Hashim Yassin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Jangan dikelirukan dengan Hashim Jasin.

Hashim Yassin merupakan salah seorang aktivis teater Malaysia.[1] Beliau dilahirkan pada 1947 dan meninggal pada 2 Oktober 1991.

Hashim merupakan aktivis teater yang aktif dengan menghasilkan banyak karya-karya teater sekitar tahun 1960 sehingga keakhir hayatnya pada tahun 1991.

Beberapa pencapaian hashim dalam bidang teater yang lain :-

  • Drama Misteri
  • Drama Inflakasta
  • Drama Joget Gelombang Beralun
  • Drama Simbol Dua Jari
  • Drama Paku Alam[2]

Hashim terkenal sebagai pengarah dan penulis yang kreatif kerana banyak mencipta teater yang menggunakan teknik penataan cahaya. Dan diiktiraf sebagai penata cahaya terbaik.

Sejarah penglibatan Hashim bermula di kampung beliau iaitu di Sayong Lembah, Kuala Kangsar, Perak. Hashim melibatkan diri dalam pementasan sandiwara di kampung beliau sekitar umur beliau belasan tahun.

Pada umur semuda itu beliau mula belajar menulis skrip pementasan drama dan belajar seni pementasan dari seorang kenalan lama beliau iaitu cikgu Md Sani.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

  1. Sasau [3]
  2. Hadiah Sastera Malaysia (1983) - Drama Imbas

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]