Gereja Kristian Warleigh, Dickoya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gereja Kristian Warleigh
LokasiDickoya
NegaraSri Lanka
MazhabGereja Anglikan (Gereja Ceylon)
Sejarah
Diasaskan1878; 146 tahun yang lalu (1878)
PengasasWilliam Scott
Seni bina
Status fungsiAktif

Gereja Kristian Warleigh adalah gereja Anglikan kolonial abad ke-18, yang dikendalikan oleh Gereja Ceylon.[1] Gereja ini dianggap sebagai salah satu gereja Anglikan yang terkenal dan tertua di Sri Lanka. Gereja ini menjadi destinasi pelancongan.[2] Gereja ini terletak di Wilayah Tengah Sri Lanka, di Dickoya, iaitu berhampiran dengan Daerah Nuwara Eliya di sepanjang jalan Hatton - Norwood melalui Bahagian Warleigh. Premis gereja ini dikelilingi oleh estet-estet teh dan Takungan Castlereagh.[2]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Gereja ini telah dibina oleh British iaitu pada tahun 1878 semasa era kolonial.[3]

Inspektor Jeneral Polis Ceylon British, Sir George William Robert Campbell yang datang ke Ceylon pada tahun 1866 dipercayai dikebumikan di gereja ini.[4]

Seni bina[sunting | sunting sumber]

Gereja ini dibina memgikut seni bina gereja kuno Inggeris. Bangunan gereja ini terdiri daripada batu-batu granit padat dan bahagian dalam gereja terdiri daripada perabot kayu termasuk tempat-tempat duduk, organ (alat muzik berupa piano) kuno, kerusi berlengan, mimbar kayu bersama-sama dengan kitab suci Bible yang berusia lebih 140 tahun.[5] Sebuah kitab yang dicetak pada tahun 1860 telah dibentangkan kepada gereja pada bulan Julai 1879 oleh Pdt. Charles Hill, rektor Paroki Warboys, dan masih dipelihara di gereja.[6]

Tingkap gereja merupakan tingkap kaca berwarna abad ke-19, yang menggambarkan lukisan Jesus Christ, yang pada asalnya dibawa dari England. Struktur untuk pembaptisan yang diperbuat daripada porselin terdiri daripada reka bentuk bunga. Lantai-lantai gereja dibina dengan jubin bunga yang diimport dari England.[7]

Gereja ini juga mempunyai tanah perkuburan dengan batu nisan penanam teh kolonial Inggeris.[7]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Warleigh Church, Dickoya". TripAdvisor (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2019-11-06.
  2. ^ a b "Christ Church Warleigh, Central, Sri Lanka — by Jodie Gallagher". Trover (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2019-11-06.
  3. ^ "Christ Church Warleigh | Nuwara Eliya | Sri Lanka | AFAR". www.afar.com. 2014-10-06. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-11-06. Dicapai pada 2019-11-06.
  4. ^ "The architectural monument Christ Church Warleigh and the history". Sunday Times. Dicapai pada 2019-11-05.
  5. ^ Ago, Anverin Warleigh • 2 Years (2018-03-13). "Historical Warleigh Christ Church Sri Lanka". Steemit (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2019-11-06.
  6. ^ "The remarkable history of the Christ Church Warleigh and its long preserved Bible". island.lk. Dicapai pada 2019-11-06.
  7. ^ a b "Traces of history in Ceylon Tea bushes". Sunday Observer (dalam bahasa Inggeris). 2018-12-21. Dicapai pada 2019-11-06.