Geng 4

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Geng 4 terbabit lebih 20 kes jenayah di Jinjang, Kepong, Sentul dan sekitar Lembah Kelang. Pada 3 Januari 2009 polis Sentol mengejar sebuah kereta Honda City dipandu ahli Geng 4 tetapi gagal menahan mereka.

Pada 4 Januari 2009, polis memburu ketua Geng 4 di rumah sewanya di Projek Perumahan Rakyat Taman Beringin, Jinjang Utara , Selangor. Ketua Geng 4, Muslizal Muhammad, 24, dikatakan terbabit dengan lebih 20 kes samun bersenjata bersama anggota kumpulannya di sekitar Lembah Klang sejak 2007. Muslizal lari menerusi tingkap di tingkat 11 setelah menyedari polis mengetuk pintu rumah. Seorang wanita menjerit apabila melihat kelibat lelaki menyusur dinding luar rumah pangsa itu. Muslizal yang terkejut mendengar jerita , melompat dari tingkat 11 ke tingkat 10 tapi gagal. Dalam operasi mengejar Muslizal, dia terjatuh berdebuk ke tanah lapang rumah pangsa itu jam 6 pagi , 4 Februari 2009. Muslizal bersembunyi di sebuah rumah sewaan dan mahu ke rumah lain pula tetapi kakinya tergelincir. Dia mati di tempat kejadian kerana cedera parah di kepala dan patah tangan. Mayatnya dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat. Dia mempunyai rekod lampau dan pernah ditahan polis kerana menyamun.

Ketua Polis Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan menyatakan dua lelaki dipercayai ahli kumpulan yang hendak ke rumah pangsa itu turut ditangkap. Empat lelaki berusia 17-24 tahun yang berada di dalam rumah itu turut ditahan.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ [1]