Lahad Datu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Lahad Datu
لحد داتو
Bandar
Roundabout in Lahad Datu.jpg
Jata Lahad Datuلحد داتو
Jata
Lokasi bagi Lahad Datuلحد داتو
Ralat Lua pada baris 442 di Modul:Location_map: Unable to find the specified location map definition. Neither "Module:Location map/data/Borneo Topography" nor "Templat:Peta lokasi Borneo Topography" exists.
Koordinat: 5°1′48″N 118°20′24″E / 5.03000°N 118.34000°E / 5.03000; 118.34000
Negara  Malaysia
Negeri  Sabah
Populasi (2010)
 • Jumlah 206,861
Bandar Lahad Datu

Lahad Datu

Lahad Datu merupakan sebuah Daerah dan Bandar yang terletak di Bahagian Tawau di Pantai Timur Sabah, Malaysia. Bandar Lahad Datu adalah Bandar keempat terbesar di Sabah, selepas Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau. Daerah Lahad Datu juga mempunyai nilai sejarahnya tersendiri seperti daerah lain di Sabah, semasa zaman pemerintahan Chartered Company, Lahad Datu merupakan tempat persinggahan datu-datu dari Kesultanan Sulu. Lahad berasal dari perkataan suku Βajau-Ѕinama, yakni bermaksud tempat atau negeri, mana kala Datu, merupakan Кeturunan Βangsawan mahupun yang sudah lama menetap di daerah ini khususnya ketua-ketua suku kaum atau Panglima dan Pembesar daerah.

Penghubungan dan Pengangkutan[sunting | sunting sumber]

Kedudukan yang strategik ini telah memudahkan Lahad Datu untuk dikunjungi sama ada melalui jalan darat, air mahupun udara. Melalui jalan darat, Lahad Datu mempunyai sistem jalanraya yang menghubungkannya dengan bandar-bandar utama seperti Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau dan beberapa Pekan lain.

Jalanraya di Felda Sahabat, Lahad Datu

Lapangan Terbang[sunting | sunting sumber]

Pada 23 April 2010, Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Rahim Bakri mengumumkan Lapangan Terbang baru akan dibina di sini kerana lapangan terbang sedia ada tidak memenuhi piawaian keselamatan lapangan terbang antarabangsa atau 'Aviation Certification and Interoperability Office' (ACIO). Penduduk Lahad Datu kini melebihi 300,000 orang.

Alternatif ialah di Silabukan , kira-kira 25 kilometer dari bandar Lahad Datu. Pilihan lain ialah Sandau, kira-kira 35 kilometer dari bandar Lahad Datu. Silabukan merupakan kawasan ladang kelapa sawit milik agensi kerajaan negeri Sabah dan lebih mudah proses tukar milik dilakukan. Silabukan juga terletak di antara Tungku , bandar Felda Sahabat dan bandar Lahad Datu, berhampiran kawasan Kluster Perindustrian Kelapa Sawit (POIC) serta Hutan Simpan Tabin dan dihubungkan dengan sistem jalan raya yang baik.[1]

Ekonomi[sunting | sunting sumber]

Lahad Datu merupakan kawasan perdagangan dan pemerintahan, sebelum pembangunan giat dijalankan, Lahad Datu menjalankan perniagaan kelapa dan kopra atau kelapa kering. kini, ekonominya lebih tertumpu kepada penanaman kelapa sawit, selain dari ekonomi lain.

POIC[sunting | sunting sumber]

Lahad Datu juga mempunyai beberapa kilang penapis minyak sawit. The Palm Oil Industrial Cluster (POIC) terletak berhampiran dengan Pelabuhan Lahad Datu dan menerima kapal pertama pada 1 Mac 2013. Ia terdiri daripada 1,150 ekar (5 km2) tanah dibangunkan (dengan kemudahan bulking berpusat dan jeti, sedang dalam pembinaan, yang akan mempunyai draf 20 meter, menjadikannya salah satu daripada segelintir pelabuhan laut dalam di dunia) khusus untuk minyak sawit industri hiliran. Setakat ini, 18 syarikat telah membeli tanah di POIC dengan 8 syarikat yang terlibat dalam pengeluaran biodiesel sawit. POIC ialah syarikat penuh milik kerajaan negeri di bawah bidang kuasa Kementerian Pembangunan Perindustrian. Pengerusinya ialah Menteri sekarang, Datuk Dr. Ewon Ebin dan ketua pegawai eksekutif Mr.Wong Yu Chin (ASDK, BSK).

