Grime

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Jangan dikelirukan dengan Grimes.

Grime [graim] ialah suatu genre muzik tarian elektronik [1][2] yang muncul di London, United Kingdom pada awal tahun 2000-an Ia dibangunkan dari gaya muzik elektronik yang wujud di negara tersebut sebelum ini termasuk garage dan jungle[3] serta juga terapan menarik pengaruh genre muzik lain seperti dancehall, ragga, dan hip hop.[2]

Gaya muzik ini sering dikenalpasti daripada breakbeat cepat dan tersendiri (umumnya pada sekitar 140 bpm)[3][4] dan sering mempunyai bunyi elektronik yang agresif atau tajam.[5] Ia turut disampaikan dengan lirik rap yang sering menyentuh gaya hidup pengarang - ia merupakan elemen penting dalam genre ini.[6]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Nama "grime" datang daripada penggambaran sesetengah wartawan terhadap bunyi bes bawahan genre ini yang dilihat agak "kotor" atau "kasar" - lebih tepat lagi "grimy".[7] Ia turut difikirkan merujuk kepada kandungan muzik yang menggambarkan keadaan serba kekurangan ("grimy goings-on") dialami persekitaran didiami artis-artis genre ini.[7]

Genre ini muncul pada awal dekad 2000-an di London dan disebarkan stesen-stesen radio haram seperti Rinse FM,[8] Deja Vu FM, Major Fm, Freeze 92.7 dan Raw Mission.

Subgenre[sunting | sunting sumber]

8-bar[sunting | sunting sumber]

Subgenre ini menonjolkan penukaran rentak muzik setiap lapan bar muziki instrumental yang dinyanyikan. Ia This was in contrast to "nu shape", another style of grime which encouraged 16-32 bar patterns.[9]

Rhythm and Grime[sunting | sunting sumber]

Subgenre ini menggabungan asas grime dengan unsur vokal rhythm and blues yang dilihat melembutkan irama rancak grime (biasanya pada 140bpm):[10] penyanyi R&B biasanya ditampilkan menyanyikan instrumental berkenaan tanpa diiringi penyanyi rap.[10]

Pecahan ini mula muncul pada 2004-5 dipelopori Terror Danjah, DaVinChe dan Scratcha DVA; malah ia dimasyhurkan BBC 1Xtra - sebuah stesen radio milik BBC yang mengkhusus kepada rap dan hip-hop Britain.[10]

Sinogrime[sunting | sunting sumber]

Subgenre ini pertama kali digambarkan tahun 2005 merujuk kepada suatu gaya dalam grime yang menerapkan motif muzik yang lazim dalam budaya-budaya Asia Timur (imbuhan "Sino-" merujuk kepada Alam Cina) seperti yang dimainkan alat muzik tertentu mahupun pensampelan daripada potongan media berkaitan seperti filem-filem kungfu lama;[11] Ia tifk semestinya merujuk kepada muzik bergenre sedemikian yang terhasil di Jepun atau China melainkan ia juga menerapkan unsur tradisi setempat mereka..

Subgenre ini dipelopori banyak artis seperti DJ Target, Wiley, Terror Danjah, Ruff Sqwad, Jammer, Geenus, DJ Wonder dan Wookie[12][13] hasil kecenderungan terhadap pengaruh ketimuran[14] melalui pendedahan kepada permainan video Jepun dan filem lama dari China.[15] Ia lama kelamaan mendapat perhatian di Asia Timur sendiri, terutamanya mempengaruhi penerbit-penerbit di Shanghai and Beijing pada tahun 2009.[16]

Sublow[sunting | sunting sumber]

Sublow merupakan antara subgenre atau pecahan awal dalam genre ini;[17][18][19][20] ia dicirikan penggunaan kerap synthesizer, irama tajam serta bunyi bes yang rendah dan dalam.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "What Does wagwan Mean? | Slang by Dictionary.com". Everything After Z by Dictionary.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai 18 November 2018. 
  2. ^ a b "An Idiot's Guide to EDM GenresGrime". Complex (dalam bahasa Inggeris). Dicapai 18 November 2018. 
  3. ^ a b McKinnon, Matthew (5 May 2005). "Grime Wave". Canadian Broadcasting Corporation. Diarkibkan daripada asal pada 26 January 2007. Dicapai 23 Januari 2016. 
  4. ^ Cowie, Richard Kylea (2017). Eskiboy. London: William Heinemann. m/s. 72. ISBN 978-1-785-15159-0. 
  5. ^ "Garage rap/Grime overview". AllMusic. Dicapai 9 Februari 2017. 
  6. ^ Bramwell, Richard (2012). UK Hip-Hop, Grime and the City: The Aesthetics and Ethics of London's Rap Scenes. Routledge. 
  7. ^ a b Beaumont-Thomas, Ben (1 June 2018). "'You can't escape its inspiration': inside the true history of grime". the Guardian. Dicapai 18 Oktober 2018. 
  8. ^ Campion, Chris (23 May 2004). "Inside grime". Observer Music Monthly. Guardian Media Group. Dicapai 26 July 2009. 
  9. ^ "Grime: The History Of The UK's Answer To Hip-Hop". pulseradio.net (dalam bahasa Inggeris). Dicapai 20 Februari 2019. 
  10. ^ a b c "R&G: A Brief History of Grime's Softer Side". Pitchfork (dalam bahasa Inggeris). Dicapai 20 Februari 2019. 
  11. ^ Group, SEEC Media. "Primer: Sinogrime". www.timeoutbeijing.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai 20 Februari 2019. 
  12. ^ "lower end spasm.: London Orient: Kode9 Sinogrime Minimix". web.archive.org. 2010-10-15. Dicapai 20 Februari 2019. 
  13. ^ Blackdown (2006-09-30). "PRC to LDN". Blackdown. Dicapai 20 Februari 2019. 
  14. ^ Group, SEEC Media. "Primer: Sinogrime". www.timeoutbeijing.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai 20 Februari 2019. 
  15. ^ "Sinogrime Explained: Quick Guide to a Non-Genre". RADII | Culture, Innovation, and Life in today's China (dalam bahasa Inggeris). 2019-04-03. Dicapai 10 Jun 2019. 
  16. ^ "Sinogrime Explained: Quick Guide to a Non-Genre". RADII | Culture, Innovation, and Life in today's China (dalam bahasa Inggeris). 2019-04-03. Dicapai 10 Jun 2019. 
  17. ^ "How A Record Named Grime Paved The Way For Dubstep". www.redbull.com. Dicapai 20 Februari 2019. 
  18. ^ August 20th, S. D.; 2010. "Grime, 2010". DrownedInSound (dalam bahasa Inggeris). Dicapai 20 Februari 2019. 
  19. ^ Hanrahan, Jake (2011-03-10). "How UK's Grime Scene Went From Criminal To Commercial". Creators (dalam bahasa Inggeris). Dicapai 20 Februari 2019. 
  20. ^ "A life of grime - Features, Music - The Independent". archive.is. 2009-11-26. Dicapai 20 Februari 2019.