Gloomy Sunday

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Gloomy Sunday (Ahad yang Suram) ialah satu lagu yang telah ditulis oleh pemain piano dan komposer Hungary, Rezső Seress dan telah diterbitkan pada 1933 dengan nama "Vége a világnak" ("Penghujung Dunia").[1] Liriknya telah ditulis oleh László Jávor, dan dalam versinya, nama lagu ini telah dinamakan semula sebagai "Szomorú vasárnap" (sebutan Hungary: [ˈsomoruː ˈvɒʃaːrnɒp]) ("Ahad yang Sedih"). Lagu ini telah dirakamkan buat kali pertama dalam bahasa Hungary oleh Pál Kalmár pada tahun 1935.

"Gloomy Sunday" pertama kali dirakamkan dalam bahasa Inggeris oleh Hal Kemp pada 1936, dan liriknya ditulis oleh Sam M. Lewis.[2] Ia telah dirakamkan oleh Paul Robertson pada tahun yang sama, dengan lirik daripada Desmond Carter. Lagu ini menjadi terkenal di kebanyakan negara berbahasa Inggeris selepas versi Billie Holiday dikeluarkan pada tahun 1941. Lirik lagu merujuk kepada bunuh diri, dan label rekod menggelarnya "Lagu Bunuh Diri Hungary". Terdapat satu lagenda urban yang mengatakan ramai orang membunuh diri ketika lagu ini dimainkan.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]