Pergi ke kandungan

Gerhana satelit

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Gerhana satelit[1][sumber tak boleh dipercayai?] atau pemadaman matahari (bahasa Inggeris: sun outage[2]; bahasa Arab: انقطاع الشمس) berlaku apabila stesen bumi, satelit dan matahari berkedudukan sejajar. Kesannya, berlaku peningkatan dalam gangguan haba {thermal noise} pada sistem stesen penerima dan kemerosotan dalam isyarat yang diterima satelit. Gerhana satelit berlaku dua kali setahun semasa ekuinoks musim bunga dan luruh. Ia berlangsung selama beberapa hari berturut-turut pada setiap kejadian. Pada hari kejadian pula, ia berlaku dalam jangka masa yang singkat. Tempoh ramalan gangguan biasanya bergantung kepada frekuensi yang digunakan serta kadar simbol, saiz parabola antena dan kedudukan stesen bumi. Tempoh sebenar mungkin berbeza memandangkan semua ini hanya ramalan.

Ramalan akan berlakunya gerhana satelit bergantung kepada kedudukan Satelit di garisan khatulistiwa. Contohnya bagi satelit SingTel, tarikh akan berlaku gerhana satelit adalah dari tarikh 17 Mac 2018 hingga 23 Mac 2018 di Singapura[3] bahkan hampir semua tempat terjadi termasuk juga Satelit Intelsat.[4]

Kebiasaannya individu yang berminat dengan hobi pemasangan siaran televisyen/radio satelit saluran televisyen dan radio secara percuma[5] yang bukan saluran jenis langganan mengetahui pengiraan ini. Pada waktu gerhana satelit, mereka akan membuat kiraan dan mendapatkan isyarat satelit sebelum waktu gerhana dan mengikuti waktu isyarat satelit terganggu dan pulih seperti biasa semula.[6]

Pengiraan ramalan[sunting | sunting sumber]

Berikut ialah contoh pengiraan ramalan waktu kejadian boleh dibuat di laman web satelit penyedia tersebut seperti Singtel, Measat ataupun Thaicom. Berikut ialah contoh kiraan di laman web Thaicom 8 di 78.5°T.[7]

Andaikan lokasi di Kuala Lumpur dengan latitud/longitud ialah 3.13°/101.70° dan andai frekuensi pula ialah 11170 (hanya dengan transponder yang terdapat di satelit tersebut, semakan boleh dilakukan di lyngsat.com). Data yang akan dimasukkan adalah seperti berikut:

Satelit: Thaicom8
Transponder: 11170H30000
Saiz ceper antenna: 65 sentimeter
Lokasi: Kuala Lumpur.

Info stesen bumi[sunting | sunting sumber]

Longitud: 101.70°T
Latitud: 3.13°U
Azimut: 262.74° (arah ceper)
Aras tinggi: 62.62° (dongak ceper)
Saiz ceper antena: 65cm
Frekuensi (GHz): 11170.0000

Maklumat gerhana satelit[sunting | sunting sumber]

Tahun: 2018
Musim (1=musim panas, 2=musim luruh): 1
Satelit: Thaicom 8

Ramalan pengiraan gerhana satelit Thaicom 8[sunting | sunting sumber]

Berdasarkan kiraan di atas, berikut ialah keputusan kiraan yang dipaparkan untuk longitud 101.70°T dan latitud 3.13°U (Kuala Lumpur). Satelit (Thaicom8) Saiz ceper antenna (65cm) Transponder 11170H30000.

18 Mac 2018: (Mula) 07:08:55GMT (Tamat) 07:10:14 – Jangka masa 1 minit 19 saat

19 Mac 2019: (Mula) 07:07:52GMT (Tamat) 07:10:42 – Jangka masa 2 minit 49 saat

Kiraan di atas ialah contoh hasil pengiraan menggunakan laman web Thaicom akan waktu akan terjadi gerhana satelit di tempat tertentu dengan memasukkan data latitud dan longitud tempat tersebut.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Gerhana satelit
  2. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-03-06. Dicapai pada 2018-03-05.
  3. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-03-06. Dicapai pada 2018-03-05.
  4. ^ http://www.intelsat.com/tools-resources/library/satellite-101/satellite-sun-interference/
  5. ^ http://www.edybagus.com/2017/11/info-channel-di-satelit-cinasat-11.html
  6. ^ CenturyLink (31 Mei 2013). Sun outages and your television service [Gerhana satelit dan perkhidmatan televisyen anda] (Video) (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 7 Mac 2018.
  7. ^ https://www.lyngsat.com/Thaicom-8.html