Halusinasi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Rayan
Halusinasi
August Natterer Meine Augen zur Zeit der Erscheinungen.jpg
My eyes at the moment of the apparitions [Mataku kala jelmaan muncul] oleh August Natterer, seorang pelukis Jerman yang telah hasilkan berbagai lukisan rayannya.
PakarPsikiatri

Rayan (Jawi: راين), atau istilah kedoktorannya halusinasi (Jawi: هالوسيناسي), ialah pengalaman seolah-olah dapat melihat, mendengar atau menyentuh sesuatu yang sebenarnya tidak wujud akibat gangguan kesihatan (fikiran) atau pengambilan dadah.[1] Pesakit yang alaminya rasa apa yang mereka rasakan itu maujud dan nyata. Rayan berbeza dengan beberapa fenomena lain yang hampir sama, contohnya mimpi, di mana individu itu tidak berada dalam keadaan sedar; pseudorayan, yang tidak kelihatan nyata dan mudah dibezakan dengan kenyataan; ilusi, di mana persepsi salah mengherotkan maklumat yang dilaporkan; dan bayangan mental, yang hanyalah gambaran nyata dan dapat dikawal.[2] Rayan juga berbeza dengan "persepsi delusi", di mana stimulus yang nyata (yakni, persepsi sebenar) dicampur dengan sifat tambahan (dan biasanya tidak munasabah).

Rayan boleh berlaku dalam mana-mana cerap deria—penglihatan, pendengaran, penghiduan, pemerasaan, sentuhan, propriosepsi, seimbangan, sakit, haba dan masa.

Penyebab[sunting | sunting sumber]

Penyakit[sunting | sunting sumber]

Penyakit atau keuzuran[sunting | sunting sumber]

Beberapa penyakit seperti masalah atau jangkitan otak boleh menyebabkan seseorang itu mengalami rayan. Malah seorang kaki botol yang berhenti minum arak secara tiba-tiba boleh mengalaminya, dipanggil delirium tremens (atau "DT's"). Ada juga orang yang mengalaminya setelah tidak tidur selama banyak hari, juga yang tidak makan berhari-hari.

Kimia atau dadah[sunting | sunting sumber]

Sesetengah orang alami rayan kerana mereka memasukkan bahan kimia ataupun dadah dengan sengaja ke dalam diri mereka.

Dadah rekreasi[sunting | sunting sumber]

Sesetengah orang gunakan dadah secara haram untuk dapat rayan, seperti dadah LSD dan PCP. Pelbagai jenis dadah dan ubat biasa boleh menyebabkan rayan jika diambil dalam sukatan yang banyak, dan dikenali sebagai kesan sampingan.

Perubatan[sunting | sunting sumber]

Sesetengah bahan kimia yang doktor atau pakar bedah gunakan dapat menyebabkan rayan. Doktor, doktor gigi, pakarbedah gunakan bahan ini untuk hilangkan rasa sakit atau tidurkan pesakit semasa pembedahan, dan ia digelar bius. Ia juga mempunyai beberapa kesan sampingan seperti rasa loya dan rayan.

Banyak doktor gigi gunakan sejenis ubat bius yang dinamai nitrus oxida ("gas ketawa"). Jika diambil dengan sukatan banyak individu tersebut boleh alami rayan. Doktor dan pakar bedah gunakan banyak jenis gas bius supaya pesakit tidak sedar semasa dibedah.

Keracunan[sunting | sunting sumber]

Sesetengah orang boleh tersilap telan, atau ambil dalam apa cara pun, kimia beracun kerana salah label pada botol. Kadang-kadang kanak-kanak juga tertelan bahan kimia berbahaya kerana anggap ia dapat dimakan atau minum. Bahan bahaya seperti ini boleh menyebabkan orang itu jatuh sakit atau rayan, dan dalam kes yang paling teruk, mati.

Kurang tidur[sunting | sunting sumber]

Sesetengah orang alami rayan jika tidak tidur buat masa yang begitu lama, dan mula berkhayal sebelum tertidur. Ini biasanya dipanggil hipnagogia. Dan biasanya, individu tahu yang ia hanyalah khayalan dan bukan sesuatu yang nyata.


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.

  1. ^ halusinasi. (t.t.). Dalam Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dicapai 21 Ogos 2019.
  2. ^ Leo P. W. Chiu (1989). "Differential diagnosis and management of hallucinations" (PDF). Journal of the Hong Kong Medical Association. t 41 (3): 292–7.