Gundam
Gundam (ガンダム , Gandamu) ialah satu metasiri anime yang menampilkan robot gergasi atau "mecha" yang dipanggil "mobile suit", dan direka oleh Sunrise.
Metasiri ini bermula dengan siri anime Mobile Suit Gundam yang mula disiarkan pada 7 April 1979. Dari situ, siri ini berkembang dengan pelbagai francais media yang merangkumi pelbagai media - OVA, novel, manga dan juga media lain. Cerita asal yang disiarkan pada tahun 1979 ini, telah dikembangkan dengan sambungan, pendahulu, kisah sampingan dan juga garis masa yang berlainan. Ini menjadikan Gundam sebagai satu metasiri.
Siri Gundam yang berlainan garis masa secara kasarnya tidak berkait antara satu sama lain, tetapi terdapat beberapa siri anime dan manga yang mengaitkan semua garis masa seperti dalam siri Turn A Gundam.[1]
Selain itu kemunculan model plastik Gundam atau Gunpla, telah menjadikan siri ini sebagai salah satu siri yang terkenal.
Umum
[sunting | sunting sumber]Konsep
[sunting | sunting sumber]Siri Gundam boleh dikatakan dibangunkan oleh pengarah animasi terkenal, Tomino Yoshiyuki. Siri turut melibatkan sekumpulan staf dari Sunrise yang digelar dengan nama samaran Yatate Hajime.
Semasa di peringkat konsep, siri ini bernama Freedom Fighter Gunboy (Gunboy) kerana pistol yang dilengkapi untuk mecha tersebut, dan sasaran penonton mereka adalah kanak-kanak lelaki berumur 7 hingga 18 tahun (shōnen). Yatate, kumpulan yang terlibat dalam produksi ini menggabungkan perkataan "gun (ガン , gan)" dan "freedom (フリーダム , Furīdamu)" menjadikannya "Gundom (ガンダム , gandamu)". Tomino menukar tajuk kepada nama baru ini dengan menyatakan Gundam menandakan unit yang hebat, serta memegang pistol boleh menahan musuh seperti empangan hidroelektrik yang menahan air.
Kebanyakan Gundam adalah "kenderaan" yang besar, berkaki dua yang dikawal oleh pemandu manusia dari dalam kokpit. Kebanyakan "mobile suit" ini mempunyai kokpit di bahagian dada mesin dengan kamera terbina didalam bahagian "kepala" untuk menghantar imej ke kokpit dan tidak boleh bergerak mahupun berfikir dengan sendirinya. Walau bagaimanapun, Psyco Gundam mempunyai kokpit di bahagian "kepala" dan Superior Gundam mempunyai kecerdasan buatan (artificial intelligence/AI) yang bernama A.L.I.C.E.
Plot Penceritaan
[sunting | sunting sumber]Setiap siri dalam metasiri Gundam ini mempunyai latar cerita yang berlainan mengikut garis masa yang digunakan. Secara asasnya, robot-robot besar atau mecha yang dipanggil "mobile suit" yang muncul dalam siri ini ditonjolkan sebagai salah satu persenjataan sahaja. Disebabkan kelainan jalan cerita yang ditetapkan, siri ini berjaya mendapat peminat di luar golongan sasar dan mendapat tempat di hati penonton dewasa. Ini memberi kesan yang ketara dan dapat dilihat pada anime-anime robot yang keluar selepas siri ini.
Kebanyakan karya Gundam tidak menetapkan pihak baik mahupun baik, sebaliknya ia banyak menceritakan mengenai umat manusia yang berperang sesama sendiri.Seringkali watak utamanya adalah remaja yang terlibat dalam konflik peperangan, menaiki mobile suit dan menyertai peperangan secara terpaksa. Selepas itu, watak utama akan diserapkan ke dalam tentera. Pihak lawan juga bukanlah lawan tunggal (seperti raksasa ataupun makhluk jahat seperti dalam anime lain) sebaliknya satu organisasi seperti negara atau tentera. Malah di pihak lawan juga terdapat kanak-kanak yang terheret ke dalam kencoh peperangan seperti watak utama. Babak-babak ngeri peperangan seperti pembunuhan beramai-ramai dengan penjatuhan koloni dan gas beracun banyak dipaparkan dalam siri ini.
Kebanyakan dunia dalam Gundam, manusia telah tinggal di koloni-koloni angkasa lepas dengan Bumi mempunyai kuasa politik yang besar. Tetapi keamanan tidak dapat dikawal dan kekacauan telah ditimbulkan oleh pelbagai pihak yang menghasilkan peperangan. Dalam Gundam, manusia tinggal dalam lingkungan orbit Bulan dan paling jauh adalah Planet Musytari.
