Peletakan Senjata 11 November 1918

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
black and white photograph of five men in military uniforms standing side-to-m right, seen outside his railway carriage No. 2419 D in the forest of Compiègne.
Gambar diambil selepas persetujuan dicapai untuk peletakan senjata yang menamatkan Perang Dunia I. Ini adalah gerabak keretapi milik Ferdinand Foch dan bertempat di Hutan Compiègne. Foch adalah yang kedua dari kanan. Sebelah kiri Foch dalam foto (disebelah kanan Foch) ialah First Sea Lord British, Laksamana Madya Sir Rosslyn Wemyss. Disebelah kanan ialah Laksamana Muda George Hope.

Peletakan senjata 11 November 1918 adalah peletakan senjata yang menamatkan pertempuran di darat, laut dan udara dalam Perang Dunia I di antara Pihak Bersekutu dan lawan mereka, Empayar Jerman. Peletakan senjata sebelumnya telah dipersetujui bersama Kerajaan Beraja Bulgaria, Empayar Uthmaniyah dan Empayar Austria-Hungary. Juga dikenali sebagai Peletakan Senjata Compiègne daripada tempat dimana ia telah ditandatangani pada jam 5:45 a.m. di Hutan Compiègne oleh Marsyal Foch Perancis,[1] ia berkuatkuasa pada jam 11 a.m. waktu Paris pada 11 November 1918 ("pukul sebelas hari kesebelas bulan sebelas") dan menandakan kemenangan bagi pihak Sekutu dan kekalahan bagi pihak Jerman, walaupun tidak menyerahkalah secara rasmi.

Syarat-syarat sebenar, sebahagian besarnya ditulis oleh Pemerintah Tertinggi Bersekutu, Marsyal Ferdinand Foch, ialah pemberhentian permusuhan, pengunduran tentera Jerman ke belakang Sungai Rhine, pendudukan Bersekutu ke atas Rhineland dan pangkalan terdepan yang jauh ke timur, pemeliharaan infrastruktur, penyerahan pesawat udara, kapal perang, dan materiel tentera, pembebasan tawanan perang Bersekutu dan orang awam yang ditahan, bayaran pampasan, tiada pembebasan tawanan Jerman dan tiada kelonggaran sekatan tentera laut Jerman.

Walaupun peletakan senjata menamatkan perang, ia perlu dilanjutkan sebanyak tiga kali sehingga Perjanjian Versailles, yang telah ditandatangani pada 28 Jun 1919, berkuatkuasa pada 10 Januari 1920.

Muka surat terakhir perjanjian Peletakan Senjata

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Nota informasi

Petikan

  1. ^ "Armistice: The End of World War I,1918". EyeWitness to History. Diarkibkan daripada asal pada 26 November 2018. Dicapai 26 November 2018. 

Bibliografi

Bacaan lanjut

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Perang Dunia I Koordinat: 49°25′39″N 2°54′23″E / 49.4275°N 2.906389°E / 49.4275; 2.906389