George William Weidler

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
George William Weidler (ca. 1947)

George William Weidler (11 Januari 1926, Los Angeles, California[1] – 27 Disember 1989, Los Angeles) merupakan seorang pemain saksofon dan penulis lirik dari Amerika Syarikat. Beliau merupakan bekas suami penyanyi Doris Day dari perkahwinan kali kedua Day. Mereka berkahwin pada tahun 1946 dan bercerai pada tahun 1949. Beliau juga merupakan abang kepada bekas pelakon kanak-kanak Virginia Weidler.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Sebagai pemuzik sokongan, Weidler pernah merakamkan bersama Freddie Slack, Les Brown, Charlie Barnet, Ike Carpenter, Delta Rhythm Boys, Stan Kenton, dan Metronome All-Stars. Beliau pernah melakukan lebih daripada 57 buah persembahan jazz dari tahun 1943 dan 1948.[2]

Semasa bersama Charlie Barnet, dua orang adik lelakinya, Warner (lahir Werther; 1922–2010) dan Walter (lahir Wolfgang; 1923–2002), kedua-duanya pemain saksofon, turut bersama band. Dari tahun awak 1940-an, ketiga-tiga beradik ini melakukan persembahan sebagai "Weidler Brothers Orchestra" sehingga tahun 1952 apabila mereka menandatangan bersama Capitol Records sebagai "The Wilder Brothers."[3] Sekitar tahun 1950, Weidler Brothers bertukar dari jazz kepada pop.

Diskografi terpilih[sunting | sunting sumber]

Side A: "The Jolka Polka"
Side B: "The Schnitzelbank Polka"

Bersama Stan Kenton

  • Stan Kenton's Milestones (Capitol, 1943-47 [1950])
  • Stan Kenton Classics (Capitol, 1944-47 [1952])
  • Encores (Capitol, 1947)
  • A Presentation of Progressive Jazz (Capitol, 1947)
  • The Kenton Era (Capitol, 1940–54, [1955])

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Isteri pertama Weidler, Doris Day
(berkahwin 1946-49)
Adik Weidler, Virginia Weidler, bersama anjing bernama Terry sebagai "Toto" dalam
The Wizard of Oz (1939)

George William Weidler meruapakan salah seorang daripada enam orang anak kepada Alfred Weidler (1886–1966) dan penyanyi opera, Margarete Therese Louisa (née Radon). Empat orang anak pertama (Waldtraud, Verena, Werther, dan Wolfgang) dilahirkan di Jerman. Anak sulung, Waldtraud (kemudian dikenali sebagai Sylvia) dan bongsu, Virginia, merupakan pelakon semasa zaman kanak-kanak mereka. Warner (lahir Werner Alfred Weidler), merupakan seorang komposer.[4]

Perkahwinan[sunting | sunting sumber]

  1. Weidler mengahwini Doris Day pada tahun 1946, menjadi suami kedua daripada empat perkahwinan Day. Perkahwinan mereka berakhir pada tahun 1949.
  2. Weidler kemudiannya mengahwini Donna Mae Boniface di Clark County, Washington, pada 16 November 1950; dan berakhir pada Julai 1951.
  3. Weidler kemudiannya mengahwini penyanyi dan pelakon Maureen Arthur (lahir 1934) pada 5 Disember 1957 sebelum bercerai pada tahun 1970.
  4. Weidler seterusnya berkahwin dengan Barbara C. Heussenstam (lahir 1923) pada 21 Jun 1971, di Los Angeles; dan ia kekal sehingga kematian Weidler.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ California Birth Index, 1905–1995
  2. ^ The Jazz Discography, by Tom Lord (2001) OCLC 30547554
  3. ^ Wilder Brothers Inked by Capitol, Billboard, April 26, 1952, pg. 20
  4. ^ ASCAP Biographical Dictionary, Fourth edition, compiled for the American Society of Composers, Authors and Publishers, by Jaques Cattell Press, New York: R.R. Bowker, 1980 OCLC 7065938 and 802158882