Heer (1935–1945)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Balkenkreuz palang lurus, versi bergaya Iron Cross, jata Wehrmacht.

Heer (bahasa Jerman: "ketumbukan darat", Sebutan bahasa Jerman: [ˈheːɐ̯]) adalah nama rasmi bagi Tentera Darat Jerman dari tahun 1935 hingga 1945, ia membentuk sebahagian daripada Wehrmacht. Semasa Perang Dunia II, seramai 15 juta askar berkhidmat dalam Tentera Darat Jerman, yang mana kira-kira 7 juta askar telah menjadi korban perang. Berlainan dengan Heer, Waffen-SS (SS-Bersenjata) merupakan pasukan tentera Reich Ketiga yang dibentuk daripada pelbagai etnik dan pelbagai negara. Berkembang daripada 3 rejimen kepada 38 divisyen semasa Perang Dunia II, ia berkhidmat bersama-sama tentera darat tetapi tidak pernah secara rasmi menjadi sebahagian daripadanya.[1]

Hanya 17 bulan selepas Adolf Hitler mengumumkan program persenjataan semula,Tentera Darat telah mencapai matlamat sasaran sebanyak 36 divisyen. Semasa musim gugur tahun 1937,2 kor lagi telah ditubuhkan. Menjelang 1938,4 kor tambahan dibentuk dari kemasukan 5 divisyen Tentera Darat Austria selepas peristiwa Anschluss pada bulan Mac. Dalam tempoh pengembangannya oleh Hitler,Tentera Darat Jerman terus membangunkan konsep penerokaan dalam Perang Dunia I,menyatukan aset-aset darat (Heer) dan udara (Luftwaffe) kedalam gabungan pasukan-pasukan bersenjata. Ditambah pula dengan aturan sistematik operasi dan taktikal seperti pengepungan dan "pemusnahhabisan",tentera Jerman mendapat kemenangan-kemenangan pantas pada dua tahun terawal Perang Dunia II,mendorong penggunaan ayat Blitzkrieg (perang kilat) untuk teknik-teknik mereka.

Tentera Darat Jerman memasuki perang dengan majoriti formasi-formasinya bergantung kepada kuda untuk pengangkutan manakala askar-askar infantri kekal berjalan kaki disepanjang peperangan,artileri juga terutamanya kekal ditarik kuda. Formasi-formasi motoris mendapat lebih perhatian media-media dunia pada permulaan peperangan,dan telah dinamakan punca kejayaan pencerobohan Jerman keatas Poland (September 1939),Norway dan Denmark (April 1940),Belgium,Perancis serta Belanda (May 1940),Yugoslavia (April 1941) dan permulaan kempen di Kesatuan Soviet (Jun 1941). Bagaimanapun formasi-formasi motoris dan kereta kebal mereka hanya menyumbang 20% daripada kapasiti puncak kekuatan Heer.

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. McNab, Chris. The SS: 1923–1945, m/s. 56-57, 66.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]