Geografi masa
Penampilan
Geografi masa atau geografi masa-ruang ialah cabang geografi yang membincangkan faktor masa pada aktiviti manusia ruangan. Laluan masa-ruang yang difikirkan oleh Hägerstrand menunjukkan pergerakan seseorang individu di dalam persekitaran ruangan-masa dengan kekangan dikenakan pada individu itu oleh kedua-dua faktor tersebut. Subbidang geografi masa berasal daripada Torsten Hägerstrand, ahli geografi Sweden, yang mengenal pasti tiga kategori kekangan: [1]
- Autoriti - pengehadan kemudahan untuk memasuki sesetengah tempat atau domain yang dikenakan pada individu oleh pemilik atau pihak berkuasa;
- Keupayaan - pengehadan pergerakan individu, berdasarkan faktor biologi seperti keperluan untuk makan, minum, dan tidur; dan
- Gandingan - sekatan pada individu yang mengikatnya pada sesuatu tempat semasa berinteraksi dengan orang-orang yang lain untuk menyiapkan sesuatu tugas.
Bagaimanapun, kaedah-kaedah yang dikaitkan dengan geografi masa telah dibidas oleh sebilangan ahli geografi pasca-moden dan ahli geografi kewanitaan.[2]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Hägerstrand, Torsten (1953). Innovationsförloppet ur korologisk synpunkt, C.W.K Gleerup, Lund, Sweden. Translated as Innovation Diffusion As a Spatial Process, Chicago, University of Chicago Press, 1967
- ^ Rose, Gillian (1993) Feminism and Geography: The Limits of Geographical Knowledge Univ. of Minnesota Press