Genosid Yunani
Genosid Yunani merupakan langkah pembasmian kaum Yunani Uthmaniyah beragama Kristian yang dijalankan di Anatolia semasa Perang Dunia Pertama dan kejadian yang berikutan selepasnya dari tahun 1914 sehingga tahun 1922)[1] oleh kerajaan Uthmaniyah dan pergerakan nasionalis Turki melalui pembunuhan beramai-ramai, pengusiran terpaksa melibatkan "perarakan maut", hukuman mati semberono serta pemusnahan budaya, sejarah, dan peninggalan agama Ortodoks Timur.[2] Menurut beberapa sumber, sebanyak ratusan ribu orang Yunani terkorban dalam tempoh ini.[3] Kebanyakan pelarian yang terselamat melarikan diri ke Republik Yunani (menambah satu suku ke kependudukan Yunani).[4] Terdapat juga sebahagian pendudk tersebut, terutamanya di wilayah-wilayah timur Anatolia yang turut berlindung di Empayar Rusia yang berjiranan.
Nota
[sunting | sunting sumber]- ^ Jones, Adam (2010). Genocide: A Comprehensive Introduction. Routledge. m/s. 163. ISBN 1136937978.
- ^ I. Law (17 October 2014). Mediterranean Racisms: Connections and Complexities in the Racialization of the Mediterranean Region. Palgrave Macmillan UK. m/s. 54. ISBN 978-1-137-26347-6.
- ^ Jones 2006.
- ^ Howland, Charles P. "Greece and Her Refugees", Foreign Affairs, The Council on Foreign Relations. July 1926.