Reichswehr

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Rencana ini ialah mengenai tentera darat Republik Weimar. Untuk tentera darat moden Jerman dan tentera darat Jerman Barat selepas Perang Dunia II, sila lihat Tentera Darat Jerman. Untuk tentera darat Jerman Perang Dunia II, sila lihat Heer (1935–1945). Untuk tentera darat Jerman Perang Dunia I, sila lihat Tentera Darat (Empayar Jerman). Untuk kegunaan lain, sila lihat Heer (disambiguation).


Reichswehr
Angkatan Pertahanan Reich
War Ensign of Germany (1921-1933).svg
Panji Perang Reichswehr
Aktif 1919–1935
Negara  Republik Weimar (1919–1933)
 Jerman Nazi (1933–1935)
Kesetiaan Republik Weimar
Cawangan
Peranan Angkatan Tentera Republik Weimar
Keanggotaan 115,000 (1921)
Markas/Ibu pejabat Zossen, near Berlin
Warna Hitam-Merah-Emas
Perang/pertempuran Revolusi Jerman
Komander
Ketua istiadat Friedrich Ebert
Paul von Hindenburg
Komander
ternama
Hans von Seeckt
Werner von Fritsch
Tanda kebesaran
Simbol
identifikasi
Iron Cross


Jeneral Hans von Seeckt, Panglima Reichswehr bersama dengan askar infantri dalam latihan Reichswehr di Thuringia, 1926

Reichswehr (Reich Defence atau Pertahanan Reich), membentuk angkatan tentera Jerman dari tahun 1919 hingga 1935, apabila ia disatukan dengan Wehrmacht ("Angkatan Pertahanan") yang baru ditubuhkan.

Pada penghujung Perang Dunia I, angkatan bersenjata Empayar Jerman telah berpecah-belah, anggota tentera pulang kerumah secara individu atau dalam kumpulan kecil. Ramai daripadanya menyertai Freikorps ("Kor Bebas"), iaitu kumpulan sukarelawan unit separa tentera yang terlibat dalam revolusi dan pertempuran sempadan antara tahun 1918 dan 1923.

Republik Weimar yang baru dibentuk memerlukan pemikiran ketenteraan, dan pada 6 Mac 1919 satu dekri bagi menubuhkan Vorläufige Reichswehr ("Angkatan Nasional Sementara") telah dikeluarkan, yang meliputi Vorläufige Reichsheer ("Tentera Darat Nasional Sementara") dan Vorläufige Reichsmarine ("Tentera Laut Nasional Sementara"). Pada 30 September 1919, tentera darat telah disusun semula sebagai Übergangsheer ("Tentera Darat Peralihan"). Lebih kurang 400,000 anggota berkhidmat dalam angkatan tentera. Ia berakhir sehingga 1 Januari 1921, apabila Reichswehr secara rasminya ditubuhkan mengikut batasan yang dikenakan oleh Persetiaan Versailles (Artikel 159 hingga 213).

Reichswehr adalah sebuah organisasi bersatu yang meliputi (seperti yang dibenarkan oleh Persetiaan Versailles):

Reichswehr telah dihadkan kepada tentera darat tetap yang berjumlah 100,000 anggota, dan 15,000 anggota tentera laut. Penubuhan staf am telah dilarang. Senjata-senjata berat seperti artileri berkaliber atas 105 mm (bagi meriam tentera laut, atas 205 mm), kereta perisai, kapal selam dan kapal-kapal besar diharamkan, begitu juga pesawat udara pelbagai jenis. Sekatan ini telah dipantau sehingga tahun 1927 oleh Suruhanjaya Kawalan Tentera Antara-Bersekutu.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Wheeler-Bennett, Sir John The Nemesis of Power: German Army in Politics, 1918–1945 New York: Palgrave Macmillan Publishing Company, 2005.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]