POIC Lahad Datu

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Sekolah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Rendah[sunting | sunting sumber]

Senarai Sekolah Rendah
Sekolah Kebangsaan Amalania
Sekolah Kebangsaan Bakapit
Sekolah Kebangsaan Bangingod
Sekolah Kebangsaan Batu 6 1/2 Segama
Sekolah Kebangsaan Bikang
Sekolah Kebangsaan Binuang
Sekolah Kebangsaan Bukit Balacon
Sekolah Kebangsaan Cenderawasih
Sekolah Kebangsaan Fajar Harapan
Sekolah Kebangsaan Jeroco
Sekolah Kebangsaan Kampung Silam
Sekolah Kebangsaan Kennedy Bay
Sekolah Kebangsaan Lahad Datu II
Sekolah Kebangsaan Lahad Datu III
Sekolah Kebangsaan Lahad Datu IV
Sekolah Kebangsaan Lok Buani
Sekolah Kebangsaan Payang
Sekolah Kebangsaan Pekan
Sekolah Kebangsaan Permai
Sekolah Kebangsaan Sabah Cocoa
Sekolah Kebangsaan Sahabat II
Sekolah Kebangsaan Sahabat 4
Sekolah Kebangsaan Sahabat 16
Sekolah Kebangsaan Sandau
Sekolah Kebangsaan Sapagaya
Sekolah Kebangsaan Silabukan
Sekolah Kebangsaan Sri Darun
Sekolah Kebangsaan Sri Pantai
Sekolah Kebangsaan St. Dominic
Sekolah Kebangsaan St. Stephens
Sekolah Kebangsaan Tanjong Paras
Sekolah Kebangsaan Tanjung Labian
Sekolah Kebangsaan Tawaiyari
Sekolah Kebangsaan Telisai
Sekolah Kebangsaan Terusan
Sekolah Kebangsaan Tungku
Sekolah Kebangsaan Ulu Tungku
Sekolah Kebangsaan Unico Desa
Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chee Vun
Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Kiau Shing
Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Siew Ching
Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Sin Wah
Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Yuk Choi

Sekolah Menengah[sunting | sunting sumber]

Senarai Sekolah Menengah
Sekolah Menengah Sains Lahad Datu
Sekolah Menengah Kebangsaan Agaseh
Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Kencana
Sekolah Menengah Kebangsaan Sepagaya
Sekolah Menengah Kebangsaan Silabukan
Sekolah Menengah Kebangsaan St. Dominic
Sekolah Menengah Kebangsaan Terusan
Sekolah Menengah Kebangsaan Tungku
Sekolah Menengah (C) Lahad Datu

Geografi[sunting | sunting sumber]

Daerah Lahad Datu dari segi geografi, terletak di kawasan pantai timur Sabah di dalam bahagian Tawau, yang menghadap Teluk Darvel di timur, Daerah Kinabatangan di utara Daerah Tongod di barat dan Daerah Kunak dan Tawau di sebelah selatan. Ia terletak pada kedudukan latitud 5° 1' Utara dan longitud 118° 19' Timur pada jarak lebih kurang 500 km dari Ibu Negeri Sabah iaitu Kota Kinabalu dan berhampiran dengan beberapa Bandar atau Daerah seperti Sandakan, Tawau, Kinabatangan, Kunak dan Semporna. Manakala, keluasan daerah Lahad Datu ialah 6,635.2 km2. Di dalamnya terletak Daerah Kecil Tungku.

Demografi[sunting | sunting sumber]

Populasi Penduduk

Jumlah penduduk Lahad Datu setiap tahun meningkat dengan kadar pertumbuhan purata tahunan (%) iaitu 10.01 bagi tahun 1980-1991 dan 3.10 bagi tahun 1991 – 2000. Manakala bagi jumlah penduduk ialah pada tahun 39,262(1980) , 118,096(1991) , 156,059(2000).

Suku Kaum

Antara Suku Kaum yang terdapat di Daerah Lahad Datu terdiri daripada suku kaum Bajau, Idahan, Iranun, Begahak, Subpan, Bugis, Suluk, Tidung, Melayu Cocos, Jawa, Sungai, Cina dan Imigran dari Indonesia dan Filipina.

Agama dan Kepercayaan

Islam adalah agama yang dianuti oleh majoriti besar penduduk Daerah Lahad Datu dan diikuti oleh Kristian, Buddha, Sikh dan sebagainya.

