Perlis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Flag of Malaysia.svg Negeri di Malaysia
نڬري دمليسيا
Perlis
ڤرليس
Bendera Perlis Lambang Perlis
Bendera Lambang
Lagu negeri: Amin amin ya Rabaljalil
Lokasi Perlis
      Perlis di       Malaysia
Ibu negeri Kangar
Bandar diraja Arau
Bahasa utama {{{loghat bahasa}}}
Parti memerintah Barisan Nasional (UMNO)
 - Raja Tuanku Syed Sirajuddin
 - Menteri Besar Azlan Man
Keluasan
 - Jumlah 810 km²
Populasi
 - banci 2018 254,700 [1]
 - Kepadatan 282/km²
Kod panggilan kebangsaan 04
Poskod kebangsaan 01xxx
Huruf pertama plat kenderaan R
Laman sesawang: www.perlis.gov.my

Perlis (Jawi: ڤرليس‎, Bahasa Thai: ปะลิส Pâlit, ปลิศ Palit atau เปอร์ลิศ Perlis)[nota 1] atau juga digelarkan secara popularnya dengan nama Perlis Indera Kayangan merupakan negeri yang terkecil di Malaysia terletak di utara Semenanjung negara tersebut dan bersempadan dengan Provinsi Satun dan Songkhla, Thailand di sebelah utara, dan Kedah di sebelah selatan. Perlis menjadi sebuah negeri yang berdaulat pada 20 Mei 1843 apabila Siam melantik Syed Hussain Jamalullail sebagai Raja Perlis. Bermula dari tarikh itu, Perlis yang asalnya sebuah daerah jajahan Kedah bertukar menjadi sebuah negeri naungan yang berdaulat.

Pada tahun 2000, jumlah penduduknya dianggarkan seramai 198,335 orang, dengan pembahagian etnik: Melayu (166,200 atau 78%), Cina (24,000 atau 17%), India (3,700 atau 2%), lain-lain (5,400 atau 3%), dan bumiputera lain (600 atau 0.3%).

Penamaan[sunting | sunting sumber]

Sejarah mengenai asal-usul nama negeri Perlis adalah kurang jelas. Terdapat banyak kisah atau andaian yang menceritakan tentang asal-usul nama Perlis. Berikut merupakan beberapa andaian atau kisah yang diketahui:-

  • Menurut seorang tokoh sejarawan Malaysia iaitu Haji Buyong Adil, terdapat beberapa cerita yang mengisahkan kononnya nama Perlis itu berasal daripada perkataan Siam iaitu “Phrau Loi” (Maphrau Loi มะพร้าวลอย) yang bermaksud kelapa hanyut. Perkataan tersebut telah dipelat dan dipendekkan bunyinya oleh orang Melayu lalu menjadi ‘pereleh’ atau Perlis.
  • Sumber kedua menyatakan bahawa kononnya nama negeri Perlis berasal daripada perkataan ‘peroleh’ yang membawa maksud kurnia daripada kerajaan Kedah. Perkataan itu disingkatkan lalu menjadi Perlis.
  • Sumber yang ketiga pula menyebut negeri Perlis mendapat namanya daripada nama sebuah kubur di Bukit Mengulang iaitu kubur Tok Perlis. Kubur tersebut adalah milik seorang tokoh ulama yang terkemuka di Nusantara iaitu Tok Perlis.
  • Sumber yang keempat mengatakan nama negeri Perlis berasal daripada perkataan ‘perlus’. Kebanyakan tanah dalam di Perlis ialah tanah sawah. Pada musim kemarau, tanah sawah akan merekah. Sesiapa yang berjalan akan ‘terperlus’. Dari perkataan ‘perlus’ itulah, Perlis mendapat namanya.
  • Menurut sebuah buku yang tulis oleh Ahmad Ismail dan Yazid Mat, dipercayai bahawa nama negeri Perlis berasal daripada nama sejenis pokok yang dikenali sebagai pokok perlis yang pernah wujud tumbuh dengan begitu banyak di negeri tersebut terutama sekali di kawasan pinggir sungai namun telah pun pupus. Ia turut disokong kebanyakan sejarawan setempat.

