Hadiah Nobel dalam Kimia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Hadiah Nobel dalam Kimia (Bahasa Sweden: Nobelpriset i kemi, Bahasa Inggeris: Nobel Prize in Chemistry) ialah anugerah tahunan yang dikurniakan oleh Akademi Sains Diraja Sweden kepada ahli-ahli sains yang menceburi pelbagai bidang kimia. Hadiah ini merupakan salah satu daripada lima Hadiah Nobel tahunan yang ditubuhkan mengikut wasiat Alfred Nobel pada 1895, untuk dihadiahkan kepada penyumbang cemerlang dalam bidang kimia, fizik, sastera, keamanan, dan fisiologi atau perubatan. Anugerah ini ditadbir oleh Yayasan Nobel dan dihadiahkan oleh sebuah Jawatankuasa Nobel yang terdiri daripada lima ahli yang dilantik oleh Akademi Sains Diraja Sweden. Hadiah Nobel dalam Kimia pertama dianugerahkan kepada Jacobus Henricus van 't Hoff dari Belanda pada tahun 1901, "kerana penemuan hukum-hukum dinamik kimia dan tekanan osmosis dalam larutan." Anugerah ini disampaikan di majlis tahunan di kota Stockholm pada setiap 10 Disember, iaitu ulang tahun pemergian Nobel.

Pencalonan dan pemilihan[sunting | sunting sumber]

Proses pencalonan dan pemilihan pemenang Hadiah Nobel memakan masa yang lama dan banyak memerlukan penelitian berbanding hadiah-hadiah lain, oleh yang demikian Hadiah Nobel menjadi hadiah terpenting dalam bidang kimia.

Pemenang Hadiah Nobel dalam Kimia dipilih oleh sebuah jawatankuasa yang terdiri dari lima orang ahli yang dilantik oleh Akademi Sains Diraja Sweden. Pada peringkat awal, beberapa ribu orang diminta menamakan calon. Nama-nama yang dicalonkan ini diteliti dan dibincangkan oleh para pakar sehingga hanya pemenangnya yang tinggal. Proses yang perlahan dan menyeluruh inilah yang menaikkan kepentingan hadiah ini.

Borang-borang yang berbentuk jemputan peribadi dan eksklusif dihantar ke hampir 3,000 individu terpilih untuk menjemput mereka agar menghantar pencalonan. Nama calon-calon tidak diumumkan serta-merta, dan calon-calon tersebut juga tidak dimaklumkan pencalonan mereka. Rekod-rekod pencalonan disimpan selama 50 tahun.

Setelah pencalonan dipantau oleh jawatankuasa, senarai kira-kira 200 calon dihasilkan lalu dihantar kepada pakar-pakar terpilih dalam bidang ini untuk dikurangkan kepada 15 orang calon. Jawatankuasa menghantar laporan cadangan kepada institusi yang berkenaan.

Walaupun pencalonan anumerta (selepas mati) tidak dibenarkan, namun seseorang yang mati dalam tempoh antara pencalonan dan keputusan jawatankuasa penghadiahan masih dibenarkan.

Anugerah dalam bidang kimia ini menekankan pentingnya pencapaian itu "bertahan lama", iaitu sela masa antara penemuan dan penganugerahan biasanya 20 tahun atau lebih lama lagi. Malangnya, bukan semua saintis boleh hidup cukup lama untuk menikmati pengiktirafan Nobel untuk pencapaian mereka, maka adanya penemuan sains yang tidak dapat dipertimbangkan untuk Hadiah Nobel gara-gara tokoh-tokohnya sudah meninggal dunia sebelum kesan usaha-usaha mereka direalisasikan. Contohnya, sumbangan Rosalind Franklin kepada penemuan struktur DNA, iaitu kristalografi sinar X-nya memaparkan bentuk heliks DNA, tetapi tidak direalisasikan selepas kematiannya, maka cuma tinggal Watson, Crick, dan Wilkins sebagai penerima hadiahnya.

Senarai penerima[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]