Gunung Berembun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Gunung Berembun
Titik tertinggi
Ketinggian 1,108 m (3,635 ft)
Geografi
Lokasi Hulu Dungun

Gunung Berembun yang terletak di Hulu Dungun, Malaysia mempunyai ketinggian setinggi 2,078 meter (3,635 kaki).[1] Pendakian mudah dimulakan dari air terjun Chemerong yang memiliki denai untuk pendakian ke gunung Berembun.

Gunung Berembun mempunyai hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, hutan Montane, dan Hutan Ericaceous atau hutan gunung. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan.

Permohonan permit[sunting | sunting sumber]

Gunung Berembun di negeri Pahang sering menjadi tumpuan kepada aktiviti pendakian di kalangan pendaki dan ia terletak dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK) Negeri Pahang. Bagi menjalankan sebarang aktiviti dalam Hutan Simpanan Kekal, setiap pengunjung perlu mendapatkan permit memasuki Hutan Simpanan Kekal terlebih dahulu dari Jabatan Perhutanan Negeri Pahang.

Permohonan permit boleh dibuat secara online di url http://forestry.pahang.gov.my/ekorimba. Sila muat turun Manual Pengguna terlebih dahulu dan membaca Panduan Menggunakan Sistem sebelum membuat permohonan online. Perkhidmatan bayaran secara online adalah tidak disediakan. Bayaran permit hendaklah disediakan dalam bentuk Wang Pos atau Bank Draf atas nama Pengarah Perhutanan Negeri Pahang dan diserahkan kepada PHD Cameron Highlands sebelum pendakian dan pada hari dan waktu berkerja.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]