Masjid Ar-Raudah merupakan Masjid Daerah Lahad Datu.

Tempat Menarik[sunting | sunting sumber]

Lahad Datu mempunyai tempat-tempat menarik untuk dikunjungi seperti pelancongan alam sekitar. Kawasan hutan Lahad Datu yang masih kurang diteroka telah mendorong kerajaan mewujudkan hutan simpan. Seperti :


Antara tempat menarik dan kawasan Pelancongan yang boleh dikunjungi yang terdapat di Daerah Lahad Datu adalah seperti berikut :

Pemandangan Lembah Danum, Lahad Datu
Pemandangan Darvel Bay dari Menara Kayangan

Hotel di Daerah Lahad Datu[sunting | sunting sumber]

Bandar Lahad Datu telah dilengkapi dengan kemudahan seperti penginapan dan hotel bagi mereka yang ingin Berkengunjung dan Pelancong ke Daerah Lahad Datu.

Hotel dan Homestay Bintang
My Inn Hotel
MD Hotel
Silam Dynasty Hotel
The Executive Hotel
Kingtons Hotel
Royals Palm Hotel & Spa
Maya Hotel & Spa
Jagokota Hotel
Lahad Datu Hotel
De Leon Hotel
King Park Hotel
QQ Hotel
Perdana Hotel
Full Wah Hotel
King Palace Hotel
Hotel Ocean
Iramanis Hotel
Bay Hotel
Fajar Hotel
Tabin Lodge


Pusat Beli-belah dan pasaraya[sunting | sunting sumber]

  • Servay Hypermarket Lahad Datu
  • Darvel Bay Plaza @ Econsave
  • Milimewa Superstore
  • Emporium Ramai-ramai
Darvel Bay Plaza, Lahad Datu

Pencerobohan Lahad Datu 2013[sunting | sunting sumber]

2013 Lahad Datu standoff.svg Pada 11 Februari 2013, beberapa penyokong bersenjata dari kalangan warga/rakyat Filipna yang direkrut oleh Kesultanan Sulu, dimana penceroboh tersebut menggelar diri mereka sebagai "Angkatan Bersenjata Kesultanan Sulu dan Borneo Utara (Sabah)" telah tiba di Kampung Tanduo, wilayah Lahad Datu, Sabah, Malaysia. Kumpulan penceroboh ini didakwa dihantar oleh Sultan Jamalul Kiram III, yang juga merupakan salah seorang individu yang menuntut takhta Kesultanan Sulu yang belum dapat disahkan. Misi beliau adalah untuk memasukkan Sabah sebagai sebahagian dari tanah jajahan Filipina.[2][3][4] Dalam laporan tindak balas, Angkatan Bersenjata Malaysia telah mengepung kampung tersebut beberapa lama untuk berbincang secara damai dengan penceroboh. Dan sebagai suatu cubaan dan usaha murni untuk menyelesaikan masalah pertelingkahan wilayah secara aman dengan kerajaan Filipina dan penceroboh. Akhirnya akibat tiada respon dari pihak penceroboh untuk sekian lama, pihak bersenjata Malaysia telah bertindak mengambil tindakan tegas kepada penceroboh dan bermulalah konflik maut pada 1 Mac 2013 hinggalah sekarang.[5][6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Lahad Datu Amat Memerlukan Lapangan Terbang Baru - Abdul Rahim
  2. ^ "Heirs of Sultan of Sulu pursue Sabah claim on their own". Philippine Daily Inquirer. 16 Februari 2013. Dicapai pada 20 Februari 2013. 
  3. ^ Ubac, Michael Lim; Pazzibugan, Dona Z. (3 Mac 2013). "No surrender, we stay". Philippine Daily Inquirer. Dicapai pada 3 Mac 2013. 
  4. ^ Mullen, Jethro (15 Februari 2013). "Filipino group on Borneo claims to represent sultanate, Malaysia says". CNN. Dicapai pada Februari 25, 2013. 
  5. ^ Jegathesan, M. (5 Mac 2013). "Malaysia attacks Filipinos to end Sabah siege". Philippine Daily Inquirer. Dicapai pada 5 Mac 2013. 
  6. ^ "Lahad Datu: Malaysian security forces in all out attack against Sulu gunmen". The Star. 5 Mac 2013. Dicapai pada 5 Mac 2013.  |first1= kehilangan |last1= dalam Authors list (bantuan)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]