Brunei

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Negara Brunei Darussalam
  • Brunei Darussalam (Inggeris)
  • نݢارا بروني دارالسلام (Tulisan Jawi)
Bendera Brunei
Jata Brunei
Bendera Jata
Cogan kata"الدائمون المحسنون بالهدى"
"Sentiasa membuat kebajikan dengan petunjuk (Allah)"
Lagu kebangsaanAllah peliharakan Sultan / الله ڤليهاراکن سلطان
Lokasi Brunei
Ibu negara
dan bandar terbesar
Bandar Seri Begawan (باندر سري بڬاون) 4°53′25″N 114°56′32″E / 4.89028°N 114.94222°E / 4.89028; 114.94222
Bahasa rasmiBahasa Melayu[1]
Bahasa lainnya
dan dialek tempatan[2][3]
DemonimOrang Brunei
KerajaanMonarki mutlak islam
• Sultan
Hassanal Bolkiah
Al-Muhtadee Billah
Abdul Aziz Juned
Pendirian
518
1368
Abad 14 - Abad 20
1 Januari 1984
Keluasan
• Jumlah
5,765 km2 (2,226 bt2) (ke-172)
• Perairan (%)
8.6
Penduduk
• Perkiraan 2020
460,000[4] (ke-175)
• Bancian Penduduk 2014
411,900
71.4/km2 (184.9/sq mi) (ke-134)
KDNK (PPP)2022
• Jumlah
$32,111.3 bilion[5]
KDNK (nominal)2018
•  Jumlah
$20.092 bilion[5]
$39,355[5]
HDI (2023) 0.875[6]
sangat tinggi · ke-35
Mata wangRinggit Brunei (ريڠڬيت بروني)
(BND)
Zon waktuUTC+8 (Waktu Piawai Brunei Darussalam)
Kod panggilan673[c]
Kod ISO 3166BN
DPT internet.bn
 a. Juga 080 dari Malaysia.

Negara Brunei Darussalam (Jawi: نڬارا بروني دارالسلام) atau Negara Brunei, Rumah Yang Aman (Bahasa Melayu) atau Brunei., Brunei Darussalam atau Nation of Brunei, the Abode of Peace (Bahasa Inggeris) ialah sebuah negara kecil yang kaya dengan sumber minyak dan gas yang terletak di sebelah utara pulau Borneo. Brunei dikelilingi Malaysia dengan dua bahagian Brunei dipisahkan di daratan oleh Malaysia iaitu Bahagian Limbang. Nama Borneo diambil berdasarkan nama negara ini. Ini adalah disebabkan pada zaman dahulu, Brunei mempunyai pengaruh dan kuasa yang kuat di pulau Borneo dan juga sebahagian daripada gugusan kepulauan Filipina.

Para pengkaji sejarah telah mempercayai bahawa terdapatnya sebuah kerajaan lain sebelum tertubuhnya Kesultanan Melayu Brunei kini, yang digelar orang Cina sebagai Po-ni. Catatan orang Cina dan orang Arab menunjukkan bahawa kerajaan perdagangan kuno ini wujud di muara Sungai Brunei seawal abad ke-7 atau ke-8. Kerajaan awal ini pernah ditakluk empayar Srivijaya yang berpusat di Sumatra pada awal abad ke-sembilan Masihi dan seterusnya menguasai Borneo utara dan gugusan kepulauan Filipina. Kerajaan ini juga pernah dijajah Empayar Majapahit yang berpusat di pulau Jawa tetapi berjaya membebaskan dirinya dan kembali sebagai sebuah negera yang penting.

Brunei merupakan negara kedua tertinggi bagi Indeks Pembangunan Manusia (HDI) dalam kalangan negara Asia Tenggara selepas Singapura dan dikelaskan sebagai negara maju. Menurut Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Brunei berada di tempat ke-4 bagi keluaran dalam negara kasar dunia per kapita dalam pariti kuasa beli.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Brunei suatu ketika dahulu dibawah pengaruh Empayar Srivijaya
Tanah negara Brunei sejak 1890

Empayar Brunei melalui zaman kegemilangannya pada abad ke-15 hingga abad ke-18, sewaktu ia memperluaskan kekuasaannya ke seluruh pulau Borneo dan ke Filipina di sebelah utaranya.

