Gua Cha

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Rangka Hoabinhian di Gua Cha

Gua Cha terletak di tepian Sungai Nenggiri, Kelantan, Malaysia.

Rangka Hoabinhian[sunting | sunting sumber]

Rangka manusia Hoabinhian telah ditemui oleh ahli arkeologi di dalam gua ini. Antara yang ditemui ialah 5 biji mangkuk daripada tanah liat dikebumikan bersama simati sebagai bekalan di alam lain. Pada tangannya terdapat seramik gelang tangan yang bersaiz besar. Usia artifak ini sekitar 1000 bc. Kajian ekskavasi dijalankan oleh arkeologis British bernama Gale Sieveking pada tahun 1954.[1]

Gua Cha dilaporkan telah ditemui pada tahun 1936 oleh H.D Noone dan kajian terperinci dijalankan di tapak arkeologi tersebut pada tahun 1954 oleh Gale G. Sieveking. Kajian itu diteruskan pada tahun 1979 dan 1985 oleh Jabatan Muzium Malaysia diketuai ahli arkeologi Dr Adi Taha.

Beliau juga merupakan individu yang bertanggungjawab dalam kerja-kerja cari gali di tapak arkeologi yang menemukan pusat ketamadunan awal di Semenanjung Malaysia di Lembah Bujang, Kedah pada tahun 1976.

Pada tahun 1979 dan 1985 Jabatan Muzium Malaysia turut membuat kajian di dalam Gua Cha. Ia diketuai oleh Adi Taha dan lain-lain. Kajian termasuk di Gua Bukit Taat di Terengganu. Ada persamaan dengan di Gua Bintong, Perlis.


Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]