Harrison Ford (pelakon filem senyap)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Bagi pelakon dengan nama sama, lihat Harrison Ford.
Harrison Ford
Harrison Ford (silent film actor).jpg
KelahiranHarrison Edward Ford
(1884-03-16)16 Mac 1884
Kansas City, Missouri, A.S.
Meninggal dunia2 Disember 1957(1957-12-02) (umur 73)
Woodland Hills, Los Angeles, California, A.S.
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1904 – 1932
PasanganBeatrice Prentice
(1909 – 1957; kematiannya)

Harrison Ford (16 Mac 1884 – 2 Disember 1957) merupakan pelakon pentas dan filem Amerika Syarikat. Beliau sering menjadi pelakon utama dalam pementasan Broadway dan bintang di era filem senyap.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Dilahirkan di Kansas City, Missouri, Ford memulakan kerjaya lakonannya sebagai pelakon pentas. Beliau membuat kemunculan Broadway pertamanya pada tahun 1904 menerusi Ranson's Folly. Beliau turut muncul dalam pementasan lain seperti Strongheart; Glorious Betsy; The Fight; The Switchboard; The Bubble; dan Rolling Stones.

Ford memulakan kerjaya sebagai pelakon filem pada tahun 1915 dan berpindah ke Hollywood. Beliau memegang watak utama bersama-sama beberapa bintang lain seperti Constance Talmadge, Norma Talmadge, Marie Prevost, Marion Davies, Marguerite De La Motte dan Clara Bow. Kerjaya pergilem Ford berakhir sejurus selepas filem dengan suara diperkenalkan. Love in High Gear yang dilancarkan pada 1932 menjadi filem terakhir beliau dan satu-satunya filem bersuara beliau. Beliau kembali ke pentas teater. Beliau telah bersama United Service Organizations (USO) ketika Perang Dunia Kedua.[1]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Ford mengahwini pelakon pentas Beatrice Prentice pada 29 Mac 1909.[2]

Pada 13 September 1951, beliau telah dilanggar sebuah kereta ketika berjalan kaki. Kecederaan yang dihadapinya tidak piluh dan menghabiskan hidupnya di Motion Picture & Television Country House and Hospital di Woodland Hills, California. Beliau meninggal dunia di hospital pada 2 Disember 1957 ketika berusia 73 tahun.[1] Beliau telah disemadikan di Forest Lawn Memorial Park Cemetery di Glendale.

Sumbangan beliau dalam industri perfileman Hollywood telah melayakkan beliau untuk memiliki bintang di Laluan Kemasyhuran Hollywood.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Golden, Eve (2001). Golden Images: 41 Essays On Silent Film Stars. McFarland. m/s. 36. ISBN 0-7864-0834-0. 
  2. ^ Ancestry of Harrison Ford (1884–1957) genealogy page as of 1910 Census

Pautan luar[sunting | sunting sumber]