Brunei mencapai kemuncak kekuasaannya pada zaman pemerintahan Sultannya yang kelima iaitu Sultan Bolkiah (1485 - 1524), yang terkenal disebabkan pengembaraan baginda di laut, malah pernah seketika menakluki Manila; dan pada zaman pemerintahan sultan yang kesepuluh, Sultan Muhammad Hasan (سلطان محمد حسن) (TM 1582 - 1598), yang membangunkan susun atur adat istiadat kerajaan dan istana yang masih kekal hingga ke hari ini.

Selepas zaman Sultan Hassan, Brunei memasuki zaman kejatuhan berpunca dari pergolakan dalaman disebabkan perebutan kuasa antara waris diraja dan juga disebabkan timbulnya pengaruh kuasa penjajah Eropah di rantau sebelah sini yang telah menggugat corak perdagangan tradisi serta memusnahkan asas ekonomi Brunei dan kesultanan Asia Tenggara yang lain.

Pada tahun 1839, pengembara Inggeris bernama James Brooke tiba di Borneo dan membantu Sultan menundukkan sebuah pemberontakan. Sebagai balasan, beliau dilantik menjadi gabenor dan kemudiannya "Rajah" Sarawak (سراوق) di barat laut Borneo sebelum meluaskan kawasan di bawah pemerintahannya.

Pada masa yang sama, Syarikat Borneo Utara British (SBUB) sedang meluaskan penguasaannya di timur laut Borneo. Pada tahun 1888, Brunei menjadi sebuah negeri di bawah perlindungan kerajaan British dengan mengekalkan kedaulatan dalam negerinya tetapi hal ehwal luar negara di bawah kawalan British.[10] Pada tahun 1906, Brunei menerima suatu lagi langkah perluasan kuasa British apabila kuasa eksekutif dipindahkan kepada seorang residen British yang menasihati baginda Sultan dalam semua perkara kecuali yang bersangkut-paut dengan adat istiadat tempatan dan agama.

Pada tahun 1959, Brunei mengisytiharkan kerajaan baru yang berkuasa memerintah kecuali dalam isu hubungan luar, keamanan dan pertahanan dimana isu-isu ini menjadi tanggungjawab British. Percubaan untuk membentuk sebuah badan perundangan pada tahun 1962 terpaksa dilupakan kerana berlaku pemberontakan oleh parti pembangkang iaitu Parti Rakyat Brunei dan dengan bantuan British, pemberontakan ini berjaya dibanteras. Manakala pada akhir 1950 dan awal 1960, kerajaan Brunei ketika itu menolak cadangan (walaupun pada awalnya menunjukkan minat) untuk bergabung dengan Singapura, Sabah, Sarawak dan Tanah Melayu untuk membentuk persekutuan Malaysia dan akhirnya Sultan Brunei ketika itu bercadang untuk membentuk sebuah negara yang merdeka.

Pada tahun 1967, Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien telah turun dari takhta dan melantik anakanda sulung baginda, Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, menjadi Sultan Brunei ke-29. Baginda juga berkenan menjadi Menteri Pertahanan setelah Brunei mencapai kemerdekaan penuh dengan gelaran Paduka Seri Begawan Sultan. Pada tahun 1970, pusat pemerintahan negeri Bandar Brunei atau Brunei Town telah diubah namanya menjadi Bandar Seri Begawan untuk mengenang jasa baginda. Baginda layu pada tahun 1986.

Pada 4 Januari 1979, Brunei dan United Kingdom telah menandatangani Perjanjian Kerjasama dan Persahabatan. Pada 1 Januari 1984, Negara Brunei Darussalam telah berjaya mencapai kemerdekaan sepenuhnya.

