Gendang jaga-jaga

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Gendang Jaga-Jaga merupakan ensembel muzik diraja di Brunei, yang akan dimainkan semasa musim istiadat diraja seperti perkahwinan dan perpuspaan. Gendang Jaga-Jaga juga akan memainkan peranan sebagai tanda permulaan dan berakhirnya sesuatu istiadat itu.

Nama gendang jaga-jaga datangnya dari Istiadat Jaga-Jaga, amalan Melayu dahulu kala iaitu berjaga sepanjang malam yang dipenuhi dengan aktiviti keagamaan dan bukan keagamaan bagi menyambut keraian diraja. Tempoh maksima bagi Istiadat Jaga-Jaga telah ditetapkan tidak melebihi daripada empat belas hari oleh Sultan Brunei masa kini.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]