Henri Moissan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Henri Moissan
Henri Moissan HiRes.jpg
LahirFerdinand Frederick Henri Moissan
(1852-09-28)28 September 1852
Paris, Perancis
Meninggal dunia20 Februari 1907(1907-02-20) (umur 54)
Paris, Perancis
WarganegaraPerancis
BidangKimia
InstitusiSorbonne
Pusat pendidikanCollège de Meaux
École Pratique des Haute Études
Penasihat kedoktoranPierre Paul Dehérain
Pelajar kedoktoranPaul Lebeau
Maurice Meslans
Dikenali keranaPengasingan fluorin
AnugerahPingat Davy (1896)
Pingat Elliott Cresson (1898)
Hadiah Nobel dalam Kimia (1906)
PasanganMarie Léonie Lugan Moissan (kahwin 1882; 1 anak)
Tandatangan

Ferdinand Frederick Henri Moissan (28 September 1852 – 20 Februari 1907) ialah seorang ahli kimia Perancis.[1] Beliau bekerja di makmal Muzium Sejarah Alam dan Sekolah Farmasi di Paris. Kemudian, Moissan menjadi profesor toksikologi pada tahun 1886 dan kimia anorganik pada tahun 1889 di Sekolah Farmasi.[1] Pada masa ini, Moissan mula meneliti sebatian fluorin. Pada tahun 1886, beliau mengasingkan fluorin gas reaktif dan mengkaji perilakunya dengan unsur-unsur lain. Pada tahun 1900, beliau menerbitkan penyelidikannya di Le Fluor et ses composés (Fluorin dan Unsur-unsurnya).[1]

Moissan meneruskan pengajiannya dengan kimia anorganik dan pada tahun 1892, beliau memasang relau perapian elektrik.[2] Perapian ini digunakan untuk mengkaji dan mengasingkan banyak sebatian yang tidak dapat dipecahkan sebelum ini. Beliau menerbitkan pengajiannya pada 1897 dalam bukunya Le Four electroque (Relau Perapian Elektrik).[1] Moissan juga dipercayai telah mensintesis berlian[3] dengan menambahkan tekanan tinggi kepada karbon.

Moissan menerima Hadiah Nobel dalam Kimia di Stockholm pada tahun 1906,[2] menjadi orang Yahudi kedua dalam sejarah untuk memenanginya.[4] Moissan dihormati kerana tugasnya mengasingkan elemen fluorin dan pembangunan relau elektrik Mossman. Tidak lama selepas menerima hadiah, Henri Moissan tiba-tiba meninggal dunia di Paris pada 20 Februari 1907.[5]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]