Politik dan kerajaan[sunting | sunting sumber]

Ke bawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah

Brunei merupakan sebuah negara yang menjalankan sistem pemerintahan monarki mutlak dan mengamalkan sistem undang-undang Inggeris walaupun undang-undang syariah Islam menggantikan undang-undang itu dalam beberapa perkara dan kes.[perlu rujukan] Sistem politik di Brunei ditetapkan oleh perlembagaan dan berdasarkan konsep Melayu Islam Beraja (MIB). Tiga komponen MIB adalah kebudayaan Melayu, agama Islam dan sistem politik dibawah pemerintahan beraja."[11]

Sultan Hassanal Bolkiah yang gelarannya diturunkan dalam wangsa yang sama sejak abad ke-15 ialah ketua negara serta ketua kerajaan Brunei pada masa kini. Baginda dinasihati oleh beberapa majlis dan sebuah kabinet menteri, walaupun baginda secara berkesan merupakan pemerintah tertinggi. Pada September 2004, Sultan Brunei mengadakan persidangan Parlimen yang tidak pernah bersidang sejak kemerdekaan pada tahun 1984. Parlimen ini tidak mempunyai kuasa selain daripada menasihati sultan disebabkan oleh pemerintahan mutlak oleh Sultan. Brunei ialah salah satu daripada negara yang paling stabil dari segi politik di Asia.

Brunei seperti sesetengah negara yang lain juga menuntut beberapa kawasan tuntutan seperti wilayah di Sarawak iaitu Limbang dan kawasan Kepulauan Spratly yang dipertikaikan. Banyak pulau kecil yang terletak di antara Brunei dan Labuan termasuk Pulau Kuraman telah dipertikaikan oleh negara Brunei dan Malaysia. Walau bagaimanapun, pulau-pulau ini diakui sebagai sebahagian daripada Malaysia di peringkat antarabangsa.

Media massa[sunting | sunting sumber]

Media di Brunei sangat memihak kepada kerajaan. Negara ini juga mendapat status "Negara Tidak Bebas" oleh sebuah organisasi antarabangsa iaitu Freedom House.[12] Kritikan kepada kerajaan oleh pihak akhbar juga amat jarang. Kerajaan Brunei juga memiliki dan mengendali beberapa buah saluran radio dan televisyen dengan pengenalan TV digital yang menggunakan DVB-T2.[11]

Televisyen dan radio[sunting | sunting sumber]

  • Antara saluran televisyen yang dimiliki oleh pihak kerajaan Brunei ialah:
  • Pihak kerajaan Brunei juga mengendalikan lima stesen radio iaitu:
    • Nasional FM (.نسيوڽل ف.م)
    • Pilihan FM (.ڤيليهن ف.م)
    • Pelangi FM (.ڤلاڠي ف.م)
    • Harmoni FM (.هرموني ف.م)
    • Nur Islam FM (.‍‍‍‍‍‍نور اسلام ‌‌ف.م)[11]

Sebuah syarikat penyiaran swasta dari Malaysia, ASTRO dengan usahasama sebuah syarikat dari Brunei, Kristal Sdn Bhd telah menyediakan perkhidmatan televisyen kabel (TV Kabel) berbayar dan radio di negara itu yang dikenali sebagai Kristal-Astro dan Kristal FM.[11]

Akhbar[sunting | sunting sumber]

Sebuah syarikat penerbitan dan percetakan iaitu Brunei Press Sdn. Bhd. telah ditubuhkan pada 1953 setelah mendapat kebenaran kerajaan. Syarikat ini menerbitkan akhbar berbahasa Inggeris pertama negara itu iaitu Borneo Bulletin. Pada awalnya, akhbar itu diterbitkan setiap minggu. Pada tahun 1990, akhbar itu telah diterbitkan setiap hari dan menjadi sumber utama maklumat tentang hal ehwal tempatan dan luar negara. Selain Borneo Bulletin, terdapat juga akhbar Media Permata yang merupakan akhbar tempatan berbahasa Melayu yang diterbitkan pada setiap hari. Brunei Times, sebuah akhbar bebas dalam bahasa Inggeris juga telah diterbitkan oleh syarikat Brunei Times Sdn. Bhd., syarikat milik sekumpulan ahli perniagaan terkemuka di Brunei.[perlu rujukan]