Inovasi
[sunting | sunting sumber]Gundam dikatakan telah menerajui anime "Real Robot" yang bermaksud anime mecha dengan elemen realistik.
Tidak seperti anime robot yang lain, Gundam cuba mendekati realiti dalam rekaan robot dan persenjataan dengan memaparkan kehabisan tenaga atau peluru dan juga kerosakan pada mesin membuatkan setiap mesin perlu diselenggara setiap masa. Teknologi yang ditampilkan juga adalah praktikal dan kebanyakannya menggunakan istilah sains angkasa yang sebenar (seperti koloni yang terletak di Titik Langrange) selain unsur-unsur fiksyen seperti zarah Minovsky.
Garis masa Universal Century mempunyai penceritaaan yang agak lengkap dengan menceritakan kepentingan membina senjata yang berupa robot untuk pertarungan jarak dekat dimana zarah Minovsky telah membuatkan senjata-senjata seperti peluru berpandu jarak jauh dan meriam laser kurang berkesan dan sistem amaran awal boleh dikatakan lumpuh. Selain itu, robot membuatkan pergerakan dalam graviti sifar lebih mudah dan juga sesuai semasa pembinaan di angkasa.
Era Kalendar
[sunting | sunting sumber]Dalam kebanyakan siri dan juga siri terawal Gundam, berlaku dalam dunia fiksyen pada era kalendar "Universal Century" (UC). Walau bagaimanapun, siri Mobile Fighter G Gundam menggunakan era kalendar yang berlainan. Sejak itu, muncul beberapa era kalendar yang lain yang tidak ada kene-mengena dengan UC. Dengan menggunakan era kalendar selain UC, siri tersebut mempunyai tahap kebebasan kreativiti yang tinggi kerana tidak terikat dengan peristiwa dan sejarah dalam UC.
Peminat Gundam di Jepun menyifatkan Siri Gundam sebenar hanya berlaku dalam garis masa Universal Century. Selain itu, mereka memanggil gundam selain garis masa Universal Century sebagai "Gundam lain". Siri Gundam dalam Cosmic Era digelar sebagai Gundam versi abad ke-21 (merujuk pada Gundam pertama, Mobile Suit Gundam).
Peminat-peminat yang lama banyak menyukai Gundam dalam Universal Century, manakala Cosmic Era berjaya menarik peminat baru. Dikalangan peminat Gundam, peminat Cosmic Era boleh dikatakan peminat yang setahun jagung kerana kebanyakan peminat Cosmic Era hanya mengethui Gundam dalam Cosmic Era sahaja.
Universal Century
[sunting | sunting sumber]Era kalendar yang Original tulen dibuat untuk siri Gundam yang pertama Mobile Suit Gundam yang mula disiarkan pada tahun 1979. Majoriti siri Gundam menggunakan era kalendar ini. Siri-siri yang diletakkan dalam kalendar ini mempunyai peminat yang ramai dan menjadi petunjuk aras bagi peminat Gundam yang setia.
Dalam UC, manusia mula tinggal di koloni-koloni angkasa lepas. Bagaimanapun, koloni-koloni ini menuntut kemerdekaan lalu meletus perang yang diberi nama One Year War.
Future Century
[sunting | sunting sumber]Satu-satunya siri gundam universe saga yang menggunakan alternative era kalendar ini adalah Mobile Fighter G Gundam yang pertama.
Berlainan dengan original UC, dalam Future Century (FC) peperangan dapat dielakkan dengan mengadakan satu pertandingan pertarungan sukan seni bela diri dipanggilkan "Gundam Fight Tournament" untuk perebutan kemenangan perlawanan antara negara seluruh dunia koloni bagi mendapatkan hak pemerintahan selama empat tahun.
After Colony
[sunting | sunting sumber]After Colony (AC) merupakan alternative era kalendar kedua yang digunakan oleh New Mobile Report Gundam Wing, New Mobile Report Gundam Wing Endless Waltz.
AC bermula selepas umat manusia berjaya tinggal di koloni angkasa lepas setelah membinanya . WalauBagaimanapun era telah pentadbiran dikawal sepenuhnya oleh wakil-wakil Bumi oleh organisasi tentera elit ingin berkuasai.
After War
[sunting | sunting sumber]After War Gundam X memulakan penggunaan alternative kalendar After War (AW). AW bermula selepas berlakunya "7th Space War" setelah perang antara bumi dan koloni angkasa yang menyaksikan Bumi hancur akibat kejatuhan koloni gergasi ke Bumi.
Correct Century
[sunting | sunting sumber]Turn A Gundam menggunakan Correct Century (正歴 Seireki). Menurut Tomino Yoshiyuki, CC diletakkan di masa hadapan yang jauh dari garis masa-garis masa yang terdahulu.