Gelaran Indera Kayangan diberikan oleh Tuanku Raja Syed Hussin Jamalullail (1843-1873) diilhamkan dari bandar Indera Kayangan II, kota diraja negeri tersebut dari 1797 sehingga 1813 yang pernah terletak di Kampung Langgar, Kayang.[3] Namun demikian, gelaran ini menjadi kurang digalakkan berikutan suatu titah Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail pada tahun 2015 yang menurutnya tidak selari penamaan rasmi termaktub malah mengelakkan konotasi berkaitan dewa tertentu (yakni seperti Indra yang hampir bersebutan nama sama).[2]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Dari segi sejarah, Perlis adalah negeri di bawah naungan negeri Kedah, hal ini turut tercermin kepada gelaran yang diberikan kepada Sultan Kedah suatu ketika dahulu iaitu "Raja Muda Perlis dan Kedah".[4] Bukti-bukti pra-sejarah yang terdapat di Bukit Tengku Lembu di Beseri menunjukkan kewujudan negeri ini. Tempoh selepas pra-sejarah menunjukkan pengaruh ideologi Islam yang mengambil alih pengaruh Hindu dan Buddha pada akhir abad ke-12 kerana berdasarkan cara hidup masyarakat tempatan.

Jajahan Perlis pernah terangkum di tenggara sempadan Satun, di barat daya daerah Kubang Pasu, bertentangan dengan Selat Melaka di barat, di timur laut Singgora. Namun terdapat fakta sejarah bahawa kawasan jajahan negeri Perlis sebenarnya lebih luas dari itu.

Pendudukan Siam ke atas Kedah dan jajahannya pada tahun 1821 menyebabkan serangan dan tindakbalas penduduk tempatan secara besar-besaran, akhirnya telah membawa kepada pengunduran Siam dan penyerahan kuasa mentadbir kepada pembesar tempatan bagi mentadbir Kedah, Setul, Kubang Pasu dan Perlis. Hal ini merisaukan pihak British yang terasa diancam kedudukan mereka di Perak, maka Perjanjian Burney dimeteraikan mengakui tuntuan Siam ke atas negeri-negeri utara Perak yang turut menidakkan kedudukan Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II,[5] hal ini mencetuskan berlakunya Perang Musuh Bisik selama 12 tahun dari 1830 hingga 1842 oleh baginda sultan dan para pengikutnya.[6]

Bagi negeri Perlis, Raja Long Krok dilantik sebagai Gabenor, manakala Syed Hussin Jamalullail sebagai timbalannya. Detik ini merupakan detik bersejarah bagi negeri Perlis yang telah mendapat pengiktirafan dari status tanah jajahan kepada status sebuah negeri naungan.

Geografi[sunting | sunting sumber]

Mukim of Perlis.svg
Sungai Perlis
Arau

Disebabkan keluasan negeri Perlis yang amat kecil, tiada daerah di negeri Perlis. Oleh itu, bahagian pecahan pentadbiran di negeri Perlis ialah sebanyak 22 mukim.

Mukim-mukim di Perlis

  1. Mukim Abi
  2. Mukim Arau
  3. Mukim Beseri
  4. Mukim Chuping
  5. Mukim Utan Aji
  6. Mukim Jejawi
  7. Mukim Kayang
  8. Mukim Kechor
  9. Mukim Kuala Perlis
  10. Mukim Kurong Anai
  11. Mukim Kurong Batang
  12. Mukim Ngulang
  13. Mukim Oran
  14. Mukim Padang Pauh
  15. Mukim Padang Siding
  16. Mukim Paya
  17. Mukim Sanglang
  18. Mukim Sena
  19. Mukim Seriab
  20. Mukim Sungai Adam
  21. Mukim Titi Tinggi
  22. Mukim Wang Bintong

Bandar-bandar utama di Perlis termasuk :-

Pekan-pekan kecil pula termasuk :-

Demografi[sunting | sunting sumber]

Persekutuan Hokkien Perlis

Komposisi etnik pada tahun 2000 di Malaysia adalah seperti berikut: Melayu (174,805 atau 79.74%), Cina (21,058 atau 9.6%), India (2,658 atau 1.21%) dan lain-lain (20,690 atau 9.45%).

