Hak mengundi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Hak mengundi (bahasa Inggeris: suffrage) ditakrifkan sebagai hak sesebuah masyarakat untuk mengundi dalam suatu pilihan raya politik yang umum.[1][2][3]

Hak bertanding untuk sesebuah jawatan kadangkalanya dikenali sebagai "kelayakan calon" (candidate eligibility) manakala gabungan kedua-dua hak mengundi dan bertanding ini dikenali sebagai "hak mengundi penuh" (full suffrage).[4]

Hak mengundi sering diwujudkan daripada pemilihan wakil. Walau bagaimanapun, hak mengundi dipakai secara sama ratanya dalam pungutan suara dan inisiatif. Hak ini tidak hanya menggambarkan hak untuk mengundi di sisi undang-undang tetapi juga persoalan sama ada suatu usul akan dimasukkan dalam sesuatu undian. Penggunaan hak mengundi ini dikurangkan apabila persoalan-persoalan penting diputuskan secara sepihaknya oleh wakil yang diundi atau tidak diundi.

Dalam kebanyakan demokrasi, pengundi yang layak boleh mengundi untuk memilih wakil mereka. Undian dalam isu-isu tertentu mungkin juga boleh disediakan. Semua peringkat pemerintah di Switzerland, pada misalnya, membenarkan cara pemilihan ini. Beberapa (tetapi bukan semua) negeri Amerika Syarikat seperti California and Washington telah melaksanakan kedaulatan bersama (shared sovereignty) masing-masing untuk menawarkan peluang kepada warga-warganya menulis, mengusulkan dan mengundi dalam pungutan suara dan inisiatif tertentu. Pemerintah Amerika Syarikat tidak menawarkan sebarang inisiatif ini secara langsung dalam peringkat persekutuannya.

Hak mengundi diberikan kepada rakyat yang layak apabila mencapai umur layak mengundi. Perkara yang melayakkan rakyat bergantung pada keputusan pemerintah. Penduduk bukan warga sesuatu negara boleh mengundi di beberapa negara yang mungkin dihadkan untuk negara yang saling berkait rapat (misalnya warga-warga Alam Komanwel dan Kesatuan Eropah).[5]

Jenis[sunting | sunting sumber]

Hak mengundi sejagat (Universal suffrage)[sunting | sunting sumber]

Hak mengundi sejagat terdiri daripada hak untuk mengundi tanpa sekatan disebabkan jantina, bangsa, status sosial, tahap pendidikan atau kekayaan. Hak mengundi jenis ini biasanya tidak dilanjutkan kepada semua penduduk di wilayah; perbezaan sering dibuat dalam hal kewarganegaraan, umur, dan kadangkalanya keupayaan mental atau kesalahan jenayah.

Hak mengundi wanita[sunting | sunting sumber]

Hak ini menggambarkan hak golongan wanita untuk mengundi.[6]

Koloni New Zealand milik British menjadi negara yang berpemerintah sendiri pertama memberikan hak mengundi kepada semua wanta dewasa pada tahun 1893. Pada tahun 1894 pula, wanita di Australia Selatan mendapat hak mengundi serta juga bertanding dalam Parlimen. Duchy Besar Finland yang berautonomi dalam Empayar Rusia merupakan negara yang pertama yang membenarkan semua wanita mengundi dan bertanding dalam parlimen negara tersebut.[7]

Hak mengundi wajib[sunting | sunting sumber]

Hak jenis ini mewajibkan warga yang layak untuk mengundi di sisi undang-undang. Sebanyak 32 buah negara mengamalkan hak ini.[8]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Houghton Mifflin Harcourt Publishing Company. "American Heritage Dictionary Entry: suffrage". Dicapai 28 Julai 2015. 
  2. ^ "Definition of "suffrage" – Collins English Dictionary". Dicapai 28 Julai 2015. 
  3. ^ "suffrage – definition of suffrage in English from the Oxford dictionary". Dicapai 28 Julai 2015. 
  4. ^ ">> social sciences >> Women's Suffrage Movement". glbtq. Archived from the original on 14 Jun 2015. Dicapai 21 Jun 2013. 
  5. ^ Lihat rujukan berikut sebagai contoh: "Who is eligible to vote at a UK general election?". The Electoral Commission ;"Can I vote?". European Parliament Information Office in the United Kingdom ; "Why Can Commonwealth Citizens Vote in the U.K.? An Expat Asks". The Wall Street Journal. 27 April 2015. Dicapai 9 Februari 2016. 
  6. ^ http://www.merriam-webster.com/dictionary/suffrage
  7. ^ "Votes for Women – Elections New Zealand". Diarkibkan daripada asal pada 19 Ogos 2012.  Elections.org.
  8. ^ "CIA:The World Factbook". Dicapai 22 Mei 2012.