Hassan Al-Turabi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Dr. Hassan 'Abd Allah al-Turabi (Bahasa Arab: الدكتور حسن عبد الله الترابي‎, sering dirujuk sebagai Hassan al-Turabi (حسن الترابي) sahaja (lahir sekitar 1932 di Kasala, Sudan), adalah seorang pemimpin agama dan politik di Sudan.

Latar Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Beliau memperolehi pendidikan awal di Sudan.Setelah lulus dari Universiti Khartoum, beliau melanjutkan pelajarannya di Britain dan Perancis.Pada awal 1960-an, beliau kembali ke Sudan lalu menyertai Fakulti Undang-Undang Universiti Khartoum.

Penglibatan dalam penyebaran Islam di Sudan[sunting | sunting sumber]

Beliau mula melibatkan diri dalam pentadbiran Sudan apabila beliau menjadi Ahli Parlimen Sudan.Beliau juga begabung dengan Ikhwanul Muslimin.Pada tahun 1964,beliau membentuk Islamic Charter Front (Barisan Piagam Islam) dan membentuk Revolutionary Council for National Salvation (Majlis Penyokong Revolusi untuk Penyelamatan Nasional)

Peranan dalam politik Sudan[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1969, pemerintahan Sudan beralih ke tangan Jeneral Jaafar Numeiri dengan cara rampasan kuasa. Al-Turabi menjadi penasihat Numeri mengenai hal Ehwal Agama Islam dan sebagai Hakim Besar. Sudan diisytiharkan sebagai Negara Islam dan menerapkan hukum Islam di semua negara.Namun, langkah tersebut telah menjadikan Numeiri curiga al-Turabi lalu mengantikan peranan Hakim Besar kepada orang lain yang lebih mudah dikawal. Pada Mac 1985, rejim Numeiri memusuhi Ikhwanul Muslimin dan memenjarakan al-Turabi. Rampasan kuasa berlaku pada tahun 1985 untuk mengulingkan Numeiri dan membentuk Barisan Nasional Islam.al-Turabi dan Barisan Nasional Islam berperanan penting dalam rampasan Kuasa oleh tentera ahli Majlis Penyokong Revolusi untuk Penyelamatan Nasional. Al-Turabi menghadiri persidangan OIC di Khartoum.Pada tahun 2000 beliau dikenakan tahanan di rumahnya.

Sekali lagi ditahan[sunting | sunting sumber]

Pada 16 Mei 2010, Hassan Al-Turabi sekali lagi ditahan oleh polis Sudan.Akhbar parti pembangkang Parti Kongres Popular (PCP) turut dirampas. Kamal Omar, ketua politburo PCP menyatakan semua salinan akhbar di bangunan percetakan harian Rai al-Shaab dirampas. Ketua pengarang , Abuzerr Ali Al-Amin turut ditahan dan semua wartawan diusir keluar.

Walaupun Hassan Turabi pernah menjadi ikon dan mentor Presiden Sudan Omar Hasan Ahmad al-Bashir tetapi akhirnya menjadi pengkritik presiden. Hassan menyertai Pilihan raya Sudan 2010 tetapi menuduh berlaku banyak penipuan. Partinya enggan bergabung dengan kerajaan baru Sudan.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]