Henri La Fontaine

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Henri La Fontaine
Kelahiran
Henri La Fontaine

22 April 1854
Meninggal dunia14 Mei 1943(1943-05-14) (umur 89)
Brussels
WarganegaraBelgium
PekerjaanPeguam
AnugerahHadiah Keamanan Nobel (1913)

Henri La Fontaine (Sebutan bahasa Perancis: [lafɔ̃ˈtɛn]; 22 April 1854 – 14 Mei 1943), merupakan peguam dan Presiden Biro Keamanan Antarabangsa dari Belgium. Beliau menerima Hadiah Keamanan Nobel pada tahun 1913 kerana "beliau merupakan seorang pemimpin yang efektif dalam pergerakan keamanan di Eropah".[1]

Biografi[sunting | sunting sumber]

La Fontaine dilahirkan di Brussels merupakan pelajar jurusan undang-undang di Free University of Brussels (kini dipisahkan menjadi Université libre de Bruxelles dan Vrije Universiteit Brussel). Beliau menyertai majlis peguam pada tahun 1877 dan membina reputasi sebagai pihak berkuasa undang-undang antarabangsa. Beliau dan adiknya, Léonie La Fontaine merupakan peguam bela terawal untuk hak asasi wanita dan hak mengundi wanita dan telah mengasaskan Liga Hak Asasi Wanita Belgium. [2] Pada tahun 1893, La Fontaine telah menjadi profesor undang-undang antarabangsa di Free University of Brussels dan dua tahun kemudian beliau telah dilantik ke Senat Belgium sebagai ahli Parti Sosialis. Beliau telah berkhidmat sebagai Naib Pengerusi Senat dari 1919 sehingga 1932.

La Fontaine menjadi Presiden Biro Keamanan Antarabangsa pada tahun 1907 sehingga kematiannya pada tahun 1943. [2] Perang Dunia Pertama telah menyakinkan La Fontaine bahawa dunia perlu membina sebuah mahkamah antarabangsa apabila perang berakhir. Beliau turut memperkenalkan idea penyatuan organisasi keamanan dunia. [3]

La Fontaine pernah menjadi deligasi Belgium ke Persidangan Keamanan Paris (1919) dan Perhimpunan Liga Bangsa (1920-21).[2] Usaha-usaha lain dalam mengembalikan keamanan dunia, beliau menubuhkan Pusat Intelektual Mondial (kemudian bergabung ke dalam Institut Kerjasama Intelektual Liga Bangsa) dan mengusulkan organisasi seperti sekolah dan universiti dunia, serta parlimen dunia. Pada tahun 1907, beliau dan Paul Otlet telah mengasaskan Union of International Associations. Beliau turut menubuhkan Institut International de Bibliographie (kemudiannya menjadi Persekutuan Antarabangsa untuk Maklumat dan Pendokumentasian atau FID) juga bersama-sama Paul Otlet. Beliau dan Otlet telah menghadiri World Congress of Universal Documentation pada tahun 1937. [4]

La Fontaine merupakan seorang freemason, dan ahli kepada Les Amis Philanthropes di Brussels. Beliau meninggal dunia pada 14 Mei 1943 di Brussels.

Karya[sunting | sunting sumber]

Henri La Fontaine merupakan pengarang beberapa buku:

  • Les droits et des obligations des entrepreneurs de travaux publics (1885)
  • Traité de la contrefaçon (1888)
  • Pasicrisie internationale (1902)
  • Bibliographie de la Paix et de l'Arbitrage (1904)

Beliau juga merupakan pengasas La Vie Internationale.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Henri La Fontaine - Facts". Nobelprize.org. Nobel Media AB 2014. Web. 19 Jan 2017.
  2. ^ a b c "Henri La Fontaine, Won Nobel Prize". New York Times. 27 May 1943: 25. Cite journal requires |journal= (bantuan)
  3. ^ "Many Repudiate Peace Society Plan". New York Times. 20 February 1917: 3. Cite journal requires |journal= (bantuan)
  4. ^ Wedgeworth, Robert (1 January 1993). World Encyclopedia of Library and Information Services. ALA Editions. m/s. 642. ISBN 978-0-8389-0609-5. Dicapai pada 11 October 2011.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]