalam barisan utama yang bermain dalam Euro 96, yang merupakan kejohanan besar pertamanya. Neville bermain dalam setiap perlawanan sehinggalah pertembungan separuh akhir apabila dia digantung perlawanan. England tewas dalam perlawanan itu kepada juara, Jerman. Turut bermain dalam Piala Dunia 1998 dan Euro 2000, Neville mengalami patah kaki yang hampir mengakhiri impiannya ingin beraksi dalam Piala Dunia 2002 namun kembali memperoleh kecergasan dan bermain dalam kejohanan itu, diikuti dengan Euro 2004 seterusnya.

Dalam bahagian akhir pusingan kelayakan Piala Dunia 2006, Neville tidak beraksi gara-gara kecederaan dan kembali ke skuad England dalam perlawanan persahabatan menentang Uruguay pada Mac 2006.

Neville tersenarai dalam skuad Piala Dunia 2006 England dan bermain dalam perlawanan pembukaan Kumpulan B menentang Paraguay namun pada malam sebelum perlawanan kedua England, beliau mengalami kecederaan yang memaksanya terlepas tiga perlawanan sebelum bermain pada pusingan suku akhir, yang mana England tersingkir daripada pertandingan setelah kecundang dalam penentuan penalti kepada Portugal.

Selepas kekalahan kepada Portugal, Neville mengumumkan bahawa dia bersedia untuk terus bermain di dalam skuad kebangsaan di bawah kendalian pengurus baru Steve McClaren, dan kemudiannya mengatakan bahawa dirinya tidak sepertimana beberapa rakan sepasukan England lainnya yang mengambil keputusan untuk bersara daripada arena antarabangsa. Sebagai salah seorang daripada tiga kapten kelab, bersama-sama John Terry dan Steven Gerrard, nama beliau disebut-sebut sebagai pesaing untuk jawatan kapten pasukan England yang dikosongkan oleh David Beckham selepas penyingkiran England daripada Piala Dunia. Namun, nyata dia bukanlah pilihan utama dan jawatan tersebut diberikan kepada Terry dan Gerrard sebagai naib kapten.

Kehidupan Peribadi[sunting | sunting sumber]

Neville berkahwin dengan Emma Hadfield pada 16 Jun 2007, dan mempunyai seorang anak perempuan, Molly yang dilahirkan pada 11 Januari 2009.