Alam Komanwel

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Alam Komanwel, ditanda warna merah jambu

Alam Komanwel atau Alam Persemakmuran (Jawi: عالم کومانويل/عالم ڤرسمعمورن) merujuk kepada sesebuah daripada 16 buah negara berdaulat dalam lingkungan Negara-negara Komanwel yang menjadikan raja Inggeris (kini Charles III) sebagai ketua negara masing-masing. Jumlah keluasan negara-negara ini berjumlah 18.8 juta km² (tidak termasuk tuntutan di Antartika), dan jumlah penduduk sebanyak 129 juta. Negara-negara ini merupakan kerajaan yang bebas, dan raja itu merupakan raja setiap negara itu secara berasingan dan juga setara, tetapi negara-negara ini menjalin kesatuan peribadi sesama sendiri. Konsep ini disampaikan dalam pengisytiharan gelaran-gelaran baru Elizabeth II pada tahun 1952.

Meskipun gelaran "Dominion" masih boleh digunakan untuk merujuk kepada mana-mana alam Komanwel selain United Kingdom, namun istilah "realm" kian menggantikannya sejak 1950-an. Kedua-dua istilah ini jelas ertinya dalam konteks Komanwel, namun, apabila perlunya untuk merujuk kepada alam-alam ini secara kolektif dalam konteks berlainan, maka alam-alam itu boleh dibezakan daripada alam-alam yang lain sebagai "alam Komanwel".

Setiap alam Komanwel merupakan ahli Negara-negara Komanwel, dan pada masa yang sama dibezakan daripada pertubuhan itu yang terbentuk daripada bekas negara jajahan British. Dalam lingkungan Komanwel, tidak terdapat perbezaan status antara alam Komanwel dan ahli Komanwel yang lain. Alam Komanwel tidak diwajibkan untuk kekal dalam pertubuhan Komanwel; sehingga kini tiada daripada 16 buah alam Komanwel meninggalkan pertubuhan tersebut.

Alam Komanwel kini[sunting | sunting sumber]

Bendera Negara Tarikh Bendera Diraja
Flag of Antigua and Barbuda.svg Antigua dan Barbuda sejak kemerdekaan pada tahun 1981 Tiada
Flag of Australia.svg Australia sejak pengamalan Statut Westminster pada tahun 1942 (diundurkan tarikh ke tahun 1939) Royal Standard of Australia (1962–2022).svg
Flag of the Bahamas.svg Bahamas sejak kemerdekaan pada tahun 1973 Tiada
Flag of Belize.svg Belize sejak kemerdekaan pada tahun 1981 Tiada
Flag of Grenada.svg Grenada sejak kemerdekaan pada tahun 1974 Tiada
Flag of Jamaica.svg Jamaica sejak kemerdekaan pada tahun 1962 Tiada
Flag of Canada.svg Kanada kesan Statut Westminster pada tahun 1931 Royal standard of Canada (1962–2022).svg
Flag of New Zealand.svg New Zealand sejak pengamalan Statut Westminster pada tahun 1947 Royal Standard of New Zealand (1962–2022).svg
Flag of Papua New Guinea.svg Papua New Guinea sejak kemerdekaan pada tahun 1975 Tiada
Flag of Saint Kitts and Nevis.svg Saint Kitts dan Nevis sejak kemerdekaan pada tahun 1983 Tiada
Flag of Saint Lucia.svg Saint Lucia sejak kemerdekaan pada tahun 1979 Tiada
Flag of Saint Vincent and the Grenadines.svg Saint Vincent dan Grenadines sejak kemerdekaan pada tahun 1979 Tiada
Flag of the Solomon Islands.svg Kepulauan Solomon sejak kemerdekaan pada tahun 1978 Tiada
Flag of Tuvalu.svg Tuvalu sejak kemerdekaan pada tahun 1978 Tiada
Flag of the United Kingdom.svg United Kingdom alam asal
Royal Standard of the United Kingdom.svg

Royal Standard of the United Kingdom (in Scotland).svg

Di bawah Perlembagaan Kepulauan Cook 1981, Raja dalam Hak New Zealand dijadikan ketua negara, tetapi apa-apa perubahan dalam pewarisan yang dilakukan oleh New Zealand tidak membawa apa-apa kesan di Kepulauan Cook melainkan diratifikasikan di sana secara berasingan. Kesannya, Kepulauan Cook dan Alam New Zealand menjalin kesatuan peribadi yang serupa kepada hubungan monarki di New Zealand kepada monarki United Kingdom selepas ratifikasi Statut Westminster pada tahun 1947.