Manakala pada tahun 2010 pula, penduduk di negeri Perlis secara peratusan telah menganut pelbagai kepercayaan atau agama, seperti 87.9% Muslim, 10.0% Buddha, 0.8% Hindu, 0.6% Kristian, 0.2% Taoism atau agama masyarakat Cina, 0.3% yang menganut lain-lain agama dan 0.2% pula tidak mempunyai agama.

Agama di Perlis - Banci 2010[7]
agama peratusan
Islam
  
87.9%
Buddhism
  
10.0%
Hinduism
  
0.8%
Kristian
  
0.6%
Agama masyarakat Cina
  
0.2%
Lain-lain
  
0.3%
Tiada agama
  
0.2%

Ekonomi[sunting | sunting sumber]

Ekonomi negeri didominasi oleh pertanian, terutamanya beras, gula dan buah-buahan seperti buah mangga Harum Manis. Perhutanan dan perikanan juga merupakan industri yang mustahak, dan negeri ini sedang mengambil tindakan untuk menarik perusahaan kecil dan sederhana.

Kebudayaan[sunting | sunting sumber]

Negeri Perlis sememangnya terkenal dengan kesenian Melayunya seperti Canggung, Hadrah, Jikey Perlis, Makyong Laut dan Wayang Kulit Gedek (atau Wayang Gedek).

Kebaya Perlis merupakan pakaian tradisional yang terkenal di negeri Perlis.

Am[sunting | sunting sumber]

  • Perlis adalah negeri yang mengamalkan keterbukaan mazhab
  • Azan Subuh di Perlis dilaungkan 2 kali. azan Jumaat hanya sekali
  • Perlis mempunyai 104 buah masjid
  • Penduduk Perlis yang tinggal bersempadan dengan Thailand kebanyakkannya boleh bercakap bahasa Thai
  • No Pendaftaran Kenderaan RM adalah antara No Pendaftaran Kenderaan paling laris
  • Buah Mempelam Harum Manis ditanam secara meluas di Perlis.

Beli-belah[sunting | sunting sumber]

Kayangan Square
  • Kayangan Square (The Store)
  • K-Park Shopping Mall (UO Superstore) - AKAN DIBUKA
  • Giant Superstore Kangar
  • Kompleks Arau (CMart)
  • Mydin Hypermarket (AKAN DATANG)
  • Padang Besar

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Kolej/Universiti Awam (IPTA)[sunting | sunting sumber]

  1. Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
  2. Universiti Teknologi MARA (Cawangan Perlis)
  3. Kolej Matrikulasi Perlis (KMP)
  4. Kolej Komuniti Arau (KKA)
  5. Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS)

Kolej/Universiti Swasta (IPTS)[sunting | sunting sumber]

  1. Kolej Universiti Islam Perlis (KUIP)
  2. Kolej Teknologi dan Profesional Indera Kayangan

Penduduk ternama[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Nama Perlis secara tunggal sahaja yang digunakan secara rasmi pada perlembagaan negeri tersebut ditandatangani Tuanku Syed Putra Syed Hassan Jamalullail.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ https://www.dosm.gov.my/v1/index.php?r=column/cthemeByCat&cat=430&bul_id=UzliaFYxbW1nSFovbDYrLzFFR29zZz09&menu_id=L0pheU43NWJwRWVSZklWdzQ4TlhUUT09
  2. ^ a b "State should be called 'Perlis' only, no 'Indera Kayangan', says Raja of Perlis". The Star. 26 May 2015.
  3. ^ Syed Sirajuddin Putra Jamalullail (PDF). Kangar, Perlis: Kerajaan Negeri Perlis & Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis. 2001. m/s. 18, 20. ISBN 983-99768-2-6.
  4. ^ "Sejarah: Tempat Bersemayam". Raja Perlis. Dicapai pada 18 May 2021.
  5. ^ Stern, Duncan (14–20 Mei 2004). "Dr. John Crawfurd and the Mission to Thailand, 1822" (Column). A Slice of Thai History. Pattaya Mail. Dicapai pada 11 Ogos 2011. This in turn helped Captain Henry Burney conclude a treaty of commerce with Thailand in June 1826.
  6. ^ Suzalina Halid (18 Mac 2015). "Sultan Kubang Pasu". Berita Harian.
  7. ^ "2010 Population and Housing Census of Malaysia" (PDF). Department of Statistics, Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2014-05-22. Dicapai pada 2012-06-17. p. 13

Pautan luar[sunting | sunting sumber]