Glic

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Glic adalah sejenis ralat atau kesilapan jangka pendek yang berlaku dalam suatu sistem, seperti ralat sementara yang memperbaiki dirinya sendiri, sehingga sukar untuk diselesaikan. Istilah ini biasanya digunakan dalam industri pengkomputeran dan elektronik, dalam lenturan litar, dan juga dalam kalangan pemain permainan video.

Glic berbeza dengan pepijat, di mana glic biasanya sedikit dan bersifat sementara manakala pepijat biasanya membawa permasalahan yang lebih serius terhadap fungsi sistem. Alex Pieschel, menulis untuk Arcade Review, mengatakan: "'pepijat' sering dilemparkan sebagai pejoratif yang lebih berat dan lebih patut disalahkan, manakala 'glic' menunjukkan sesuatu yang lebih misteri dan tidak dapat diketahui disebabkan oleh input kejutan atau benda yang berada di luar bidang kod.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Pieschel, Alex (8 Disember 2014). "Glitches: A Kind of History" [Glic: Sejenis Sejarah]. Arcade Review (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Ogos 2016. Dicapai pada 19 September 2016.