Gunung Silam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Gunung Silam
LahadDatu Sabah MountSilam-01.jpg
Gunung Silam, Lahad Datu
Titik tertinggi
Ketinggian 884 m (2,900 ft) "Tropical Rainforest Research"
Geografi
Lokasi Lahad Datu, Sabah, Malaysia

Gunung Silam merupakan sebuah gunung yang terdapat dalam Kampung Lama, daerah Lahad Datu di negeri Sabah Negeri di bawah Bayu, Malaysia. Gunung Silam mempunyai ketinggian setinggi 884 meter. [1]

Gunung Silam[sunting | sunting sumber]

Gunung Silam merupakan gunung ketiga tertinggi di Lahad Datu. Terdapat banyak tumbuhan dan haiwan yang unik dan menarik di sini di hutan hujan tropika. Hutan Simpan Sapagaya seluas 698 ekar terletak di kaki gunung ini dan menjadi tempat perlindungan bagi tumbudan dan haiwan tempatan yang unik di Sabah.[2]

Gunung Silam dikelaskan sebagai Gunung Persisiran Ultramafik. Secara umumnya, tanah pada persekitaran ultramafik bewarna perang kemerahan dan terbentuk hasil batu asas ("ultrabasic rock").[3] Tanahnya mengandungi ketumpatan logam berat seperti magnesium, besi, nikel, khromium dan kobalt, tetapi kekurangan zat tumbuhan seperti nitrogen, fosferus dan potassium. Substrat ultramafik adalah “beracun” pada tumbuhan, dengan itu tumbuhan yang terdapat di sini amat berbeza dengan tumbuhan di tempat lain. Hal ini menjadikan kawasan hutan Gunung Silam amat istimewa.

Bunga Periuk Kera di Gunung Silam

Terdapat 374 spesies pokok pada empat jenis hutan pada ketinggian berbeza di gunung Silam ini, dengan setiap satunya memiliki ciri-ciri unik tersendiri:

  • 200M – 300M: Hutan ultramafik Tanah Rendah
  • 330M – 540M: Hutan ultramafik Tanah Tinggi
  • 540M – 770M: Hutan ultramafik montane rendah
  • 770M+: Hutan ultramafik montane tingi (Hutan Berlumut)

Terdapat banyak tumbuhan seperti rumput, bunga, pokok dll yang merupakan spesies endemik di Sabah dan Borneo. Hutan berlumut biasanya hanya terdapat pada ketinggian 2,000M sehingga 2,700M di atas paras laut, tetapi di Gunung Silam ia boleh didapati pada ketinggian 770M. Ini dikatakan disebabkan gunung Silam mengalami kesan Massenerhebung, fenomena semulajadi di mana zon tumbuhan berbeza “termampat” pada gunung kecil dan terasing.[4]

Pokok yang terdapat di Gunung Silam

Pendakian[sunting | sunting sumber]

Terdapat dua laluan untuk mendaki, yang lebih mudah adalah denai Kalung-Kalungan (anggaran 2.5 KM), dan yang lebih pendek tetapi lebih sukar denai Kayangan (anggaran 1.5 KM). Bagaimanapun pendaki boleh menggunakan laluan yang berlainan untuk mendaki dan menuruni gunung ini.


Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]