Koloni Angkasa mempunyai kuasa yang besar dan lebih aggresif jika dibandingkan dengan FC. menurut Buku Panduan Rasmi Turn A, CC bermaksud Correct Century.
Anime Mobile Suit Gundam Seed, Mobile Suit Gundam Seed Destiny dan Mobile Suit Gundam Seed Stargazer menggunakan era kalendar Cosmic Era (CE). CE bermula ketika manusia biasa dikenali sebagai "Natural" yang belum menjalani proses genetik tinggal di bumi manakala ada manusia dipanggil "Coordinator" yang dipertingkatkan secara genetik kini tinggal angkasa koloni. Dua fraksi telah memulakan berperanggan antara sama lain yang penuhi pertempuran darah kenal adalah "Bloody Valentine Incident".
Anime Mobile Suit Gundam 00 menggunakan kalendar Anno Domini atau kalendar Masihi dan merupakan siri Gundam yang tidak menggunakan era kalendar fiksyen dari Gundam sirinya
Advance Generation
[sunting | sunting sumber]Advance Generation (AG) merupakan era kalendar terbaru dengan siri Gundam AGE.
Seperti CC, AG bermula setelah bertahun-tahun (mungkin beratus tahun) selepas manusia berjaya tinggal di koloni angkasa lepas dan peperangan sudah tiada.
Lain-lain
[sunting | sunting sumber]Siri-siri Gundam Build Fighter,Divers dan SD Gundam menggunakan era kalendar yang berlainan bagi memudahkan jalan cerita. Boleh dikatakan, SD Gundam tiada kene mengena dengan konsep Gundam yang asal.
Media
[sunting | sunting sumber]Anime
[sunting | sunting sumber]Nama | Media | Tahun | Tarikh dalam siri |
---|---|---|---|
Mobile Suit Gundam | Siri TV Filem Kompilasi |
1979-1980 1981-1981 |
2079-80 AD (U.C. 0079-80) |
Mobile Suit Zeta Gundam | Siri TV Filem Kompilasi |
1985-1986 2005-2006 |
2087-88 AD (U.C. 0087-88) |
Mobile Suit Gundam ZZ | Siri TV | 1986–1987 | 2088-89 AD (U.C. 0088-89) |
Mobile Suit Gundam: Char's Counterattack | Filem | 1988 | 2093 AD (U.C. 0093) |
Mobile Suit Gundam 0080: War in the Pocket | OVA | 1989 | 2079-80 AD (U.C. 0079-80) |
Super Deformed Gundam | Filem OVA Siri TV |
1988–1989, 1991, 1993 1988, 1990 1993 |
Tidak Diketahui |
Mobile Suit Gundam 0083: Stardust Memory | OVA Filem Kompilasi |
1991-1992 1992 |
2083 AD (U.C. 0083) |
Mobile Suit Gundam F91 | Filem | 1991 | 2123 AD (U.C. 0123) |
Mobile Suit Victory Gundam | Siri TV | 1993-1994 | 2153 AD (U.C. 0153) |
Mobile Fighter G Gundam | Siri TV | 1994–1995 | F.C. 60 |
New Mobile Report Gundam Wing | Siri TV OVA Kompilasi |
1995-1996 1996 |
2195 AD (A.C.195) |
Mobile Suit Gundam: The 08th MS Team | OVA Filem Kompilasi |
1996 1998 |
2079 AD (U.C. 0079) |
After War Gundam X | TV series | 1996 | A.W. 0015 |
Gundam Wing: Endless Waltz | OVA Filem Kompilasi |
1997 1998 |
2196 AD (A.C.196) |
Turn A Gundam | Siri TV Filem Kompilasi |
1999-2000 2002 |
C.C. 2345 |
Gundam Neo Experience 0087: Green Divers | Filem format khas | 2001 | 2087 AD (U.C. 0087) |
Gundam Evolve | Animasi pendek | 2001–2005 | Pelbagai |
Mobile Suit Gundam Seed | Siri TV, OVA Kompilasi khas HD Remaster |
2002-2003 2004 2011-2012 |
CE 71 |
Superior Defender Gundam Force | Siri TV | 2003–2004 | Neotopia |
Mobile Suit Gundam MS IGLOO: The Hidden One Year War | Filem | 2004 | 2079 AD (U.C. 0079) |
Mobile Suit Gundam Seed Destiny | Siri TV, OVA Kompilasi khas HD Remaster |
2004-2005 2006-2007 2013-2014 |
CE 73 |
Mobile Suit Gundam MS IGLOO: Apocalypse 0079 | OVA | 2006 | 2079 AD (U.C. 0079) |
Mobile Suit Gundam Seed Stargazer | ONA | 2006 | CE 73 |
Mobile Suit Gundam 00 | Siri TV Kompilasi khas |
2007-2009 2009 |
2307-2312 AD |
