Hartford, Connecticut

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Hartford, Connecticut
Bandar Hartford
Jalan Pratt di pusat bandar Hartford
Jalan Pratt di pusat bandar Hartford
Negara Amerika Syarikat
Negeri Connecticut
Keluasan
 • Jumlah 1,216 km2 (470 batu persegi)
Paras 18 m (59 ft)
Penduduk (2010)
 • Jumlah 124,775
 • Kepadatan 2,754.7/km2 (7,135/batu persegi)
Zon waktu EST (UTC-5)
 • Musim panas (DST) EDT (UTC-4)
Laman web http://www.hartford.gov/

Hartford ialah ibu negeri Connecticut, Amerika Syarikat.

Pelbagai puak tinggal di dalam atau di sekitar Hartford pasa zaman silam mahupun masa kini, semuanya tergolong daripada kaum Algonquin. Berdasarkan bancian Amerika Syarikat, bandar ini mempunyai keluasan 47km2.[1] Hartford berada dalam zon iklim kebenuaan lembap (Köppen Dfa) dan tergolong dalam kumpulan zon hardi USDA 6b, dan menurun ke 6a di bahagian utara, barat dan timur dari lembah Sungai Connecticut.

Mengikut bancian pada tahun 2010, terdapat 124775 orang, iaitu 44986 rumah tangga dan 27171 keluarga yang tinggal di bandar ini. Hartford ditadbir dengan jenis ketua berkuasa dalam sistem majlis ketua bandar. Kawasan perniagaan utama, termasuk Bangunan Ibu Negeri, Rumah Negeri Lama, serta beberapa muzium dan kedai terletak di pusat bandar Hartford. Hartford merupakan tempat antarabangsa bersejarah industri insurans dengan syarikat seperti Aetna, Conning & Company, The Hartford, Perkhidmatan Perubatan Harvard Pilgrim, Syarikat Phoenix dan Hartford Steam Boiler yang berpusat di bandar ini, serta syarikat seperti Travelers dan Lincoln National Corporation yang memiliki penglibatan besar di bandar ini. Surat khabar harian Hartford Courant ialah surat khabar terbitan berterusan yang paling tua di negara AS, dan ditubuhkan pada tahun 1764. Pasukan Serigala Hartford dari Liga Hoki Amerika bermain hoki ais di Pusat XL yang terletak di pusat bandar Hartford. Hartford merupakan tempat kediaman untuk banyak orang ternama dalam sejarah, seperti penulis kamus Noah Webster (17580-1843), pencipta Sam Colt (1814-1862) dan pemaju industri serta ahli kewangan J.P. Morgan (1837-1913).

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Office, Enter your Company or Top-Level. "DECD: DECD:Connecticut Population, Land Area, and Density by Location". www.ct.gov (dalam bahasa Inggeris). Dicapai 2017-04-30.