Guild Wars

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Guild Wars merupakan siri permainan video berperanan berganda dalam talian yang dibangunkan ArenaNet dan diterbitkan NCSoft. Permainan ini mendapat sambutan baik dan memenangi banyak anugerah pilihan penyunting serta anugerah seperti Nilai Terbaik, Permainan Berperanan Berganda Atas Talian Terbaik dan Permainan Terbaik.[1] Guild Wars terkemuka kerana merupakan "permainan berperanan atas talian besar pertama yang mempunyai model perniagaan yang tidak mengenakan bayaran bulanan" menggunakan pendekatan pengasingan kawasan dalam permainan, dan menjaga kualiti grafik dan permainan untuk komputer berkemampuan rendah. Pada April 2009, NCSoft mengumumkan bahawa 6 juta unit permainan siri Guild Wars sudah dijual.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Guild Wars (pc: 2005): Reviews".