Pergi ke kandungan

Gencatan Senjata 22 Jun 1940

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Koordinat: 49°25′38″N 2°54′23″E / 49.42736111°N 2.90641944°E / 49.42736111; 2.90641944

Adolf Hitler (tangan di pinggul) merenung Patung Ferdinand Foch sebelum memulakan perundingan bagi peletakan senjata di Compiègne, Perancis (21 Jun 1940)
Gerabak Keretapi Ferdinand Foch, di lokasi yang sama seperti selepas Perang Dunia I, yang disediakan oleh pihak Jerman untuk peletakan senjata kedua di Compiègne, Jun 1940

Perletakan Senjata 22 Jun 1940 telah ditandatangani pada jam 18:36[1] berhampiran Compiègne, Perancis, oleh para pegawai kanan Jerman Nazi dan Republik Ketiga Perancis. Ia tidak berkuatkuasa sehingga selepas tengah malam 25 Jun.

Penandatangan bagi pihak Jerman termasuklah para pegawai kanan tentera seperti Jeneral Wilhelm Keitel,[1] iaitu Panglima Angkatan Tentera Jerman (Wehrmacht), sementara yang berada di sebelah Perancis adalah pegawai yang lebih rendah, seperti Jeneral Charles Huntziger. Berikutan kemenangan muktamad Jerman dalam Pertempuran Perancis (10 Mei–21 Jun 1940), perletakan senjata ini telah menubuhkan zon pendudukan Jerman di Utara dan Barat Perancis yang merangkumi semua pelabuhan Selat Inggeris dan Lautan Atlantik dan membiarkan zon bebas selebihnya ditadbir oleh Perancis. Adolf Hitler sengaja memilih Hutan Compiègne sebagai lokasi untuk menandatangani perletakan senjata itu kerana peranan simboliknya sebagai lokasi Perletakan Senjata dengan Jerman pada tahun 1918 yang menandakan berakhirnya Perang Dunia I dengan penyerahan kalah Jerman.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ a b Maury, Jean-Pierre. ""Convention d'armistice" – Text of the armistice signed in Rethondes on 22 June 1940". mjp.univ-perp.fr. University of Perpignan. Dicapai pada 11 June 2015..
  • United States Department of State, Publication No. 6312, Documents on German Foreign Policy 1918–1945, Series D, IX, 671–676. Washington, DC : Government Printing Office, 1956.

Bacaan lanjut

[sunting | sunting sumber]
  • Gates, Edward. End of the Affair: The Collapse of the Anglo-French Alliance, 1939–1940 (1980)
  • Jackson, Julian. France: The Dark Years, 1940-1944 (2001) ch 6
  • Lacouture, Jean. De Gaulle: The Rebel 1890–1944 (1984; English ed. 1991), ISBN 084190927X
  • Potts, William J. The German-French Armistice of June, 1940, and the German Armistice Commission, 1940-1942 1966.
  • Shirer, William. The Collapse of the Third Republic (1969)

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]