Grand Prix motosikal Malaysia 2022

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Malaysia  2022 Malaysia Grand Prix
Maklumat perlumbaan
Perlumbaan 19 daripada 20 perlumbaan dalam
Grand Prix Motosikal musim 2022
Tarikh 23 Oktober, 2022
Nama Rasmi Petronas Grand Prix of Malaysia
Lokasi Litar Antarabangsa Sepang
Sepang, Selangor, Malaysia
Litar Kemudahan perlumbaan tetap
5.543 km (3.444 mi)

Grand Prix motosikal Malaysia 2022 (secara rasminya Petronas Grand Prix of Malaysia) ialah pusingan ke-19 musim perlumbaan motosikal Grand Prix 2022, dan bakal diadakan pada 23 Oktober 2022 di Litar Antarabangsa Sepang, Sepang, Malaysia.

Grand Prix ini ialah pengembalian pusingan Malaysia setelah tidak diadakan pada 2020 dan 2021 akibat pandemik COVID-19.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Kemasukan[sunting | sunting sumber]

Dalam kelas MotoGP, Tetsuta Nagashima terus menggantikan Takaaki Nakagami dalam LCR Honda oleh kerana kecederaan jari Takaaki yang belum pulih. Dalam kelas Moto2, Zonta van den Goorbergh terlepas pusingan selepas mengalami patah pergelangan tangan kiri semasa FP1 perlumbaan Australia.[1] RW Racing GP menggantikannya dengan Azroy Anuar dari Asia Road Racing Championship. Jorge Navarro juga terlepas pusingan akibat femur patah dalam perlumbaan Australia, dan digantikan oleh Borja Gómez daripada Flexbox HP40.[2] Simone Corsi daripada MV Agusta Forward Racing juga terlepas akibat kecederaan anak jari kanan dalam perlumbaan Australia, dan digantikan oleh David Sanchis.[3] Pemenang Siri Cub Prix 4, Kasma Daniel daripada Yamaha Team Asean yang bertanding dalam Kejohanan Perlumbaan Jalan Asia bertanding sebagai kad liar bagi Petronas MIE Racing RW.[4] Barry Baltus terlepas pusingan ini akibat kecederaan. Dalam Moto3, Nicola Fabio Carraro menyambung penggantian dalam QJmotor Avintia Racing Team bagi pihak Matteo Bertelle yang tercedera. Syarifuddin Azman menggugurkan kad liar bagi VisionTrack Racing Team.

Sesi latihan bebas[sunting | sunting sumber]

MotoGP[sunting | sunting sumber]

Dalam sesi pertama, Brad Binder adalah yang terpantas mendahului Álex Rins dan Marc Márquez. Dalam sesi kedua pula, pelumba British Cal Crutchlow adalah pelumba terpantas, diikuti oleh Francesco Bagnaia dan Alex Márquez.

Moto2[sunting | sunting sumber]

Pada sesi pertama, Augusto Fernández adalah yang terpantas mendahului Pedro Acosta dan Tony Arbolino. Pada sesi kedua, Manuel González adalah pelumba terpantas, diikuti oleh Marcel Schrötter dan Fermin Aldeguer.

Moto3[sunting | sunting sumber]

Pada sesi pertama dan kedua, Dennis Foggia adalah pelumba terpantas.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Motorcycle racer Van den Goorbergh sustains a broken wrist in Australia". paudal.com. 14 Oktober 2022. Dicapai pada 20 Oktober 2022.
  2. ^ "Borja Gómez sustituirá a Jorge Navarro en Sepang". motogp.com. 14 Oktober 2022. Dicapai pada 21 Oktober 2022.
  3. ^ "Moto2: David Sanchis, esordio mondiale a Sepang per l'infortunato Corsi". corsedimoto.com. 20 Oktober 2022. Dicapai pada 21 Oktober 2022.
  4. ^ https://www.bernama.com/en/news.php?id=2130904

Pautan luar[sunting | sunting sumber]