Rap

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Rap ialah satu daripada empat elemen budaya Hip-hop. Rap merupakan teknik vokal berkata-kata dengan cepat, sementara pelakunya disebut rapper. Biasanya rap diiringi oleh DJ dan sebuah kugiran. Rap dapat ditelusuri kembali ke puncanya dari Afrika. Berabad-abad sebelum muzik hip-hop ada, orang gerio Afrika Barat telah menyampaikan cerita dan kisah secara berirama berlatarbelakangkan gendang dan permainan alatan muzik yang berjarangan. Sambungan tersebut telah diiktiraf oleh seniman masa kini.

Biasanya, rapper seperti penyanyi biasa iaitu bernyanyi bersendirian. Contohnya ialah KRS-One, Nas, Jay-Z dan Kanye West. Ada pula rapper yang menjadi anggota kugiran, misalnya Mike Shinoda daripada Linkin Park. Rapper sering dipanggil pula dengan gelaran MC ataupun Emcee (Master of Ceremony). Di Jamaica sendiri istilah rapper boleh disebut Dee-Jay. Contohnya, Sean Paul.