Pembahagian Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Pentadbiran di Brunei dibahagikan kepada empat buah daerah:

  Belait
  Tutong

Daerah-daerah Brunei dibahagikan lagi kepada 40 buah mukim.[13]

No. Mukim Populasi Bandar/Pekan Berhampiran Daerah
1 Sengkurong 71,700 Sengkurong Brunei Muara
2 Gadong 59,610 Bandar Seri Begawan Brunei Muara
3 Berakas A 57,500 Bandar Seri Begawan Brunei Muara
4 Kuala Belait 35,500 Kuala Belait Belait
5 Seria 32,900 Pekan Seria Belait
6 Kilanas 31,400 Tanjung Bunut Brunei Muara
7 Liang 18,100 Liang Belait
8 Pengkalan Batu anggaran 15,000 Sengkurong Brunei Muara
9 Kota Batu 14,924 Bandar Seri Begawan Brunei Muara
10 Pekan Tutong 13,000 Pekan Tutong Tutong
11 Berakas B 12,017 Bandar Seri Begawan Brunei Muara
12 Mentiri 10,872 Pekan Muara Brunei Muara
13 Serasa anggaran 10,000 Pekan Muara Brunei Muara
14 Kianggeh 8,540 Bandar Seri Begawan Brunei Muara
15 Burong Pinggai Ayer anggaran 8,200 Bandar Seri Begawan Brunei Muara
16 Keriam 8,000 Pekan Tutong Tutong
17 Lumapas 7,458 Bandar Seri Begawan Brunei Muara
18 Kiudang 7,000 Tiada Tutong
19 Saba anggaran 6,600 Bandar Seri Begawan Brunei Muara
20 Sungai Kedayan anggaran 6,000 Bandar Seri Begawan Brunei Muara
21 Sungai Kebun 5,460 Bandar Seri Begawan Brunei Muara
22 Bangar 5,000 Bangar Temburong
23 Bokok anggaran 2,000 Bangar Temburong
24 Telisai 1,287 Telisai Tutong
25 Labi 1,200 Tiada Belait
26 Labu anggaran 1,100 Tiada Temburong
27 Kuala Balai 1,081 Tiada Belait
28 Tanjong Maya 1,000 Pekan Tutong Tutong
29 Batu Apoi 807 Tiada Temburong
30 Rambai 239 Tiada Tutong
31 Amo 210 Tiada Temburong
32 Melilas 193 Tiada Belait

Mukim-mukim yang lain ialah mukim Sengkurong, Tamoi, Kampong Peramu, Bukit Sawat, Sukang, Keriam, Ukong dan Lamunin.

Geografi[sunting | sunting sumber]

Keadaan bentuk muka bumi di Brunei

Brunei dikelilingi oleh negara Malaysia di bahagian selatan, barat dan timurnya serta Laut China Selatan di utara dan Teluk Brunei di bahagian timur laut. Brunei terdiri daripada dua bahagian yang dipisahkan oleh negeri Sarawak, Malaysia dengan keluasan 5765 kilometer persegi (2226 batu persegi). Bahagian barat negara Brunei terdiri daripada Belait, Tutong dan Brunei Muara serta Temburong di bahagian timur. Garis pantai di Brunei ialah sepanjang 161 kilometer (100 batu) dan berkongsi 381 kilometer (237 batu) garis sempadan dengan Malaysia. Keluasan kawasan perairan di Laut China Selatan pula ialah 500 kilometer persegi (193 batu persegi) dan 200 batu nautika bagi kawasan zon ekonomi eksklusif.[14]

Kawasan Panaga yang terletak di daerah Belait merupakan kediaman kepada sebilangan besar rakyat asing disebabkan oleh kemudahan perumahan dan rekreasi di Shell Belanda Diraja dan Tentera British. Kelab Panaga yang terkenal terletak di sini.