Sistem kerajaan[sunting | sunting sumber]

Di luar United Kingdom, Raja melantik seorang Gabenor Jeneral untuk memainkan peranan sebagai wakil naib diraja baginda. Dalam hampir kesemua alam ini, Gabenor Jeneral dilantik oleh Raja atas nasihat Perdana Menteri negara masing-masing; di Kepulauan Solomon dan Tuvalu, Perdana Menteri perlu menasihati perundangan secara sulit. Di Papua New Guinea, Gabenor Jeneral dilantik oleh Raja melalui undian parlimen.

Di United Kingdom, Raja melantik Kaunselor Negeri untuk melaksanakan tugas baginda apabila baginda tidak hadir. Beliau juga diwakili oleh seorang Gabenor di setiap negeri di Australia, oleh Leftenan Gabenor di setiap wilayah di Kanada, dan oleh Wakil Raja di Kepulauan Cook. Dalam kes-kes ini, baginda diwakili dalam peranan baginda sebagai Raja dalam hak masing-masing Australia, Kanada, dan New Zealand.

Pegawai-pegawai ini melaksanakan hampir semua kuasa raja berperlembagaan dengan tugas-tugas yang kebanyakannya simbolik dan tidak berbentuk eksekutif, tetapi mereka juga memegang kuasa songsang yang bergelar Prerogatif Diraja.

Bekas Alam Komanwel[sunting | sunting sumber]

Berikutan kemerdekaan daripada United Kingdom, kebanyakan negara Komanwel mengekalkan Raja sebagai ketua negara, meskipun ada yang menjadi republik merdeka dan ada yang lain di bawah naungan monarki tempatan. Lama-kelamaan, sesetengah alam Komanwel beralih ke sistem republik, lalu mengamalkan perlembagaan baru atau meluluskan pindaan perlembagaan yang menyingkirkan raja sebagai ketua negara, serta menggantikan Gabenor Jeneral dengan seorang presiden melalui undian atau perlantikan.

Bendera Negara Sejak Sehingga Kuasa Presiden Sebab
Flag of Sri Lanka.svg Ceylon
kini Sri Lanka
1948 1972 eksekutif perlembagaan baru
Flag of Barbados.svg Barbados 1966 2021 beristiadat pindaan perlembagaan
Flag of Fiji.svg Fiji 1970 1987 beristiadat rampasan kuasa oleh tentera
Flag of The Gambia.svg Gambia 1965 1970 beristiadat pungutan suara
Flag of Ghana.svg Ghana 1957 1960 beristiadat pungutan suara
Flag of Guyana.svg Guyana 1966 1970 eksekutif pindaan perlembagaan
Flag of India.svg India 1947 1950 beristiadat perlembagaan baru
Flag of Ireland.svg Ireland 1931 1936/1949 beristiadat Raja disingkirkan dari perlembagaan dan jawatan Gabenor Jeneral dimansuhkan pada tahun 1936, jawatan Presiden dicipta pada tahun 1937 oleh perlembagaan yang diamalkan oleh plebisit, tetapi raja mengekalkan peranan luaran sehingga terisytiharnya republik pada tahun 1949 melalui perundangan biasa.
Flag of Kenya.svg Kenya 1963 1964 eksekutif perlembagaan baru
Flag of Malawi.svg Malawi 1964 1966 eksekutif perlembagaan baru
Flag of Malta.svg Malta 1964 1974 beristiadat pindaan perlembagaan
Flag of Mauritius.svg Mauritius 1968 1992 beristiadat pindaan perlembagaan
Flag of Nigeria.svg Nigeria 1960 1963 mula-mulanya beristiadat, kini eksekutif pindaan perlembagaan
Flag of Pakistan.svg Pakistan 1947 1956 mula-mulanya beristiadat, kini eksekutif perlembagaan baru
Flag of Sierra Leone.svg Sierra Leone 1961 1971 eksekutif perlembagaan baru
Flag of South Africa.svg Kesatuan Afrika Selatan
kini Republik Afrika Selatan
1931 1961 mula-mulanya beristiadat, kini eksekutif pungutan suara
Flag of Tanzania.svg Tanganyika
kini Tanzania
1961 1962 eksekutif perlembagaan baru
Flag of Trinidad and Tobago.svg Trinidad dan Tobago 1962 1976 beristiadat perlembagaan baru
Flag of Uganda.svg Uganda 1962 1963 mula-mulanya beristiadat, kini eksekutif pindaan perlembagaan

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Komanwel[sunting | sunting sumber]

Australia[sunting | sunting sumber]

Kanada[sunting | sunting sumber]

New Zealand[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • V. Bogdanor, The Monarchy and the Constitution (Oxford, 1995)
  • P. McIntyre, "The Strange Death of Dominion Status", Journal of Imperial and Commonwealth History 27:2 (1999) 193-212