Mobile Suit Gundam MS IGLOO 2: The Gravity Front | OVA | 2009 | 2079 AD (U.C. 0079) |
Ring of Gundam | Filem Format Khas | 2009 | mengambil tempat sebagai Gaia Century |
Mobile Suit Gundam Unicorn | OVA Siri TV |
2010-2014 2017 |
2096 AD (U.C. 0096) |
SD Gundam Sangokuden Brave Battle Warriors | Filem Siri TV |
2010 | Mirisha |
Mobile Suit Gundam 00 The Movie: Awakening of the Trailblazer | Filem | 2010 | 2314 AD |
Model Suit Gunpla Builders Beginning G | OVA | 2010 | 2010 AD (hanya Gunpla Universe) |
Gundam Build Fighters | Siri TV | 2013 | 2013 AD (satu lagi Gunpla Universe lain) |
Mobile Suit Gundam Age[2] | Siri TV OVA |
2011-2012 2013 |
AG 101-201 AG 140-142 |
Gundam Build Fighters Try | Siri TV | 2014 | 2020 AD (Gunpla Universe yang sama) |
Mobile Suit Gundam: Iron-Blooded Orphans | Siri TV | 2015 | Post Disaster 325 |
Mobile Suit Gundam: The Origin[3] | OVA Siri TV |
2015 | 2079 AD (U.C. 0079) |
Gundam Build Divers | ONA Siri TV |
2018 | Tidak dinama |
Super Deformed Gundam
[sunting | sunting sumber]Super Deformed Gundam (SD Gundam) berasal dengan lukisan Yokoi Koji, seorang pelajar Sekolah Menengah Rendah dari Nagoya yang dihantar ke sebuah majalah keluaran Bandai pada tahun 1980-an. Lukisan tersebut menarik perhatian ketua editor lalu memujuk Yokoi Koji melukis untuk majalah tersebut.
Rekabentuk SD Gundam yang comel telah berjaya menambat hati peminat dan berkembang ke media lain seperti permainan video,anime dan manga.
Aksi Langsung
[sunting | sunting sumber]G-Saviour adalah satu-satunya telemovie aksi langsung dalam siri Gundam. Siri ini berlatarkan tahun U.C. 0223 namun ia dikatakan sebagai tidak canon sendiri hanya sebagai Alternative Universal Century.
Permainan Video
[sunting | sunting sumber]Disebabkan siri ini amat popular, banyak permainan video berdasarkan siri ini telah dibuat dan mempunyai watak-watak tersendiri yang tidak terdapat dalam media lain. Seperti juga anime dalam siri Gundam yang lain, permainan video juga dikembangkan ke media lain seperti manga dan novel.
Novel dan Manga
[sunting | sunting sumber]Siri Gundam juga mempunyai novel dan manga yang berbentuk huraian siri anime, terbitan turunan mahupun penceritaan semula. Manga Gundam Origin adalah salah satu manga yang menceritakan semula kejadian-kejadian semasa Perang Satu Tahun.
Gunpla
[sunting | sunting sumber]Gunpla merupakan nama bagi model-model skala Siri Gundam. Hampir semua mecha didalam siri ini telah dimodelkan dengan versi-versi baru dikeluarkan dari masa ke masa selaras dengan perkembangan teknologi. Skala yang paling kecil ialah 1:144, manakala terbesar ialah 1:35. Gundam 1:1 telah didirikan di Tokyo pada tahun 2009 sebagai sokongan kepada Tokyo untuk menjadi host sukan Olimpik.
Gundam di Malaysia
[sunting | sunting sumber]Gundam juga mempunyai ramai peminat di Malaysia. DVD siri-siri Gundam boleh didapati di pasaran tempatan dan beberapa siri Gundam seperti Mobile Suit Gundam Seed disiarkan di TV tempatan dengan versi alih suara.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Turn A Gundam "Moon's Wind", Gundam Ace, 2006
- ^ "Level 5 to Help Create Gundam AGE Anime This Fall (Updated) - News". Anime News Network. 9 Jun 2011. Dicapai pada 14 November 2012.
- ^ "Gundam The Origin Manga to Launch Anime Project - News". Anime News Network. 22 Jun 2011. Dicapai pada 14 November 2012.
Pautan Luar
[sunting | sunting sumber]- Portal rasmi Gundam di Jepun (Jepun)
- Laman rasmi Gundam di Taiwan (Cina)
- Wiki Gundam tidak rasmi (Inggeris)