Kebanyakkan kawasan di Brunei terdiri daripada hutan hujan tropika tanah rendah yang memenuhi kebanyakkan kawasan di pulau Borneo.[14] Tetapi, terdapat juga kawasan hutan gunung terutamanya di bahagian timur Brunei (Temburong). Iklim Brunei ialah jenis khatulistiwa iaitu iklim yang mempunyai suhu dan kelembapan yang tinggi serta taburan sinaran matahari dan hujan lebat pada sepanjang tahun. Purata suhunya ialah kira-kira 26.1 °C (79.0 °F). Pada bulan April hingga Mei purata suhunya sedikit rendah iaitu 24.7 °C (76.5 °F) dan pada bulan Oktober hingga Disember pula menunjukkan sedikit peningkatan purata suhunya iaitu 23.8 °C (74.8 °F).[15]

Bulan Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogs Sep Okt Nov Dis Tahun
Jumlah Min Maksimum (°C)
25.8
24.8
27.2
27.1
27.5
27.1
28.4
28.3
28.0
26.5
24.4
24.0
28.3
Jumlah Min Minimum (°C)
22.1
22.0
22.5
23.9
23.9
24.7
24.1
24.3
25.3
23.1
22.2
23.6
26.2
Taburan Curahan Hujan Purata (mm) 277.7 138.3 113.0 200.3 239.0 214.2 228.8 215.8 257.7 319.9 329.4 343.5
2873.9

Ekonomi[sunting | sunting sumber]

Ekonomi kecil yang kaya ini adalah suatu campuran keusahawanan dalam negeri dan asing, kawalan kerajaan, kebajikan, serta tradisi kampung. Pengeluran minyak mentah dan gas asli membentuk hampir separuh daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara Brunei. Pendapatan yang cukup besar daripada pelaburan luar negeri menambah pendapatan daripada pengeluaran dalam negeri. Kerajaan membekalkan semua perkhidmatan perubatan dan memberikan subsidi beras dan isi rumah. Pemimpin-pemimpin Brunei berasa bimbang bahawa persepaduan dengan ekonomi dunia yang semakin bertambah akan menjejaskan perpaduan sosial dalaman, walaupun Brunei telah memainkan peranan yang lebih ketara dengan menjadi pengerusi forum APEC pada tahun 2000. Rancangan-rancangan yang dinyatakan untuk masa hadapan termasuk peningkatan kemahiran tenaga buruh, pengurangan pengangguran, pengukuhan sektor-sektor perbankan and pelancongan, serta secara umumnya, peluasan lagi asas ekonominya. Syarikat Penerbangan Diraja Brunei yang merupakan syarikat penerbangan negara sedang berusaha menjadikan Brunei sebagai pusat untuk perjalanan antarabangsa antara United Kingdom dan Australia. Syarikat ini juga mempunyai perkhidmatan ke destinasi-destinasi Asia yang utama.

Demografi[sunting | sunting sumber]

Jumlah penduduk Brunei adalah seramai 411,900 dimana 75% penduduk tinggal di kawasan bandar (urban) dan 97% daripada jumlah penduduknya tinggal di bahagian barat yang lebih besar dengan hanya kira-kira 10,000 (3%) orang tinggal di daerah Temburong iaitu di bahagian timur. Daripada bilangan ini, lebih kurang 46,000 orang tinggal di ibu negara Bandar Seri Begawan.[16]

Bangsa[sunting | sunting sumber]

Berdasarkan Lembaga Perlembagaan Negara Brunei Darussalam yang bermula pada tahun 1984, etnik Negara Brunei Darussalam terdiri daripada puak atau rumpun jati secara rasmi di bawah pendaftaran kebangsaan iaitu etnik Melayu Brunei, Kedayan, Tutong, Dusun, Belait, Murut dan Bisaya.

