Perancis Vichy

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Negara Perancis Regim Vichy

l'État français
1940–1944
Flag of Perancis
{{{coat_alt}}}
Flag Lambang
Ketua Negara
Cogan kata: "Travail, Famille, Patrie"
"Kerja, Keluarga, Tanahair"
Lagu kebangsaan: La Marseillaise
Lagu Marseille  (rasmi)
Maréchal, nous voilà! 
Marsyal, kami disini!  (tidak rasmi)
Biru gelap: De jure sebahagian Negara Perancis. Biru Teal: De jure sebahagian Negara Perancis yang dijajah oleh Kuasa Paksi. Biru langit: Jajahan Vichy dibawah kawalan Vichy. Biru muda: Jajahan Vichy yang hilang sebelum itu. Merah: Jajahan Perancis yang tidak pernah dipegang Vichy.
Biru gelap: De jure sebahagian Negara Perancis.
Biru Teal: De jure sebahagian Negara Perancis yang dijajah oleh Kuasa Paksi.
Biru langit: Jajahan Vichy dibawah kawalan Vichy.
Biru muda: Jajahan Vichy yang hilang sebelum itu.
Merah: Jajahan Perancis yang tidak pernah dipegang Vichy.
StatusNegara naungan Jerman Nazi (1940–42)
Negara boneka Jerman Nazi (1942–44)
Ibu kotaVichy (de facto)
Parisa (de jure)
Bahasa lazimBahasa Perancis
Agama
Gereja Katolik Rom
PemerintahanNegara autoritarianb
Ketua Negara Perancis 
• 1940–1944
Philippe Pétain
Pengerusi Jemaah Menteri 
• 1940–1942
Philippe Pétain
• 1942–1944
Pierre Laval
PerundanganDewan Undangan Negara
Era sejarahPerang Dunia Kedua
• Berakhirnya Pertempuran Perancis
22 Jun 1940
10 Julai 1940
• Perancis Selatan dijajah
11 November 1942
25 Ogos 1944
Pembebasan Perancis
• Jun – November 1944
Penaklukan Sigmaringen
Mata wangFranc Perancis
Didahului oleh
Diganti oleh
Republik Ketiga Perancis
Pemerintah Sementara Republik Perancis
  1. Paris kekeal sebagai ibu negara rasmi meskipun rejim Vichy tidak memerintah dari sana.
  2. Meskipun segala institusi Republik Perancis dikekalkan secara rasminya, istilah tepat "Republik" itu tidak muncul dalam sebarang dokumen rasmi rejim Vichy.

Perancis Vichy [pĕ-ran-cis vi-syi] (nama rasminya dalam Bahasa Perancis: l'État français [lé-ta fran-séz], "Negara Perancis") ialah badan negara Perancis semasa pemerintahan Marsyal Philippe Pétain, sewaktu Perang Dunia Kedua, dari kemenangan Jerman dalam Pertempuran Perancis (Julai 1940) sehingga pembebasan oleh pihak Berikat pada Ogos 1944. Pentadbiran negara ini dipindahkan dari Paris ke Vichy semasa tempoh pemerintahan ini. Selepas kekalahan pada Jun 1940, Presiden Albert Lebrun melantik Marsyal Pétain sebagai Perdana Menteri Perancis. Selepas berdamai dengan Jerman, Pétain dan kerajaannya mengundi bagi menyusun semula Republik Ketiga yang dianggap "tercemar" menjadi sebuah rejim yang berkencenderungan autoritarian.

Negera Perancis yang baru ditubuhkan mengekalkan kedaulatan nominal ke atas seluruh wilayah Perancis seperti yang ditakrifkan oleh Gencatan Senjata Kedua di Compiegne. Bagaimanapun, Vichy mengekalkan kedaulatan penuh hanya di selatan Zon libre ("zon bebas") yang tidak dijajah, sementara mengekalkan kuasa yang terhad di zon utara yang diduduki kuasa Wehrmacht, iaitu Zon occupée ("zon diduduki"). Penjajahan adalah keadaan sementara ketika menanti tamatnya perang di barat, yang mana akan muncul kelak. Pada bulan November 1942, bagaimanapun, Zon libre juga diduduki, dengan pihak Jerman menyelia rapat semua pegawai Perancis.

Marsyal Pétain bekerjasama dengan tentera pendudukan Jerman sebagai pertukaran untuk perjanjian tidak membahagikan Perancis antara kuasa-kuasa Paksi. Jerman menyimpan dua juta anggota tentera Perancis di Jerman sebagai buruh paksa bagi menguatkuasakan perjanjiannya. Pihak berkuasa Vichy membantu dalam menghimpunkan orang-orang Yahudi dan orang lain yang "tidak diingini". Pada masa jajahan Vichy angkatan tentera Perancis aktif menentang pihak Bersekutu. Kebanyakan orang awam Perancis pada awalnya menyokong kerajaan baru walaupun dasar-dasar pro-Nazi, sering melihatnya sebagai perlu untuk mengekalkan tahap autonomi Perancis dan keutuhan wilayah.

Kesahihan Vichy Perancis dan kepimpinan Pétain sentiasa dicabar oleh Jeneral buangan Charles de Gaulle, yang berpangkalan di London, yang mendakwa mewakili kesahihan dan kesinambungan negara Perancis. Negara-negara jajahan Perancis di luar negara pada asalnya di bawah kawalan Vichy, tetapi ia kehilangan satu demi satu kepada pergerakan Perancis Bebas pimpinan de Gaulle. Pendapat awam berpaling menentang rejim Vichy dan tentera pendudukan Jerman terpaksa bekerja lebih masa dan tentangan untuk mereka meningkat. Selepas serangan Bersekutu keatas Perancis pada Jun 1944, de Gaulle mengisytiharkan Pemerintah Sementara Republik Perancis (GPRF).

Selepas pembebasan Perancis pada musim panas 1944, kebanyakan pemimpin rejim Vichy melarikan diri atau telah dibicarakan oleh GPRF dan sebilangan telah dibunuh kerana pengkhianatan. Beribu-ribu tali barut telah dibunuh tanpa perbicaraan oleh pasukan pemberontak tempatan. Pétain dijatuhi hukuman mati kerana mengkhianat, tetapi hukumannya diringankan kepada penjara seumur hidup. Hanya empat orang pegawai kanan Vichy telah dibicarakan kerana jenayah terhadap kemanusiaan, walaupun ramai lagi telah mengambil bahagian dalam pengusiran orang-orang Yahudi untuk dihapuskan di kem-kem tahanan, penderaan tahanan dan bertindak keras terhadap anggota Pemberontak. Ia adalah satu-satunya kerajaan Perancis yang berperang hingga kemampuan terakhirnya sebelum menyerahkalah seperti semua Republik yang lain dan membuktikan penyerahan diri semua rakyat Perancis kerana ada yang memilih untuk melawan dan menyerah selepas berjuang.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:France topics Templat:Nazi Germany occupations

Koordinat: 46°10′N 3°24′E / 46.167°N 3.400°E / 46.167; 3.400