Gentian semula jadi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Gentian semula jadi atau serat semula jadi ialah sejenis gentian yang dihasilkan oleh proses geologi, atau daripada badan tumbuhan atau haiwan.[1] Ia boleh digunakan sebagai komponen bahan komposit dengan orientasi gentian tersebut berupaya memberi kesan terhadap sifatnya.[2] Gentian asli juga boleh dikilap dalam bentuk helaian untuk menghasilkan kertas atau kain.[3][4]

Bukti terawal manusia menggunakan gentian ialah penemuan bulu dan gentian flaks tercelup yang ditemui di sebuah gua prasejarah di Republik Georgia bertarikh 36,000 sebelum masa kini.[5][6] Gentian semula jadi boleh digunakan untuk aplikasi berteknologi tinggi, seperti bahagian komposit untuk kenderaan dan bekalan perubatan. Berbanding dengan komposit yang diperkuat dengan gentian kaca, komposit dengan gentian semula jadi mempunyai kelebihan antaranya seperti ketumpatan yang lebih rendah, penebatan haba yang lebih baik dan pengurangan kerengsaan pada kulit. Tambahan pu;a, tidak seperti gentian kaca, gentian semula jadi boleh terurai oleh bakteria apabila ia tidak lagi digunakan.

Gentian semula jadi merupakan penyerap air yang baik dan boleh didapati dalam pelbagai tekstur. Contohnya, gentian kapas yang diperbuah dari tumbuhan kapas menghasilkan kain yang ringan beratnya, lembut teksturnya, dan boleh dibuat dalam pelbagai saiz dan warna. Baju yang diperbuat daripada gentian semula jadi seperti kapas sering lebih disukai berbanding pakaian yang diperbuat dari gentian tiruan oleh mereka yang tinggal di kawasan beriklim panas dan lembap.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ John, Maya Jacob; Thomas, Sabu (2008-02-08). "Biofibres and biocomposites". Carbohydrate Polymers. 71 (3): 343–364. doi:10.1016/j.carbpol.2007.05.040.
  2. ^ Sousa, Fangueiro, Raul Manuel Esteves de; Sohel, Rana (2016-02-11). Natural fibres : advances in science and technology towards industrial applications: from science to market. Springer. ISBN 978-94-017-7513-7. OCLC 938890984.
  3. ^ Doelle, Klaus (2013-08-25). "New Manufacturing Method for Paper Filler and Fiber Material" (dalam bahasa Inggeris). doi:10.2172/1091089. OSTI 1091089.
  4. ^ Gillick, T. J. (1959-08-01). "Natural and Synthetic Fiber Felts". Industrial & Engineering Chemistry. 51 (8): 904–907. doi:10.1021/ie50596a025. ISSN 0019-7866.
  5. ^ Balter, M (2009). "Clothes Make the (Hu) Man". Science. 325 (5946): 1329. doi:10.1126/science.325_1329a. PMID 19745126.
  6. ^ Kvavadze, E; Bar-Yosef, O; Belfer-Cohen, A; Boaretto, E; Jakeli, N; Matskevich, Z; Meshveliani, T (2009). "30,000-Year-Old Wild Flax Fibers". Science. 325 (5946): 1359. Bibcode:2009Sci...325.1359K. doi:10.1126/science.1175404. PMID 19745144.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]