Walau bagaimanapun, penduduk tetap Brunei Darussalam juga terdiri daripada berbilang bangsa seperti bangsa Inggeris, Orang Cina , India serta kaum etnik majoriti dari Sarawak dan Sabah, Malaysia seperti Iban dan Kadazan. Terdapat juga golongan ekspatriat di Brunei yang besar jumlahnya dengan kebanyakannya warganegara British serta Australia.[17]

Berikut merupakan peratus jumlah penduduk mengikut etnik di Brunei:

  • Melayu: 66.3% (meliputi dua pertiga penduduk Brunei)
  • Cina: 11.2%
  • Pribumi bukan Melayu: 3.4%
  • Lain-lain: 19.1% (anggaran pada tahun 2004)[14]

Agama[sunting | sunting sumber]

Agama di Brunei
Agama Peratus
Islam
  
80.9%
Buddha
  
7%
Kristian
  
7%
Lain-lain
  
5%

Islam ialah agama rasmi Brunei dan Sultan Brunei merupakan ketua agama negara itu.[14] Agama-agama lain yang dianuti termasuk Buddha (dianuti oleh kaum Cina), Kristian (7%) serta kepercayaan animisme (dengan jumlah yang amat kecil iaitu kira-kira 5%).

Bahasa[sunting | sunting sumber]

Bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan di negara ini.[18] Bahasa Melayu yang digunakan di Brunei adalah berbeza daripada negara Nusantara yang lain kerana penduduk Brunei menggunakan loghat Melayu Brunei sebagai alat pertuturan dan perbualan. Bahasa Cina, Bahasa Arab dan juga Bahasa Inggeris turut dipertuturkan.[19] Bahasa kaum pribumi yang turut digunakan ialah Bahasa Iban, Bahasa Murut, Bahasa Kedayan, Bahasa Belait, Bahasa Bisaya, Bahasa Tutong dan Bahasa Dusun.[19] Bahasa Inggeris juga dipertuturkan secara meluas dan dipelajari dalam institusi pendidikan.

Kebudayaan dan warisan[sunting | sunting sumber]

Budaya Melayu Brunei seakan sama dengan budaya Melayu di Semenanjung Malaysia dengan pengaruh kuat daripada Hindu dan Islam tetapi kelihatan lebih konservatif berbanding di Malaysia.[20] Budaya ini berasal daripada Dunia Melayu Lama yang merangkumi Kepulauan Melayu (Alam Melayu) dan ini berpunca daripada apa yang dikenali sebagai Tamadun Melayu. Walaupun budaya Brunei dipengaruhi oleh Hindu, Islam, animisme dan Barat tetapi pengaruh Islam adalah lebih kuat kerana telah tertanam lama dalam budaya Brunei sehingga menjadi cara hidup serta ideologi dan falsafah negara.[21]

Pengharaman alkohol[sunting | sunting sumber]

Sebagai sebuah negara Islam dan mengamalkan hukum syariah, jualan dan penggunaan alkohol adalah diharamkan tetapi orang luar dan bukan Islam dibenarkan membawa 12 tin bir dan dua botol spirit setiap kali mereka masuk ke negara ini.[22][23] Selepas pengenalan larangan pada awal 1990an, semua pub dan kelab malam dipaksa tutup.

