Hashim Jasin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Jangan dikelirukan dengan Hashim Yassin.
Tuan Guru Dato'[1] Haji
Hashim bin Jasin
DPSJ (Perlis)
Hashimjasin.jpg
Mursyidul Am PAS
Memegang jawatan
2016
Didahului oleh Haron Din
Ahli Majlis Syura Ulamak PAS
Memegang jawatan
2015
Pesuruhjaya PAS Perlis
Dalam jawatan
1971 – 2008
ADUN Sanglang, Perlis
Dalam jawatan
1999 – 2004
Majoriti 194
Butiran peribadi
Lahir (1939-08-01) 1 Ogos 1939 (umur 79)
Malaysia
Parti politik PAS logo.svg PAS
Pekerjaan Ahli akademik, politik

Tuan Guru Dato' Haji Hashim bin Jasin adalah Mursyidul Am PAS yang berperanan sebagai Ketua Majlis Syura Ulamak PAS [2]. Beliau juga merupakan ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia[3]. Beliau adalah mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sanglang, Perlis bertanding di atas tiket PAS. Pada 9 Oktober 2016, Tuan Guru Haji Hashim dilantik sebagai Mursyidul Am PAS yang baharu bagi menggantikan Almarhum Tuan Guru Dato' Dr.Haron Din yang meninggal dunia pada 16 September 2016 di California.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Tuan Guru Dato' Haji Hashim Jasin bersekolah di Sekolah Melayu Jelampuk, kemudian melanjutkan pengajian di Sekolah Alawiyah, Arau. Seterusnya beliau menyambung pengajian di Universiti Baghdad Iraq dalam Sastera Arab dan Perundangan Islam.[4]

Pilihanraya[sunting | sunting sumber]

Dalam Pilihanraya Kecil Parlimen Arau 1998, Hashim Jasin telah memenangi kerusi Parlimen Arau dengan majoriti 1,323 undi mengalahkan calon BN, Ismail Kassim [5]

Dalam Pilihanraya Umum Malaysia 2004, Hashim Jasin telah memenangi kerusi DUN Sanglang dengan majoriti 45 undi, mengalahkan calon BN Datuk Mastika Junaidah Husin[6].

Dalam Pilihanraya Umum Malaysia 2008, Hashim Jasin sekali lagi memenangi DUN Sanglang selepas Mahkamah Persekutuan sebulat suara memutuskan DUN Sanglang dimenangi oleh beliau dan kemenangan calon BN Abdullah Hassan pada 8 Mac 2008 dibatalkan[7].

Rujukan[sunting | sunting sumber]