Hadiah Sastera Kumpulan Utusan-Exxon Mobil 2008

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Hadiah Sastera Kumpulan Utusan-Exxon Mobil 2008 dianjurkan oleh Kumpulan Utusan dan syarikat Exxon- Mobil. Tujuannya bagi mengcungkil bakat penulisan darim kalangan rakyat Malaysia.

Pada 19 Jun 2009, hadiah disampaikan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir Mohamad. Turut hadir ialah Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi.Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan Tan Sri Hashim Makaruddin, Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Datuk Abdul Aziz Ishak dan Pengerusi Subsidiari-subsidiari Exxon Mobil di Malaysia Hugh W. Thompson turut hadir.

Seramai 26 penulis mendapat anugerah dalam pelbagai kategori.

Pemenang[sunting | sunting sumber]

  • Johan kategori Novel Remaja : guru Bahasa Inggeris, Sri Rahayu Mohd Yusop . Novelnya Kasih Nan Agung.Hadiah wang tunai RM7,000, watikah penghargaan dan hadiah iringan.
  • Naib Johan Novel Remaja : Ruhaini Matdarin Noverlnya Jendela Menghadap Jalan. Hadiah wang tunai RM4,500, watikah penghargaan dan hadiah iringan.
  • Ketiga Novel Remaja : Norziati Mohd Rosman. Novelnya Meniti Jalan Hadapan.Hadiah wang tunai RM3,000, watikah penghargaan bersama hadiah iringan.
  • Johan kategori Novel Remaja Bahasa Inggeris dan Kategori Terjemahan : tiada pemenang.
  • Johan kategori Rencana Sastera: Syed Mohd Zakir Syed Othman. Hadiah wang tunai RM1,000 bersama hadiah iringan .Rencananya berjudul 'Penulis Ulul Albab dan New Man'.
  • Johan Kategori Kajian Sastera : Dr. Awang Azman Awang Pawi .Tajuk kajian sasteranya 'Prasangka Orientalis terhadap Bahasa Melayu'.Hadiah wang tunai RM2,000.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]