Kesenian[sunting | sunting sumber]

Seni disenaraikan di Brunei terdiri daripada pelbagai jenis cabang termasuk:

  1. Puisi, seperti pantun, sajak, syair dan sebagainya
  2. Sastera dan bahasa, seperti koleksi buku-buku novel, sejarah, peribahasa, perambahan Brunei, bidalan, hikayat dan sebagainya
  3. Muzik tradisional, termasuklah iramanya, rentaknya dan alat-alatnya yang tertentu
  4. Lagu-lagu asli dan lagu-lagu rakyat, seperti Samalindang
  5. Tarian tradisional dan teater, seperti zapin, joget, alai sekap, adai-adai dan sebagainya
  6. Lukisan
  7. Kraftangan, seperti menenun kain jong-sarat dan menganyam seperti membuat bakul seperti tekiding
  8. Memburis perahu, seperti perahu tambang
  9. Pertukangan tangan, seperti emas dan perak untuk barang perhiasan
  10. Senjata seperti keris
  11. Pakaian, perhiasaan dan kustom negara, seperti pakaian etnik negara
  12. Seni mempertahankan diri, seperti pencak silat
  13. Pantang larang
  14. Adat, seperti adat perkahwinan
  15. Adat-istiadat negara
  16. Makan sirih pinang.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Deterding, David; Athirah, Ishamina (22 July 2016). "Brunei Malay". Journal of the International Phonetic Association. Cambridge University Press. 47: 99–108. doi:10.1017/S0025100316000189. S2CID 201819132. Dicapai pada 09 July 2022. Check date values in: |access-date= (bantuan)
  2. ^ "Brunei". Ethnologue. 19 February 1999. Dicapai pada 30 December 2013.
  3. ^ "Call to add ethnic languages as optional subject in schools". Diarkibkan daripada yang asal pada 19 November 2013. Dicapai pada 19 November 2013. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  4. ^ "The World Factbook". Cia.gov. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-07-21. Dicapai pada 30 December 2013.
  5. ^ a b c "Brunei". International Monetary Fund. Dicapai pada 18 April 2012.
  6. ^ "2014 Human Development Report Summary" (PDF). United Nations Development Programme. 2014. m/s. 21–25. Dicapai pada 27 July 2014.
  7. ^ "Brunei (Languages)". Ethnologue. Dicapai pada 2 August 2013.
  8. ^ "Give recognition to our languages". Dicapai pada 19 November 2013.[pautan mati kekal]
  9. ^ "Call to add ethnic languages as optional subject in schools". Dicapai pada 19 November 2013.
  10. ^ Brunei Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah Handbook By IBP USA, USA International Business Publications.
  11. ^ a b c d "About Brunei". Bruneipress.com.bn. 1998-07-30. Diarkibkan daripada yang asal pada 2002-06-23. Dicapai pada 2009-12-30.
  12. ^ "Freedom Of The Press – Brunei (2006)". Freedomhouse.org. Dicapai pada 2009-12-30.
  13. ^ "Garis Panduan Skim Poskod Negara Brunei Darussalam". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-10-01. Dicapai pada 2011-09-16.
  14. ^ a b c d Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan cia tidak disediakan
  15. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-04-06. Dicapai pada 2011-07-03.
  16. ^ 2001 Summary Tables of the Population Census. Department of Statistics, Brunei Darussalam
  17. ^ Ozog, A. C. K. (1996). The unplanned use of English: The case of Brunei Darussalam. In P. W. Martin, C. Ozog & G. Poedjosoedarmo (Eds.), Language use & language change in Brunei Darussalam (pp. 156-166). Athens, Ohio: Ohio University Center for International Studies.
  18. ^ "Perambahan: A unique feature of Brunei Malay | The Brunei Times". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-06. Dicapai pada 2011-07-03.
  19. ^ a b Martin, P. W., & Poedjosoedarmo, G. (1996). An overview of the language situation in Brunei Darussalam. In P. W. Martin, C. Ozog & G. Poedjosoedarmo (Eds.), Language use & language change in Brunei Darussalam (pp. 1-23). Athens, Ohio: Ohio University Center for International Studies.
  20. ^ For a discussion of religious freedom, see http://www.state.gov/g/drl/rls/irf/2006/71334.htm (United States Department of State).
  21. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-05-11. Dicapai pada 2011-07-03.
  22. ^ "Brunei Tourism Website (Government appointed)". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-07-10. Dicapai pada 2011-07-03.
  23. ^ "bruneipress.com.bn"

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Atlas Wikimedia Brunei