Hasrat Tersirat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hasrat Tersirat
GenreKeluarga
Drama
Konflik
PengarahNasir Kamsan
Shannon Berkett
Azroy Sultan
Dibintangi oleh
Rahimah Yusoff
Abdullah Ahmad
Azhar Norlesta
Shaquille Daniel
Lagu pembukaan"Rahasia" nyanyian oleh Rayza Hamizan
Lagu penutup"Rahasia" nyanyian oleh Rayza Hamizan
Negara asalSingapura
BahasaBahasa Melayu,Bahasa Inggeris
Bilangan episod20
Penerbitan
Tempoh siaranIsnin - Jumaat, 6.00 petang
Syarikat penerbitan
Mediacorp
Penyiaran
Saluran asalMediacorp Suria
Astro Prima
Siaran asal10 September 2021 - 7 Oktober 2021
Kronologi
MengikutiAli Alia
Diikuti olehCinta Ramadan (drama Singapura ketiga)

Drama Hasrat Tersirat merupakan drama kedua Singapura yang ditayangkan di Malaysia selepas tamatnya Siapa Jaga Mak.Drama ini mengisahkan sebuah keluarga kaya raya di mana harta arwah bapaknya sudah diberi kepada keluarga.Siri drama ini akan dibawakan oleh para pelakon Singapura seperti Rahimah Yusoff,Abdullah Ahmad,Azhar Norlesta,Shaquille Daniel dan ramai lagi.Drama ini akan memulakan tayangan perdana di Mediacorp Suria pada bulan Mac 2021 dan Slot Tiara Astro Prima pada 10 September 2021 bagi menggantikan Ali Alia.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Amri terdengar ayahnya Hamzah menerima satu panggilan yang mencurigakan sebelum kematian ayahnya.Apabila ketua keluarga, Hamzah , meninggal dunia, keluarganya mula berpecah-belah. Isterinya, Aisyah, menghadapi masalah harta pusaka, wang dan kebenaran yang dituntut anak tirinya, Danial dan Farah, anak autistiknya, Amri, dan seseorang dari masa silamnya. Aisyah melawan semua ini sendiri sambil cuba memelihara nama baik suaminya.Dapatkah keluarga ini diselamatkan dari berpecah belah atau sebagainya?

Pelakon[sunting | sunting sumber]

  • Rahimah Yusoff sebagai Aisyah
  • Abdullah Ahmad sebagai Hamzah
  • Azhar Norlesta sebagai Ramli
  • Shaquille Daniel sebagai Amri
  • Fatin Amira sebagai Sharifah
  • Fir Rahman sebagai Danial
  • Izzat Yusoff sebagai Najib
  • Farhana M Noor sebagai Farah

Rujukan[sunting | sunting sumber]

1.^ Myinfotaip Hasrat Tersirat - Dicapai 9 September 2021.