Pergi ke kandungan

Gerhana

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Fasa gerhana bulan
Gerhana matahari anulus

Gerhana (Jawi: ݢرهان, pinjaman Sanskrit: ग्रहण grahaṇa [1][2]:72) merupakan kejadian astronomi yang berlaku apabila satu objek astronomi bergerak ke dalam bayang objek astronomi yang lain.

Gerhana juga boleh dibahagikan kepada:

Gerhana penuh berlaku apabila sumber cahaya dilindungi sepenuhnya oleh sesuatu objek astronomi. Gerhana separa pula berlaku bila cuma sebahagian daripada objek tersebut dilindungi. Gerhana anulus pula merupakan sejenis gerhana penuh di mana satu lingkaran halus dapat diperhatikan di sekeliling objek tersebut.

Gerhana mungkin tidak berlaku setiap tahun, dan mungkin pula beberapa kali setahun. Namun gerhana penuh adalah jarang dan hanya dapat disaksikan pada suatu tempat di bumi.

Bayangan dihasilkan

[sunting | sunting sumber]
Animasi menunjukkan peredaran umbra dan penumbra sesebuah gerhana merentasi Hemisfera Timur.

Bayangan yang terbentuk hasil pertindihan ini mempunyai tiga jenis peringkat yang utama:[3]

  • Umbra - rangkuman kecil dicakupi jasad yang melitupi sumber cahaya sepenuhnya.
  • Antumbra - melepasi rangkuman umbra, di mana objek berada di hadapan sumber cahaya namun tidak cukup menutup sepenuhnya.
  • Penumbra, di mana objek berada sebahagian di kawasan bersumber cahaya.

Kelaziman di planet dan jasad angkasa lain

[sunting | sunting sumber]

Kepercayaan

[sunting | sunting sumber]

Fenomena gerhana sering mendatangkan kekaguman dalam kalangan masyarakat tamadun manusia sehinggakan ia sering dikaitkan dengan petanda sesuatu peristiwa penting yang bakal berlaku.[4]

Masyarakat Melayu dahulu percaya bahawa gerhana-gerhana matahari dan bulan berlaku kononnya kerana ditelan seekor naga besar (rahu) atau anjing; maka alat muzik dibunyikan berhingar-bingar untuk memaksa makhluk-makhluk ini memuntahkan jasad-jasad tersebut.[5]:11-12

  1. ^ "grahaṇa". Sanskrit Dictionary for Spoken Sanskrit. Dicapai pada 28 April 2020.
  2. ^ Edi Sedyawati dkk. (1994). Kosakata Bahasa Sanskerta dalam Bahasa Melayu Masa Kini. Jakarta, Indonesia: Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa Departemen Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia.
  3. ^ Espenak, Fred (September 21, 2007). "Glossary of Solar Eclipse Terms". NASA. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Februari 2008. Dicapai pada 28 Februari 2008.
  4. ^ Steel, Duncan (1999). Eclipse: The celestial phenomenon which has changed the course of history. London: Headline. m/s. 1. ISBN 0-7472-7385-5.
  5. ^ Skeat, Walter William (1900). "Chapter 1: Nature". Malay Magic. London: Macmillan and Co., Limited. m/s. 1–15 – melalui Internet Archive.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]